Tuesday, May 22, 2012

"SAYA BUKAN MEMILIH KAWAN" | GKSB




"Saya bukan jenis memilih kawan cuma kadang2 saya tak pandai nak beramah mesra...walaupun pada dasarnya orang cakap saya peramah....saya tak ada kawan rapat sebab saya takut untuk kehilangan seorang lagi kawan rapat...tapi saya ada kawan baik..bagi saya kamu semua adalah kawan baik saya"


Itu status Facebook aku.


Sesuatu yang aku terfikir secara spontan. Kawan baik aku memang ramai. Tapi yang betul-betul rapat sudah tidak ada. Pernah ada sebenarnya tapi bila sesuatu terjadi keadaan dah tak sama macam dulu lagi.


Aku kini lebih suka menyimpan. Adakalanya bila terasa ingin berkongsi dengan seseorang mesti aku tak tahu nak berkongsi dengan siapa. Dan lebih menyedihkan bila di saat aku perlukan seseorang, semua orang yang aku call langsung tak angkat telefon. So, daripada aku terus kecewa, simpan sendiri sudah =,)


Tapi ada satu hari tu disaat fikiran kusut tiba-tiba Mak cik ni call aku. Sampaikan aku cakap "ampa ni macam bidadari turun dari langit la" tergelak dia masa tu. Tapi memang itu yang aku maksudkan. Ia umpama ampa terjatuh, tiba-tiba ada seseorang yang menghulurkan tangan untuk ampa bangun kembali.


Pendek kata aku tak pandai nak berkongsi kesedihan dengan orang, ada orang tertentu saja yang aku sedia berkongsi kalau itu anda maka bertuahla anda kih3.... Gurau jer... Malas nak bebankan orang dengan masalah diri sendiri.


Kalau nak berkongsi kegembiraan memang aku sangat sangat boleh....Pendek kata Senyum Mau Maneh =D






3 comments:

  1. Dulu sebelum kahwin banyak kawan rapat...
    Tapi bila dah kawin isteri la jadi teman paling rapat.. he he...

    Tentang kawan2 nie, sedikit kecewa bila ada kawan lupa kawan... bila gaji dgn pangkat dah besar...

    ReplyDelete
  2. terharunya kami.. sobsobsob.. kami mungkin x mampu nak jadi kawan rapat ampa tapi kami akan usaha ada dgn ampa bila ampa memerlukn seseorang.. kami xmau ada kat depan ampa, xmo ada kt blkg ampa tp kami nk ada kt sisi ampa yg blh tenangkan ampa saat ampa kesedihan.. ada pape bgtau kami ok, insyaAllah kami ada :)

    ReplyDelete
  3. kirin memang tak memilih kawan tetapi kirin memilh untuk menjadi sahabat..kawan dan sahabat adalah maksud yang berbeza bagi kirin.:)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi