Monday, May 21, 2012

MARK ZUCKERBERG PENGASAS FACEBOOK BERKAHWIN




PALO ALTO: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengemaskinikan statusnya kepada ‘berkahwin,’ semalam.

Zuckerberg dan Priscilla Chan, 27, melangsungkan perkahwinan di satu majlis kecil-kecilan di Palo Alto, California, mengakhiri minggu yang sibuk bagi pasangan itu.

Dan pasangan berkenaan mengumumkan perkahwinan mereka dengan cara yang mengejutkan, iaitu dengan menyatakannya dalam mesej di Facebook.

Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya itu di Wall Street Jumaat lalu yang menyaksikan nilai rangkaian sosial berkenaan melonjak kepada AS$104 bilion (RM312 bilion) Priscilla, menamatkan pengajiannya di sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco Isnin lalu, hari yang sama Zuckerberg menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Mereka berkenalan di Harvard dan sudah bersama sejak lebih sembilan tahun lalu.

Satu sumber di majlis itu berkata, Zuckerberg mereka sendiri cincin perkahwinannya. Majlis berlangsung di laman belakang kediaman Zuckerberg dengan dihadiri tidak sampai 100 tetamu, termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.

Semua jemputan menjangka mereka datang untuk meraikan graduasi Priscilla. Mereka hanya diberitahu mengenai acara sebenar selepas tiba.

“Semua tetamu terkejut,” kata sumber itu.

Makanan yang disajikan termasuk menu dari sebuah restoran sushi di Palo Alto yang menjadi kegemaran pasangan itu.

Zuckerberg dan Priscilla merancang perkahwinan itu sejak beberapa bulan lalu tetapi terpaksa menunggu pengantin perempuan menamatkan pengajian. - Agensi

SUMBER: Harian Metro



NOTACIKGADIS: Duit banyak nak buat konsep wedding macam mana pon tak jadi masalah.





5 comments:

  1. betul la... duit bnyk tp majlis kahwin tersngtlah simple

    ReplyDelete
  2. nk tunggu entry cik GK kawen pulak :-P

    ReplyDelete
  3. wwwooooo...
    kawen juga mamat ni...
    untung la sapa ladi wife dia...

    ReplyDelete
  4. Ringkas je majlis perkahwinan dia..:-)

    ReplyDelete
  5. Tau xpe duit byk nk wt speraise cm mana pn xpe.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi