Sunday, May 13, 2012

LINTAH DALAM DUBUR





KOTA BHARU - Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II).

"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur,"
katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menerima kunjungan isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan
Ahmed Meah di sini, hari ini.

Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. - Bernama



KREDIT : Sinar Harian



...........................................................................


Lintah masuk dalam dubur??

Perghhh menakutkan ja.....

Masa aku kecik-kecik dulu aku dengan sepupu-seppupu aku suka sangat mandi sungai tapi bila dengar ada budak perempuan kat kampung aku ada lintah masuk dalam kemaluan terus kami takut nak mandi sungai dh.

Tapi tu baru lintah masuk dalam dubur kalau kemaluan dalam dubur???

##ehhh??

Hidup la dalam pada paksi yang betul. Jangan main belakang.

Sekian....





3 comments:

  1. masuk dalam dubur takkan la tak rasa. selalunya kalau melekat kat kaki pin dah terasa geli2 dah hu3

    ReplyDelete
  2. Tapi tu baru lintah masuk dalam dubur kalau kemaluan dalam dubur???

    ##ehhh??

    Hidup la dalam pada paksi yang betul. Jangan main belakang.

    Sekian....

    _-=.. ada maksud tersembunyi .. apa2pun dah follow blog ni :D

    ReplyDelete
  3. sama la kami pn dlu ske mandi sungai tp ble dengar cite pasal lintah terus kurangkan ektibiti tue.. hihihi

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi