Saturday, March 17, 2012

BETULKAH PELUANG HANYA DATANG SEKALI??




Tertarik dengan entry yang ditulis oleh Cik SHa [klik pautan] pasal peluang kedua. Sangat-sangat menarik apa yang ditulisnya. So aku nak tulis berdasarkan perspektif aku plak.

Bila sebut sahaja peluang kedua mesti ramai yang akan terbayangkan kesalahan-kesalahan yang telah kita buat atau mungkin kesalahan orang lain yang telah dilakukan pada kita. Ramai juga orang telah memberi peluang kedua tetapi akhirnya peluang itu hanya sia-sia.

Pada aku setiap orang berhak mendapat peluang untuk menebus kesalahan yang pernah mereka lakukan. Tapi berapa ramai orang yang menggunakan peluang itu dengan sebaiknya??

Cuba tanya diri ampa pernah tak ampa mengalami situasi yang sebegitu? Atau pernahkah ampa diberi peluang untuk menebus kesilapan yang pernah ampa lakukan? Pernah tak ampa memohon kemaafan kemudian ampa ulangi kesilapan itu lagi? Pernahkah?

Kalau ya apa kesannya selepas itu? Adakah ampa berpuas hati? Atau ampa menyesal sungguh-sungguh tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya?




Senang ker memberi peluang?


Aku pernah memberi peluang, banyak peluang tetapi akhirnya disia-siakan. Namun tidak pernah serik sebab bagi aku setiap orang wajar diberi peluang tidak kira la ia peluang kedua, ketiga dan keempat atau seterusnya. Mungkin kita akan terus disakiti tapi jangan risau sampai satu tahap ampa akan sedar hikmah yang ada disebaliknya. Ia akan mengajar diri anda untuk menjadi lebih kuat.

Di sebaliknya, bila orang yang diberikan peluang itu tidak menggunakan peluang itu sebaik-baiknya dan terus melakukan kesilapan, sampai satu saat dia sendiri akan sedar. Biasanya bila kesedaran itu timbul semuanya dah pon terlambat. Mencari permata tanpa mereka sedari permata itu sudah ada di depan mata. Tapi dah terlambat kerna permata itu sudah menjadi hak orang lain.

Dalam hidup ini, kadang-kadang kita selalu lepaskan apa yang mungkin telah menjadi milik kita hanya kerana mengejar bayang-bayang yang tak mungkin kita akan dapat gapai.



"You can't make the same mistake twice.
The second time you make it, it's no longer a mistake. It's a choice."



Peluang hanya datang sekali??

Betul ke peluang hanya datang sekali?? Sebenarnya peluang datang banyak kali tetapi kita sering terlepas peluang. Peluang yang datang sekali tu adalah peluang yang mungkin kita tidak akan dapat sampai bila-bila. Tapi peluang-peluang lain yang datang itu tak mungkin akan sama dengan peluang yang kita pernah terlepas itu.

Sama ada kita pernah memberi peluang, diberi peluang, gunakan ia sebaik mungkin jangan sia-siakannya. Kadang-kadang kita tahu, kita sedar tapi mungkin keinsafan itu tidak ada. Sebab itu kita sering mengabaikan peluang yang kita dapat.




NOTACIKGADIS: Kalau ada yang ada pendapat atau nak berkongsi pengalaman jemput la buat entry, kalau tak, memadai untuk tinggalkan komen =)






10 comments:

  1. peluang kedua boleh diberi tetapi tiada lagi peluang ketiga..itu pendapat kirin..sebab semua manusia tidak lari dari melakukan kesilapan tetapi bukannya kesilapan yang berulang..waalahualam..:0

    ReplyDelete
  2. Peluang selalunya datang sekali. Tetapi bila kita dah lakukan sesuatu yang salah, orang akan hilang kepercayaan kepada kita. Pisang kalu berbuah banyak kali, sedap la dapat makan. Kalu benda yang tak elok jd banyak kali, kita pon taknak..
    Peluang kita patut berikan kepada seseorang yang amat perlukan peluang itu, mungkin sebab untuk dia buktikan apa yg berlaku bukan salahnya dan mungkin jugak dia betu2 menyesal dengan perbuatan dia tuh... hahaha... kbai

    ReplyDelete
  3. Slalunya kami bg peluang ckup 3 kali..

    #klu rjin kami wt entry ;-)

    ReplyDelete
  4. yup..setuju sgt2..kadang manusia nih jenis yang tak sedar dek untung, orang da bagi peluang tapi senang2 aje lepaskan peluang tuh..rugi kan..

    ReplyDelete
  5. @kirin

    sekali kita buat silap mungkin itu kesalahan, bila 2 kali buat silap itu adalah pilihan

    ReplyDelete
  6. @mizz erma

    peluang yg tidak digunakan sebaik mungkin akan membuatkan penyesalan

    ReplyDelete
  7. Setiap peluang yg tiba harus di ambil supaya tidak merasa terkilan

    ReplyDelete
  8. setiap manusia layak d beri pelaung tp brgantung pd keadaan jugak..kalo peluang yg kita bagi dgunakn mcm taik brkali2...lebih baik tak yah bagi dh tp kalu peluang tu dgunakn sebaik mgkin then tetiba ada kesilapan lain yg memerlukn peluang lg dr kita tak salah kita bg lagi ~

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi