Saturday, March 3, 2012

NOVEL REVIEW: SINOPSIS SERASI SEHATI


Novel yang menjadi pilihan aku kali ini adalah Serasi Sehati. Selalunya dilema yang akan dihadapi bila nak beli Novel adalah tak tahu nak pilih yang mana atau novel yang dicari tak ada. Jadi capai saja yang mana rasa best. Nasib baik novel ni best juga. Sebelum tu apa kata kita baca sinopsis





SINOPSIS

Demi insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku.

Namun dia ‘teguh’ kerana ada Aiman, sahabatnya di sisi. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar.

Ini kerana cinta Balqis berbunga untuk Hafizul. Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis.

Mengapa hati mesti berbohong?


...................................................



Bila habis jer baca novel ni terus aku terfikir betul la lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat baik sebab salah seorang pasti akan menyimpan perasaan.

Apa yang menarik pasal novel Sehati Serasi ni adalah ia berkisar mengenai perhubungan persahabatan yang sangat kuat. Persoalan mengenai persahabatan, kasih sayang dan saling menjaga antara satu sama lain menjadikan novel ini menarik untuk dibaca.

Segala-galanya berkisar mengenai jodoh. Kita memang tak tahu siapa jodoh kita. Kita mencari-cari jodoh tanpa kita sedar jodoh kita ada di depan mata.

"Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong bukan satu pembohongan"

Harga Novel RM 21

Aku bagi : 3 1/2 *



3 comments:

  1. salam kenal =)

    dah baca jugak. not bad! Susah nak cakap la, lelaki dgn perempuan ni kalau berkawan either diorg akan jatuh cinta atau gaduh. susah nak jumpa yg betul2 boleh kekal jadi BFF =)

    ReplyDelete
  2. kami ada sahabat lelaki yg jatuh cinta akhirnya dan ada juga yg setia menjadi sahabat... yg penting bg kami klu dh bermula nk menjadi sahabat.. kita kena letakkan gap agar xde sape yg tersimpan perasaan :)

    ReplyDelete
  3. mmg best novel ni...


    meh la join contest

    http://perfectlyrefinedresources.blogspot.com/2012/03/contest-peace-yall.html

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi