Saturday, April 7, 2012

CINTA SEORANG BLOGGER #5





Sudah 6 bulan usia perkenalan Mira dan Ari. Hubungan mereka juga semakin rapat. Tapi hubungan mereka masih samar-samar. Mira masih tertanya-tanya adakah Ari mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Tanpa diduga, Tiba-tiba sahaja Arie menghilangkan diri. Blog nya di “privated”.

Ari membuat Mira tertanya-tanya. Adakah setakat itu saja hubungan mereka?

Dari pihak Ari plak, dia takut untuk meluahkan perasaannya terhadap Mira. Lalu tanpa mereka berdua sedar, masing-masing mengambil jalan yang paling tepat iaitu melakukan solat istiqarah.

Dalam masa 3 hari, Ari mendapat jawapan yang pasti. Lalu dia mencoretkan sesuatu di blognya.



Assalamualaikum pembaca blog Dari Kaca Mata Ari.

Selama ini, Ari tercari-cari sesuatu dalam hidup Ari. Ari tahu ia agak aneh bila hanya dari membaca penulisannya ada satu terdetik perasaan yang Ari sendiri tidak tahu apa maknanya.


Kisah lalu masih terbayang-bayang dalam hidup Ari. Hati Ari pernah dihancurkan, pernah dilukai. Dilukakan dengan begitu teruk sekali sehinggakan Ari menjadi trauma. Trauma dengan kisah lalu.


Tapi bila Ari terbaca ayat ini “Hargailah masa depan, jangan menzalimi masa depan kerana kesalahan masa silam” Ari sedar mengenai sesuatu. Kadang-kadang kita tercari-cari mana mentari tapi Tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi.


Apa yang pasti, dengan izin dari Allah swt dengan ini saya Muhammad Ari ingin melamar Mira dari Blog Mira Amira menjadi isteri saya.


Di mana pertemuan kami bermula di blog, disini juga la ingin Ari coretkan dan berkongsi perasaan Ari dengan pembaca semua. Namun Ari sudah bersedia andai kata di pihak sana tidak menerima Ari.


Tapi Ari percaya dengan izin-Nya dan seandainya Dia berkehendak begitu maka insyaallah akan diberkati oleh-Nya.


“OK, Publish entry.” Semoga Allah memberkati niat suci aku ni, bicara Ari dalam hati.


Apa jawapan Mira pula?? Nantikan episod seterusnya... =)



NOTACIKGADIS: Setelah berkali-kali novelog ni tertangguh akhirnya telah disambung. Harap ada yang sukakannya ;)



5 comments:

  1. ehh.. nama mira dan arie mcm reality skarg ni..hehhe..

    ReplyDelete
  2. rajin ang tulih novel naa..
    tpi..gwa...tpi..haha=P

    ReplyDelete
  3. harap-harap mira terima lamaran tu.hehehe :D

    ReplyDelete
  4. Err berani betol mlamar ikot blog.


    Menarik2

    ReplyDelete
  5. cepat la sambung!!! x sabo2 nie...hihihihi

    *rajin noo ampa study... kihkihkih :p

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi