Sunday, June 10, 2012

KAHWIN GANTI | NOVEL REVIEW




Assalamualaikum....


Dah lama aku tak review novel kan?? Novel yang menjadi pilihan kali ini adalah Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya. Novel ini adalah terbitan Karya Seni yang mana kita tau kebanyakan novel-novel dari karya seni memang best.







Sebelum tu jom baca sinopsis Novel ini.


Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?



*********************************


Bagi aku novel ni sangat menarik dari segi gaya penceritaannya. Selalunya dalam kebanyakan novel kita sering membaca banyak kisah-kisah perempuan yang terpaksa menjadi pengganti untuk kahwin cuma dalam kisah yang berbeza.


Tapi kali ni lelaki pulak yang terpaksa menjadi pengganti bila pengantin lelaki tiba-tiba menghilangkan diri di hari pernikahan.


Kita pasti tertanya-tanya mengapa pengantin lelaki Nuqman Hakim menghilangkan diri sedangkan dia sangat cintakan Mya Zara. Manakala Luqman Hakim pula terpaksa menggantikan kembarnya Nuqman Hakim kerana rupanya yang seiras.


Tapi bila segalanya terbongkar ayahnya meninggal dunia kerana sakit jantung akibat terlalu terkejut mendengar rahsia itu. Mya Zara disalahkan sehingga Luqman Hakim sangat membencikan Mya Zara.


Mya Zara redha dengan apa yang menerimanya. Tapi perasaannya mula keliru dia kini mencintai Luqman Hakim atau Nuqman Hakim??

Persoalannya mengapa Nuqman Hakim meninggalkan Mya Zara?? Adakah Luqman Hakim akan menceraikan Mya Zara untuk Nuqman Hakim?? Siapa akan menjadi pilihan Mya Zara. Siapa pula Sofea dalam hidup Luqman Hakim??


Banyak lagi kisah yang menarik berlaku dalam Novel ini. Nak tahu kena la beli. Untuk Novel ini aku bagi 4 Bintang.


**** untuk Kahwin Ganti




9 comments:

  1. Banyak tul persoalnnya... best tu.....

    ReplyDelete
  2. dari gaya cite mcm best..hihihihi

    ReplyDelete
  3. ooo...nice...banyak betul konflik

    ReplyDelete
  4. arrrghhh.....rasa nak baca~!! tapi kurang kesempatan la ni...... Ada 3 lgi novel tgh beratoq..

    ReplyDelete
  5. arghh td cr xjmpe

    suami aku ustaz pon

    sok cr la lg

    ReplyDelete
  6. Gk bg akk pinjam,hehe
    cepat blik sini bwak buku2 yg akak xd.kita tukar hehe

    ReplyDelete
  7. mcm best lak, mana aaa nak crik ni, :D

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi