Tuesday, March 20, 2012

IZINKAN AKU MERASA BAHAGIA




Jujur aku cakap sebelum ini aku kurang untuk menghargai. Aku lebih pentingkan diri sendiri. Aku tutup diri aku. Tutup perasaan aku. Walaupun aku tahu ada seseorang yang bersungguh untuk menjaga aku tapi takut untuk terlalu menerima. Atau lebih tepat aku takut untuk kecewa lagi. Aku belum bersedia untuk itu.


Mungkin apa yang orang tengok hanya dari segi luaran tapi tak siapa tahu dalam hati aku ni macam mana. Sering kali aku keliru dengan perasaan sendiri. Banyak kali aku hampir-hampir kecewakan orang yang terlalu menjaga aku dari segala segi. Cuba untuk membahagiakan aku. Banyak perkara yang dia korbankan untuk aku.


Tapi sikit pon aku tak sedar semua itu. Terlalu berfikiran singkat, aku terlalu terburu-buru. Orang akan menyalahkan aku tanpa orang tahu sebenarnya aku takut pada sesuatu, takut dengan komitmen, aku takut kalo aku serahkan hati ini padanya satu hari nanti aku akan diluka seperti sebelum-sebelum ini.


Tapi aku lupa. Dia juga pernah merasa kecewa, malah lebih teruk dari aku. Aku lupa. Bila dia tiada masa untuk aku, aku marahkan dia tapi bukan melalui percakapan tapi melalui protes dengan tindak tanduk yang mungkin orang lain akan hilang sabar. Tapi tidak dia.


Dia yang sentiasa sabar dengan kerenah aku. Malah tidak malu untuk aku akui dia yang berjaya menundukkan ego aku.


Sampai satu masa aku sedar sesuatu bila dia berkata


"Selama ini saya bersusah payah kerja balik lewat-lewat untuk siapa sebenarnya ini??"


Air mata menitis.


Bodohkan aku??


Terlalu mengejar bayang-bayang yang tak mungkin aku gapai sedangkan ada seseorang sebenarnya berdiri teguh di belakang aku dalam apa jua keadaan. Dari saat itu aku tahu, Dia la....





Dan aku telah pilih Jalan Aku

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami ini...






17 comments:

  1. insya Allah niat baik akan dipermudahkan.terima seadanya..

    ReplyDelete
  2. insya Allah niat baik akan dipermudahkan.terima seadanya..

    ReplyDelete
  3. amin2. kami mendoakan. :D semoga berkekalan. cpt tawen.nadh nak anak sedara ni. :P

    ReplyDelete
  4. alamak...cantik la shawls...eh, lari tajuk pulak...hehehe

    anyway, berdoa padaNya...mintalah apa saja padaNya...insyaALLAH cik GK :)

    ReplyDelete
  5. saya hanya mmpu doakan yg trbaik utk cik gk.. :D

    ReplyDelete
  6. saya hanya mmpu doakan yg trbaik utk cik gk.. :D

    ReplyDelete
  7. Jangan lupa jalan tu pasang GPS, takut sesat cari jalan tak jumpa. :P

    ReplyDelete
  8. ehem....semoga hidup cik gk lebih bahagia ... :))

    ReplyDelete
  9. yeah...asalkan nawaitu kita baik.insyaallah dibukakan jalan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah... kami mendoakan...

    *kami ada klu perlukan apa2 pandangan ;)

    ReplyDelete
  11. doa kan yang terbaik untuk anda

    ReplyDelete
  12. semoga semua nya baik2 je untuk GK..insyaAllah..^_^

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan....

    puitis...hanya yang mengalami memahami...

    ReplyDelete
  14. Allah takkan menguji sesuatu di luar kemampuan hamba-Nya. Semoga segalanya dipermudahkan. =)

    Owh, follow blog kamu~

    ReplyDelete
  15. InsyAllah , doakan yang baik2 agar dapat kecapi segalanya.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi