Tuesday, April 10, 2012

APA ITU HIV AIDS??




HIV, AIDS kita biasa mendengar mengenai penyakit ini. Kita tahu apa kesan-kesannya. Tapi kita sekadar tahu tapi tidak memberi perhatian sangat mengenai penyakit ini. Mungkin juga disebabkan tiada orang di sekeliling kita yang mengidap HIV dan AIDS.


Begitu juga aku. Persekitaran kerja aku sekarang mendedahkan aku dengan orang yang berpenyakit. Pada mulanya pasti kita rasa takut, takut jika penyakit ini akan berjangkit kepada kita. Dan stigma masyarakat kadang-kadang membuat mereka ini terpinggir.


Dan untuk kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca semua apa sebenarnya HIV AIDS dan bagaimana ianya tersebar.



APA ITU HIV DAN AIDS?


HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. HIV boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. Manakal AIDS pula adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


CARA HIV MEREBAK

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

~Darah
~Air mani
~Cecair faraj
~Susu ibu


HIV dijangkiti melalui:

~Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)

~Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan

~Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV

~Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.


HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

~Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS

~Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam

~Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS

~Bersin, batuk, berpeluh atau kencing

~Gigitan nyamuk


TANDA DAN GEJALA HIV

Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?

Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:

~demam
~sakit tekak dan batuk
~sakit otot
~sakit kepala
~cirit-birit
~bengkak kelenjar limfa
~letih
~ruam
~sakit sendi
~turun berat badan



GEJALA-GEJALA JANGKITAN HIV?


Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun.

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

~penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan
~cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
~jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
~jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
~kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)


STIGMA MASYARAKAT

Buat masa ini itu saja yang aku ingin kongsikan. Dan adakala kita tidak boleh lari daripada stigma masyarakat tapi tanpa mereka sedar kadang-kadang orang yang dijangkiti HIV ini pon kadang-kadang menjadi mangsa keadaan apabila dijangkiti akibat pemindahan darah atau daripada suami mereka yang menghidap HIV tanpa mereka sedar.


Dan aku dulu pon begitu juga tapi aku belajar untuk tidak bersikap judgmental kerana dalam bidang pekerjaan aku perkara ini yang perlu ada dalam diri seseorang.





1 comment:

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi