Monday, May 28, 2012

CINTA SEORANG BLOGGER #7

Sambungan kisah Cinta seorang Blogger #6








Mira termenung di atas katil. Sudah hampir 3 bulan berlalu. Sesekali dia terfikirkan Ari. Mengapa Ari mengambil keputusan drastik sehinggakan menutup blognya sendiri walhal Ari sendiri menyatakan akan menerima keputusan Mira itu dengan hati yang terbuka. Kalau la Ari tahu rahsia itu…….



****************************


Sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila aku nak melarikan diri? Sampai bila? Semua itu hanya diluahkan dalam hati. Mungkin ramai menganggapnya pengecut, tidak berani nak berhadapan dengan kenyataan tapi itulah jalan yang dipilihnya. Kerana kecewa dia membawa diri hingga ke Selatan tanahair. Tawaran kerja yang hanya menanti jawapan lantas diterimanya tanpa perlu berfikir panjang. Mungkin ini yang terbaik.



*************************************


Kenangan 3 tahun lepas tiba-tiba terimbas di ingatan. Teganya dia menghancurkan hati lelaki itu. Lelaki yang sangat menyayangi dirinya, yang berjanji akan menjaga dirinya walau apa keadaan sekali pon, lelaki yang bersungguh-sungguh ingin membahagiakannya dan melamar dirinya menjadi suri di hati lelaki tersebut.


Air mata menitis lagi.


‘Maafkan aku. Aku terlalu bodoh, aku terlalu pentingkan diri aku, aku langsung tidak menghargai diri kau. Maafkan aku… Maafkan aku Ayie…’ Semua itu hanya terluah dalam hati.


Tersedu-sedu dia menangis.


“Kak…” suara lembut itu menyapanya.


“Kak menangis lagi?”


“Aku rasa bersalah Nana… Sehinggakan sekarang aku tidak dapat maafkan diri aku.. Aku bersalah padanya..” tangisannya pecah lagi.


“Aku faham kak, tapi semua itu telah ditetapkan oleh-Nya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang terlalu alpa, terlalu mengejar keseronokan dunia semata. Tabahlah kau kak”


Bilik itu kembali sepi. Mereka tenggelam dalam lamunan masing-masing.



NOTACIKGADIS: Bila entah kisah ni nak habis kih3.... Terima kasih pada yang sudi mengikuti Novelog ini...




2 comments:

  1. kali ni sngt pendek

    br nk sedih2 skit

    #cpt sambung

    ReplyDelete
  2. itulah bila entah nak abis kisah nie.. ke abis time kami menikah nt? #Ehhh ape kena mengena.. hahahaha

    kenapa dengan rahsia hati die?????

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi