Saturday, March 31, 2012

INGAT LAGI TAK ZAMAN SEKOLAH KITA MACAM MANA?




Zaman sekolah memang zaman yang ramai orang akan tersenyum bila mengingatinya. Zaman budak-budak baru nak up kononnya. Macam-macam trend akan menjadi ikutan. Kalau zaman aku dulu yang paling popular hip hop. Dengan seluar londehnya, dengan rantai-rantai panjang dekat seluar, dengan baju time tengahari pakai sweater hahaha... Macam-macam






Kalau dekat sekolah plak mesti nak ada geng. Geng chantek kononnya khas untuk budak-budak cantik tapi cantik ker?? Errr...Kalau budak laki plak geng bola, geng dikir barat, geng isap rokok, geng panjat pagar sekolah macam-macam ada dan tak dilupa geng skema.


Aku geng mana eyh? Kalau ikutkan dalam kelas aku yang ada berapa kerat la sangat sebab kelas pertama kan **bangga sket** hahaha.... Banyak budak yang tinggal di asrama. Aku plak tinggal di luar so kalau budak asrama ni mesti nak geng ngan asrama ja. Tapi aku tak ingat aku geng ngan sapa sebab semua aku kawan. (Ni kisah masa sekolah form1-form3.)


Tapi member yang agak rapat dengan aku Linda ngan Adila. Ada la lagi sorang 2 tapi ada kisah la yang berlaku. Kawan tikam dari belakang tak pasal-pasal ja aku ngamuk. Harap muka ja baik tapi perangai tak berapa nak cantik.


Sejak dari situ aku lebih selesa berkawan dengan orang yang macam onaq-onaq sikit orang utagha cakap sebab walaupun perangai diorang ni cam kasar n nakal tapi diorang jaga kawan-kawan. Frend forever katanya.


Time ni tak banyak sangat kenangan kat sekolah sebab lebih suka buat hal sendiri. Kenangan ngan Adila ja banyak. Cuma tak boleh nak cerita al-maklum la zaman nakal kami dah berlalu dia pon nak jadi mama dah. =P


Masa pindah ke Teknik mula la zaman yang agak dasyat juga la pada aku. Duduk di asrama bertemu dengan pelbagai budak dari latar belakang yang berbeza. Yang berlagak jadi macam anak orang kaya pon ada, yang berlagak konon cam orang KL pon ada, cakap KL ni wehh padahal duduk Baling. Hahaha macam-macam.






Keputusan aku tukar ke sekolah teknik adalah kesilapan terbesar yang pernah aku buat. Dari budak yang dulunya dok kelas pandai bila p sekolah tu terus jadi bodoh. Sebab aku tak boleh study. Cara pengajaran cikgu-cikgu masa sekolah lama aku lain. Cikgu-cikgu lebih amik berat dan tekan kan kami pasal pelajaran tapi bila g teknik, cikgu masuk kelas sekadar mengajar. Abeh kelas, abeh la.


Suasana dekat asrama lain. Waktu prep memang ada, tapi ada yang buat bising, boleh kata aku tak boleh nak study dengan suasana macam tu. Hasilnya SPM aku memang teruk resultnya. Bila aku tengok kawan-kawan kat sekolah lama aku yang dulu tak berapa pandai sangat tapi result dia lagi ok dari aku terus rasa menyesal gila tukar sekolah.


Tapi hikmahnya dari situ la aku belajar berdikari, cara nak memilih kawan-kawan, perangai manusia dan macam-macam lagi. Semua yang aku lalui itu lebih mematangkan aku. So nak kata rasa kesal tu tak sangat la sebab banyak juga perkara yang aku belajar dan paling penting pengalaman yang aku lalui tu semua menjadikan aku menjadi lebih baik =)




6 comments:

  1. Masa masa dulu agak nerd sekarang nerd juga dan nerd sehingga aku graduate nanti kot.. hahhaaha

    ReplyDelete
  2. hahaha. macam-macam budak ada kan. sama la kita. duduk asrama lagi macam-macam orang kenal.

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. tak boleh blah.. 'cakap KL ni wehh padahal duduk Baling.' Setujuu sangat2! :-)
    Awak asal Kedah ek?

    ReplyDelete
  4. kenangan zaman sekolah..macam2 kan?tapi dari situlah sebenarnye kite belajar untuk perkukuhkan jati diri kita dan jadi manusia berguna seperti hari ni..^_^

    ReplyDelete
  5. dimana pun kita, yg penting kita pandai jaga diri dan bawak diri.. apa yg baik jadikan teladang yg buruk sempadan.. tak gitu ;)

    ReplyDelete
  6. rindu sangat waktu sekolah. sebab mcm2 jenis geng ade. lepas tu siap ponteng2 sekolah, ponteng kelas. muahahaha :P

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi