Sunday, June 3, 2012

FASHA SANDHA SANDING BERTIGA





KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli, 36, akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sebelah pihak keluarga perempuan di taman rekreasi Tasoh Lake Resort & Retreet di Perlis, petang ini.

Pasangan yang diijabkabulkan dalam majlis pernikahan secara tertutup di Hotel Crowne Plaza, di sini, pada 27 April lalu itu bagaimanapun menyerahkan segala persiapan dan persediaan untuk majlis resepsi ini kepada keluarga Fasha yang sejak awal inginkan mereka mengadakan majlis di kampung halamannya.


Menurut Fasha yang dihubungi semalam, keluarganya menjemput 800 tetamu saja di kalangan keluarga terdekat, sahabat rapat dan peminat dari kelab We Love Fasha Sandha yang terpilih.

Katanya, meskipun diadakan di kawasan taman rekreasi terbuka seperti ini, majlis ini tidak terbuka kepada semua kerana keluarganya inginkan kesederhanaan.


“Semuanya mama uruskan dan saya bersama suami hanya hadir. Memang ini yang mama inginkan sejak dulu lagi untuk meraikan hari bahagia bersama ahli keluarga di sana.


“Alhamdulillah, pejam celik sudah lebih sebulan kami mendirikan rumah tangga. Esok kami berdua akan sekali lagi diraikan dalam majlis di sebelah pihak keluarga saya pula.

“Saya dan suami sangat seronok untuk pulang ke kampung halaman,” katanya yang tiba di Perlis bersama suami, awal pagi semalam.


Tiga minggu selepas bernikah, pasangan ini menerima berita gembira selepas Fasha disahkan mengandung.

Fasha berkata, majlis petang ini akan lebih bermakna kerana bukan hanya mereka berdua yang akan diraikan, sebaliknya kini bertiga bersama anak dalam kandungannya yang kini berusia tiga minggu lebih.


“Inilah hadiah paling istimewa buat kami berdua kerana kami akan turut meraikan perkhabaran gembira mengenai kandungan anak kami berdua. Justeru, perasaannya lebih seronok kerana kami akan bersanding bersama anak sulung.


“Rizal tidak membenarkan saya mengenakan kasut tumit tinggi kerana bimbang keselamatan dan keselesaan saya sepanjang majlis.


“Saya juga terpaksa menolak tawaran untuk membintangi watak utama sebagai Sarakit dalam drama bersiri, Dendam Sarakit tayangan TV3 kerana ada beberapa babak aksi seram bagi menjaga peringkat kandungan awal ini.


“Yang lebih penting adalah bertemu keluarga dan sahabat yang selama ini setia menjadi pembakar semangat buat kami berdua,” katanya yang akan kembali ke set penggambaran drama Syawal Buat Elysa, Julai depan.


Pelakon yang kini popular menerusi drama Seindah Sakura ini akan mengenakan baju rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan moden tradisional.


Sumber: Harian Metro
....................................................................


Bersanding bertiga? Untung la....

=P




4 comments:

  1. sesak gler kenduri dia skrg...:( xley boley nk duk dpn

    ReplyDelete
  2. sanding bertiga halal xpela

    ni ramai sanding bertiga xsmpat nk halal

    ReplyDelete
  3. rezei dia kan dapat baby awal..hehe

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi