Wednesday, March 7, 2012

DAH HILANG MANIS



Apa yang hilang manis?? Senyum Maneh ka? No No No...senyum tetap mau maneh haha... OK kembali kepada tajuk asal memang diakui kemanisan berblog sudah kurang. Selepas baca entry si Kirin Selama Perak memang aku akui la aku dah tak rasa kemanisan berblog macam dulu-dulu.

Boleh kata dulu setiap hari mesti nak perah idea untuk tulis entry, kadang-kadang apa yang kita nampak dan hadapi di sekeliling dah boleh jadi idea. Sekarang ni nak tulis satu entry pon susah. Kadang-kadang 2,3 hari baru blog ber update. Di mana silapnya?

Aku rasa blogger yang seangkatan dengan aku masa zaman kami mula-mula terlibat dengan dunia blog mesti rasa benda yang sama.

Sekarang ni kebanyakan orang lebih kepada nak cipta nama, nak popular, ye la blogger sekarang kan dah diberi perhatian malah dah jadi salah satu kewajiban untuk setiap orang ada blog waima budak sekolah sekali pon berlumba-lumba nak ada blog.

Dari segi hubungan antara blogger pula kalau dulu memang akan saling berbalas komen di entry blog masing-masing sampaikan kita rasa dekat sangat dengan dia walaupun hanya dengan membaca blog dia. Kalau kita ada masalah masing-masing akan saling support.

Kadang-kadang bila aku rindu, aku baca balik komen-komen di entry lama aku kebanyakan semua selalu bagi support pada aku dan bila diorang ada masalah kita sama-sama berkongsi. Manisnya kenangan dulu. -_-"

Tapi sayang bila aku cuba jejak balik banyak yang dah tak aktif berblog, ada pula bila dah terkenal kita pon dah tak dipandangnya. Tapi alhamdulillah masih ada yang masih lagi berhubung walaupun dalam FB.

Kak Yan, Kak Anis, uncle Atan, Kak El, Rekha-pearls, kak shiela dan ramai lagi antara bloggers yang seangkatan masa aku mula-mula berkecimpung dalam dunia blog. Seronok kan dunia blog dulu-dulu?

Walaupun macam tu blogger sekarang ni tak kurang hebatnya juga cuma mungkin lebih kepada hendakkan populariti walaupun tak semua ada sesetengahnya. Dan lebih kesian ada yang taksub kepada blogger lain yang kononnya diberi gelaran otai.

Apa-apa pon jangan lupa orang akan menilai kita sedangkan kita pon sering menilai orang. Apa pon pilihan kita, jadilah blogger yang tidak dibayangi oleh orang lain.




15 comments:

  1. mesti gksb ingat sy dh sombong kan.. =(

    padahal, sy xtahu pun apa maksud sombong tu.. :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Bila abg eq baca entry ni, mmg abg eq akui blogging skrg tak sama spt yg abg eq lalui tahun 2006 dulu. dulu dgn kwn2 blogging akrab dan skrg ada yg dah pencen blogging.
    abg eq masih meneruskan berblogging ni sebab ini hobi abg eq semasa stress buat PhD. hilangkan stress dengan menulis. hehe
    semoga kwn2 yg lain pun teruskan berblogging walaupun sebaris ayat ok..

    ikhlas,
    abg eqbalzack

    ReplyDelete
  3. Dpt rasa mkin suram. X mcm sethn y lalu. Rs meriah sgt.

    ReplyDelete
  4. @eqbalzack

    waalaikummussalam...

    kebanyakan orang merasainya apatah lagi blogger yang dah lama terbabit dalam dunia blog...

    insyaallah semoga kawan-kawan termasuk diri GKSB akan terus menulis kerana menulis dah jadi sebahagian daripada hidup GK

    ReplyDelete
  5. @frame&lenses

    dulu lain sekarang lain...tak tahu la macam mana cara nk buat bagi meriah balik =(

    ReplyDelete
  6. kemana ilangnya semua ini?KSP pon da jarang update..da takda semangat nak update ..T__T

    ReplyDelete
  7. kami pn xtau nk ckp mcm mana.. mungkin dunia blog nie ada pasang surutnya.. sama mcm trend fashion, mungkin.....

    ReplyDelete
  8. tulah kan dulu2 rajin jek nak ziarah mnziarahi..skang ni jarang nak buat cam dulu...hehehehe...

    eh dik..nti join akk pya GA eh

    http://arwendanish.blogspot.com/2012/03/arwendanish-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. sebenarnya ada betulnya. mungkin jugak sebab masing2 dah makin sibuk.

    kadang2 kite pegi jugak blog2 yg pernah rapat dgn kita dulu. walau tak selalu tapi yg penting at least kita tau diorg masih ada dan diorg tau kita masih ada.

    ReplyDelete
  10. biasala/...
    masa tu kita macam baru kenal benda baru..
    rasa seronok la..
    bila dah lama2 memang boring..sebab tu kita rasa suram..dan tak menyeronok kan..

    tapi bagi akak sama je dulu dengan sekarang..mungkin sebab akak memang tak berhubung dengan blogger kat luar blog..kalau ada pun setakat sapa2 kat facebook.tu pun 2,3 bulan sekali..

    heheh

    ReplyDelete
  11. setuju!!!! blogging sekarang tak best macam blogging dedulu....

    ReplyDelete
  12. Hi GKSB,

    harap sihat hendaknya..
    ya, betul kata gadis. sebenarnya blogging dahulu sangat best dan menggembirakan. terasa bagai satu keluarga besar di alam maya.

    sesiapa yg sedih, kita hiburkan, sesiapa yang gembira kita senyum sama. tapi tulah, mood nk blogging sekarang dh xsama mcm dulu..

    take time to cari mood yg sama mcm dulu... itu pun kalau 'dapat' mood tu..

    papun, thank you still remember me..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi