Tuesday, April 17, 2012

AYAM PENYET AP | BUKAN HIDUNG PENYEK YER






Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca yang disayangi....

Kali ini aku nak bawa ampa semua pergi makan dekat Ayam Penyet AP di KL Festival Mall, Setapak Kuala Lumpur berdekatan dengan Uptown Danau Kota.

Sebelum tu mohon maaf andai kata gambar tak berapa cantik sebab aku guna kamera handset ja.




Selamat Datang



Pilih nak makan apa yer jangan malu-malu.....


Sebelum tu meh aku perkenalkan Air yang dipilih Air Sirap Bandung cincau


Dah minum sekerat baru teringat nak ambil gambar hahaha....

Rasa dia pelik sket.... tak macam sirap yang biasa kita makan. Tapi disebabkan rasa dia pelik so air minuman ni bukan lah pilihan aku lagi lain kali...

1 1/2 Bintang untuk air sirap bandung cincau





Ikan Bawal Hitam

Rasanya memang sedap walaupun rupa macam tak sedap tapi memang sedap. Errr ayat apa la aku guna ni. Kesimpulannya memang sedap.

Aku bagi 3 1/2 Bintang


Masak Lemak Pucuk Ubi.

Sedap sangat baq hangggg.... Memang cukup rasa. Lemak sangat. Aku puji tukang masaknya. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul pandai masak Lemak Pucuk Ubi ni.

Aku bagi 4 Bintang.



Hidangan yang seterusnya

Udang Penyet



Perghhh mabelesss.... Udang memang rangup. Sambal dia power kot. Bayangkan aku yang tak suka makan kepala udang ni siap boleh kunyah lagi sebab terlalu rangup sampai tak rasa itu kepala udang. Ingatkan keropok... #EHH??

4 1/2 Bintang aku bagi.


Dan hidangan terakhir

Ayam Penyet


4 Bintang aku bagi

Besar kot ayam dia. Puas makan.

Tapi hidangan di atas adalah dimakan oleh 2 orang yer. Kalau sorang memang tak habis la.


Walaupun makanan dia semua sedap... Tapi..... ada tapi yer...

Service memang teruk.

Bayangkan masa kami masuk je restoran tu banyak pinggan pelanggan yang dah habis makan tak diangkat. Bersepah jer atas meja. Kami terpaksa duduk di meja yang ada pinggan kotor. Lepas tu kena panggil plak waitress tu datang angkat pinggan kotor.

Dah la tak lap meja. Aku plak yang lap meja tu. Lepas tu bila panggil buat-buat tak dengar padahal baru melepasi meja kami.

Aku perhatikan banyak customer yang baru masuk tercari-cari meja yang bersih akibat banyak sangat pinggan kotor yang tak terangkat.

Dan masa tu Maksu aku keluar kejap pergi cari toilet. Customer depan aku ni lagi kesian, masa Mak su aku balik dari toilet ada la nak dekat 10 minit baru la waitress tu datang angkat pinggan kotor. Punya la lama. Geleng kepala ja aku tengok.

Pada pendapat aku Restoran Ayam Penyet ni perlu mempertingkatkan kualiti dari segi servis. Servis perlu lebih sistematik maknanya ada pelayan yang khas ditugaskan untuk angkat pinggan, ambil order, dan lain-lain lagi. Ni orang tu la yang angkat pinggan pastu orang tu juga la yang amik order. Ke perlu tambah pekerja lagi?

Lagipun bila weekand of course ramai pelanggan so apa salahnya jika ramaikan pekerja time tu. Kalau tak silap aku diorang ni kerja ikut shift.

Kadang-kadang kita pergi ke Restoran mesti la sebab lapar kalau tak, tak pergi la kan. Perut tengah lapar bila service macam ni agak-agak apa akan terjadi??

Mesti rasa nak marah kan??

Ini restoran, tapi kalau kita bandingkan dengan kedai mamak, kedai mamak service dia lagi ok. Cepat pulak tu.

Disebabkan makanan di sini sedap, kita boleh pejam mata la dengan service dia yang tak berapa ok tu. Cuma pejam mata sebelah jer la....

Hehehe....

Ampa ada pengalaman macam aku tak??

Sila kongsikan





11 comments:

  1. onie makan kat jusco perda tu,pehhhhh! dah la lambat, pastu tak berapa pehhhhhhh... mungkin tekak onie tak ley terima makanan gitu kot,huhu... ramai yang kata sedap,tapi tah..onie rasa tak sedap mana pon,ikut tekak masing2,hehe

    ReplyDelete
  2. kalau makanan sedap, tapi servis lambat, memang tension... hehe...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap je ni..boleh try ni..
    tp kalo service teruk sound je..kalo sy di tempat awk..sy pergi kaunter cari bos die...memang kena komplain lah..terus tunduk muke die..huhu

    ReplyDelete
  4. Tediaaaa. Ye lahh org ati mnyak sng kan~~~~

    ReplyDelete
  5. pnh kot. tp b'lalu pergi mcm tu je. hehe.

    tp br2 ni ada kwn pny kes la. kna tgu 45 minit br dpt makanan. pny la lmbt service. dia p bebel2 last2 dpt mkn free :)

    ReplyDelete
  6. kat makan kat ayam penyet..akak suka tang sambal belacannya tu...mebeles...

    ReplyDelete
  7. kami mkn kt restoran salwa.. service mmg cpt.. mkanan pn sdap berbaloi dgn harga kt byar... mahal tp ok x kisah kn....

    ReplyDelete
  8. salam kenal.sedapnyeeee!..hehe.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  9. salam ukhwah..wah best nye..nyum2

    ReplyDelete
  10. salam ukhwah..wah best nye..nyum2

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi