Friday, May 25, 2012

CINTA DITOLAK


Siapa pernah ditolak cintanya?? Siapa yang pernah menolak cinta plak?? Ataupun ampa mengambil keputusan untuk menyimpan rasa cinta tersebut?


Ditolak??


Mungkin akan rasa kecewa tapi kalau boleh terima dengan hati terbuka so benda tu tak dah hal punya la kan? Padahal dalam hati menanah...


Menolak


Terpaksa menolak atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang kita terpaksa menolak tanpa banyak pilihan. Pasti ada sebab kenapa kita harus menolak. Bukan saja suka-suka kan?


Pagi ni dapat panggilan dari seseorang yang pernah ditolak oleh aku. Boleh bergelak ketawa macam biasa dan tetiba aku rasa nak menyakat dia walaupun aku tahu aku tak patut menyakat macam tu lepas apa yang berlaku =P



Dia: "bla bla bla...nanti saya tak boleh kahwin...

Aku: "Nak kahwin dengan saya tak?" **sambil gelak-gelak dengan niat nak bergurau**

Dia: Tak nak la awak dah tolak saya... **gelak-gelak juga**




Tiba-tiba aku terfikir macam mana perasaan dia eyh? Lagipun still boleh berkawan dengan aku, bergurau-gurau dengan aku sedangkan aku menolak dia.


Bila fikir-fikir balik mungkin perkenalan kami yang singkat membuatkan rasa itu belum bercambah lagi...Lagipun sebelum apa-apa aku dah terus terang dengan dia.


Pada mulanya memang aku tak perasan langsung tapi bila ada kawan aku yang tegur dan bagitau aku cara dia pandang aku, cara dia layan aku bukan macam layanan biasa baru aku ambil berat pasal tu.


Tadi terlihat status Facebook dia


"Suka tak semestinya bercinta.. Bercinta tak semestinya jodoh...kalau jodoh tak akan ke mana"


Betul juga kan?? Apa yang aku boleh simpulkan dia memang matang boleh terima dengan hati terbuka lagipun kenapa perlu nak hilang kawan padahal cinta ditolak je kan??





Gambar Hiasan




5 comments:

  1. Hehe.. aida pernah menolak..

    kalau aida suka kat someone pon,aida diam je.. xberani nak luah. takut kena reject. hihi.. :D

    ReplyDelete
  2. Saya menanti orang meminang je. Ceh, padahal baru tingkatan tiga. Dah nak menggatal. *Sila tampar*

    ReplyDelete
  3. bagus la die tue matang.. cinta yg ditolak bukan beerti persahabatan pn kena ptus...mcm kami dgn ex satu ofis nie, mulanya dia buat kami musuh, tp kami x reti nk musuh ngn org.. last2nya Alhamdulilah kami boleh dok gurau gelak2 ngn dia..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi