Tuesday, April 10, 2012

INDAHNYA PENGALAMAN ITU




Menulis. Itu hobi aku. Membaca itu juga hobi aku. Mungkin itu juga aku lebih meminati subjek yang banyak membaca seperti sejarah daripada mengira.


Dan membaca ini merupakan satu terapi untuk aku. Sebelum ni aku tak sedar benda ini. Tapi bila aku berasa tekanan fikiran aku akan mula membayangkan untuk membeli bahan bacaan. Komik? Novel? My feveret ;)


Pernah juga behari-hari aku mengadap blog membaca penulisan blogger dari mula terjebaknya ke dunia blog sampai la sekarang. Dan aku mula ketagih membaca penulisan beberapa blogger di mana penulisannya yang bersahaja tetapi mempunyai maksud tersirat. Perlu pemahaman yang tajam untuk lebih memahaminya.


Dan sejak akhir-akhir ini aku juga menjadi silent reader di beberapa blog dan apa yang mengejutkan blog aku ada di senarai bloglist mereka. Terima kasih sebab sudi membaca blog yang tak seberapa ini walaupun hanya sebagai silent reader ;) Tapi sekiranya ampa meninggalkan jejak insyaallah aku akan cuba membalas jejak ampa.


Bila kita membaca, secara tak langsung kita berkongsi pengalaman orang lain. Bila kita menulis, kita berkongsi pengalaman kita pula. Itulah indahnya dunia blog





7 comments:

  1. Nurrcahaya Teruskan menulis....
    Ada ilmu baru yg saya dapat
    Membaca sebagai satu terapi
    Patutlah saya suka membaca....hahaha

    ReplyDelete
  2. saya pon salah seorang silent reader cik gk :))

    keep it up cik gk,muahhhhhhhh!

    ReplyDelete
  3. waa.. tahniah.. teruskan berblog.. :)

    ReplyDelete
  4. yup, membaca membuka minda. ayat pertama allah : bacalah dengan nama tuhanmu.. hehe :)

    ReplyDelete
  5. memang tepat sekali! terapi yang paling terbaek buat dri sha sendiri jugak ialah membaca..dan buku fevret setakat ni adalah buku motivasi..blog pun kadang2 pilihan terbaek untuk dijadikan bahan pembacaan..untuk rilekskan otak, membaca sesuatu yang santai adalah satu pilihan bijak..^_^

    ReplyDelete
  6. Betul. Membaca dan memahami apa yang penulis sampaikan adakalanya memberi kesan pada kita sebagai pembaca.

    ReplyDelete
  7. ohhh saya bukan silent riders awak... hihihihi :p

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi