Friday, June 29, 2012

KECEWA DITINGGALKAN??



Kau penah kecewa ditinggalkan?
Opkos penah kan?
Dan kau juga pernah meninggalkan orang??
Errrr............


Kau kecewa ditinggalkan tapi pernah kau fikir kau kecewakan orang lain dengan meninggalkan mereka. Kalau nak cakap pasal kecewa ni boleh diibaratkan macam kau makan kulit durian. Boleh kau bayangkan macam mana??


Setakat ditinggalkan dengan kata-kata perpisahan terakhir apa la sangat jika nak dibandingkan kau datang jumpa kekasih kau dari jauh, kau bawa dia jalan-jalan gembirakan dia tapi bila kau balik ke tempat tinggal kau yang lebih 90 marhalah tiba-tiba kau off kan Handphone kau biar awek kau tertanya-tanya apa yang terjadi, kau biarkan awek kau pergi jejaki kau dan bila dikhabarkan kau bersama wanita lain dan kau akan berkahwin dengan wanita itu agak-agak kau ini boleh disamakan dengan makan kulit durian tak?


Tak cukup dengan itu kau dicaci, kau mendapat kiriman SMS pula dari isterinya yang mereka sekarang tengah buat S*** di atas katil padahal kau sudah tidak amik tahu hal mereka dan bukannya aku yang merampas jantan itu tapi dia? Kenapa masih nak cuba sakitkan hati aku?


Bila cuba membuka kisah luka lama hati aku pasti akan rabak! Tersiat wehhh....






Kemudian disiat sekali lagi oleh orang yang berlainan dengan cara yang berbeza. Itulah namanya pengalaman hidup. Kau akan belajar dari pengalaman.


Setakat kau kecewa ditinggalkan dengan kata-kata perpisahan apa la sangat. Kau menangis berhari-hari sampai bengkak-bengkak mata tapi kau tak sedar sebenarnya ada orang yang lebih teruk lagi caranya ditinggalkan. Tapi cool jer?


Sampai ada yang cakap "rileks jer tengok hang ni. Macam tak ada apa-apa pon" Tapi dalam hati ni siapa yang tahu? Kau tak boleh salahkan orang lain tak paham kau sedangkan kau tak pernah nak bagi orang paham kau?


Baik kau berhenti sia-siakan air mata kau.


Hidup ini kadang-kadang tak seindah yang kau impikan. Tapi kau kena fikirkan positif mungkin hari ini kau belum bahagia insyaallah satu hari nanti kau akan ketemu bahagia yang kau cari. Jangan pernah putus untuk berdoa.





8 comments:

  1. kecewa ditinggalkan tak bermakna terus berputus asa.... :)

    ReplyDelete
  2. tertusuk jantung. huhu. pernah ditinggalkan dan sebagai balasan meninggalkan. kedua-duanya mematangkan. nilai pengalaman dalam perjalanan hidup. sangat sakit ditinggalkan sepatutnya tak menyakitkan orang lain dengan meninggalkan. mengakui salah sendiri dulu. buat s***? errr tetttt

    ReplyDelete
  3. macam parah je rase di tinggalkan ye..
    yg xpernah rasa mmg xkn memahami.. mcm efa..kihkihkih..
    setakat nie belum penah di tinggalkn.....hehe
    semoga di jauh kann..terseksaa :D

    *pengalaman mendewasakan seseoarang* ^^

    ReplyDelete
  4. kalau asyik sedih kerana kecewa, mmg kita ni lembik. kita harus kuat kuat dan kuat supaya boleh berfikiran positif.

    ReplyDelete
  5. moga tdk akan ditinggalkan dan meningalkan..

    ReplyDelete
  6. kadang mase akan mengembalikan semnagat seseorang stlh dtggalkn

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi