Tuesday, April 10, 2012

KEHILANGAN ORANG TERSAYANG


Semua orang pernah kehilangan orang tersayang untuk selama-lamanya. Kehilangan ibu bapa adalah yang paling menyedihkan. Dan aku sentiasa kalah untuk berhadapan dengan orang yang kehilangan ibu bapa.


Aku tidak tahu bagaimana nak melegakannya dan cuba menenangkan hatinya kerana aku sendiri gagal untuk menenangkan diri sendiri bila aku kehilangan orang tersayang suatu ketika dahulu.


Arwah tok dan wan boleh diibaratkan sebagai ibu dan bapa aku sendiri. Dibesarkan oleh mereka dari kecil sampailah besar. Dan berani untuk aku cakap yang mereka lebih memahami aku daripada ibu bapa aku sendiri.


Semasa wan jatuh sakit, aku jaga wan, setiap minggu akan pulang ke Kampung dari USM, Penang untuk jaga Wan. Sama-sama tido di hospital dengan tok untuk jaga Wan. Kebetulan Tok pon tak sihat kerana mengidap kanser.


Ketika dia meninggal dunia, aku tidak menitiskan air mata langsung. Konon tabah. Sehingga dia dikebumikan ke dalam liang lahad dan beberapa hari selepas itu aku masih beriak bersahaja sedangkan aku adalah orang yang paling rapat dengan arwah.


Sampaikan satu malam, aku dah tak dapat nak menahan kerinduan kepada arwah, aku menangis sungguh-sungguh seorang diri. Aku terlalu rindukan arwah. Kesedihan yang aku simpan selama ni aku lepaskan dengan sungguh-sungguh. =,(


Kemudian tok pula meninggalkan aku. Kerana kanser telah merebak dan dah sampai ke stage 4. Dengan umur tok yang sudah 70 lebih apa lagi yang dapat diharapkan?



My family dengan Arwah Tok



Walaupun kedua-dua orang yang aku sayang telah meninggalkan aku, alhamdulillah aku sempat menjaga mereka ketika mereka sakit. Walaupun tidak seberapa dibandingkan dengan mereka yang menjaga aku dari kecil tapi aku dah buat yang terbaik untuk mereka. Cuma terkilan tidak sempat membawa tok ketika aku konvo untuk melihat kejayaan aku.


Dan maafkan aku sekiranya aku tidak dapat memujuk atau memberi kata-kata semangat ketika kamu atau kamu kehilangan orang tersayang kerana aku sendiri belum berjaya memujuk diriku sendiri.


Apa yang kita boleh buat, kembali kepada asas, dimana kita datang, disitu kita kembali. Oleh itu, mari kita sebagai umat Islam sedekahkan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang telah kembali kepada pencipta-Nya.






3 comments:

  1. saya tak dapat komen apa. sebab yang melaluinya tau apa rasanya .. al-Fatihah ..

    ReplyDelete
  2. kami pun terasa kehilangan lepas arwah tok dengan opah belah mama kami meninggal... nasib baik kami sempat jaga arwah opah lepas dia mintak temankn die, klu x mesti kami nyesal seumur hidup...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi