Tuesday, February 7, 2012

HILANG PUNCA


Blog ditutup untuk sementara waktu. Aku hilang punca. Hilang terus arah tujuan. Tidak tahu nak bermula dari mana dan tidak tahu cara nak mengakhirinya.


Tak dinafikan kerana blog aku dapat ramai kawan. Kerana blog hidup aku juga semakin ceria. Kerana blog banyak kenangan manis yang aku dapat. Tapi tak siapa yang tahu kerana blog juga aku hilang kawan baik. Kerana blog ada hati yang pernah terluka.





Segalanya aku simpan kemas. Sampai masa beban yang aku tanggung rasa dah tak tertahan. Aku fikir mungkin bila aku delete blog ini segalanya akan kembali seperti sediakala. Tapi mana mungkin ia akan seperti sedia kala, mana mungkin aku akan delete blog yang telah menjadi saksi segala kisah hidup aku.


Kadang-kadang apa yang tersurat mungkin tidak sama dengan yang tersirat. Apa yang tertulis disini hanya ada sebahagiannya saja. Sebahagiaan cerita untuk dikongsi bersama. Tapi tanpa aku sedar ada yang tidak menyenanginya. Ada hati yang terluka. Tapi langsung aku tidak sedarinya.


Apa lagi yang aku harus buat?? Apa yang mampu aku lakukan untuk betulkan segalanya?


Tak mungkin boleh berpatah balik untuk membetulkan segalanya. Kalo nak diperbetul pon apa dia?? Kusut kepala. Buntu!


Banyak perkara yang berlegar di fikiran aku. Segalanya bercampur menjadi satu. Soal hati, soal persahabatan, segalanya menjadi tanda tanya.







Andai sampai masa, izinkan aku mengundur diri. Mungkin tiada lagi si Gadis Kampung Separa Bandar. Mungkin..Segalanya serba berkemungkinan.




6 comments:

  1. mcm sama pulak prob kita. sebab blog saya penah bergaduh dengan kawan. mujur kami berbaik semula. tapi saya tak tinggalkan blog sbb byk kenangan yg sy coretkan kt blog.

    ReplyDelete
  2. tiada lagi si gadis kampung separa bandar tetapi ada si gadis sepenuh bandar,muehehehehe....jangan cik gk,tanpa cik gk,tak wujud KBU tu,hehe

    ReplyDelete
  3. kenapa? mengapa? ;p

    http://sakinahabdul.blogspot.com/2012/02/wordless-wednesday-7.html

    ReplyDelete
  4. sedeyh bunyinya cik GK...

    lex lu cik GK..
    rencah berblog la kan..retis kena tegar spekulasi..hehehe

    ReplyDelete
  5. sabar k...

    harap xbrenti trus...ambil masa pulihkan arah tuju

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi