Friday, May 11, 2012

KAHWIN LEWAT




Stigma masyarakat bila kahwin lewat jer mula dilabelkan macam-macam antaranya anak dara tak laku, andartu, bawa sial la sebab tu tak kawen lagi dan macam-macam lagi pandangan yang negatif sering dilemparkan kepada wanita yang masih lagi tidak berumah tangga meskipun sudah lewat usia.


Kalau tinggal di bandar mungkin perkara ini tidak menjadi masalah apatah lagi kebanyakan wanita yang masih belum kahwin mempunyai kerjaya yang agak hebat berbanding wanita yang tinggal di kawasan kampung dimana sering menjadi buah mulut makcik-makcik yang agak bz body sekiranya belum berumah tangga.


Bagi aku sendiri kahwin lewat sebenarnya bukanlah satu isu yang besar. Siapa tak nak kahwin?? Cuma jodoh belum sampai lagi. Adakalanya bukan tidak berusaha tetapi ada satu ketika mereka terlalu ghairah membina kerjaya sehingga lupa usia semakin meningkat sedar tak sedar umur mereka sudah mencecah 30-an atau 40-an.


Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adakalanya perhubungan dengan keluarga lebih erat dimana mereka akan menumpukan sepenuh perhatian untuk membahagiakan ibu bapa mereka.


Pada aku isu kahwin lewat tidak perlu diperbesarkan sebab setiap orang Allah dah tetapkan jodoh mereka sama ada lambat atau cepat. Faktor kewangan adakalanya turut diambil kira. Bukan semua orang mampu.


Adakalanya perlukan pengorbanan untuk mendapatkan yang terbaik yang pasti pasangan yang berkahwin lewat pasti sudah fikir apa yang terbaik untuk mereka.


Bagi yang masih belum bertemu jodoh jangan risau Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu. Sama-sama kita doakan untuk mendapat jodoh yang terbaik.





7 comments:

  1. betul2. suma orang nak kawen. cuma cepat lambat dapat jodoh je. i nak kawen hujung tahun ni. umur dah 29. ramai cakap terlajak. tapi tak kisah sangat pun. yang penting kita living life to the fullest. :)

    ReplyDelete
  2. betul, kalau jodoh belum sampai mcm mana nak kawin kan. Siapa yg tak nak kawin dan mempunyai keluarga sendiri...

    ReplyDelete
  3. biasa la mulut2 org kepo ni xleh ditutup..huhu..sy ni pun tergolong dalam wanita yg lambat jodohnye..tp ttp percaya setiap manusia tu ada pasangnnye..:)

    ReplyDelete
  4. AKAK SETUJU ... BUKAN ISU BESAR PUN ... CUMA ORG BERMULUT LONGKANG JE MENJADIKAN IA ISU BESAU PUNYA!!

    ReplyDelete
  5. @zila

    yeeszaa.....janji kita happy dgn apa yg kita buat dan akan lalui ;)

    ReplyDelete
  6. @riri

    semua orang nak kawen cuma lambat dengan cepat jer...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi