Thursday, June 28, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN: PILIHAN IBU BAPA ATAU ANAK-ANAK


Aku tertarik mengenai tajuk Wanita Hari ini di mana membincangkan mengenai Majlis Perkahwinan: Pilihan Ibu Bapa atau Anak-anak. Disini aku lihat kebanyakan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga pasti mengalaminya.


Antara impian perkahwinan diri sendiri dan ibu bapa. Kadang-kadang impian kita macam lain, ibu bapa plak mungkin cuba nak realisasikan impian perkahwinan mereka yang mungkin mereka tak dapat buat dulu dan cuba mengaturkan pelbagai perkara yang kadang-kadang kita sendiri tidak suka.


Bila berbicara pasal impian perkahwinan ni pertama sekali kita mestilah tengok bajet kita sama ada mampu atau tidak. Nak buat majlis yang grand untuk anak-anak tapi dalam masa yang sama telah membebankan anak dan menantu.


Kalau ibu bapa kita jenis boleh bawa berbincang dan sangat open-minded memang itu yang paling terbaik. Kita akan tahu apa kehendak kita dan juga ibu bapa. Bagi yang langsung tak boleh nak terima pendapat anak-anak nanti akan timbul masalah di kemudian hari.


Bukankah perkahwinan adalah hari untuk bergembira bukannya bertukar menjadi perkara yang menyedihkan?


Pada pendapat aku la, kalau aku, aku ada impian majlis perkahwinan aku sendiri dan kalau boleh biarlah aku yang tentukan sebab perkahwinan adalah sekali seumur hidup dan semestinya kita inginkan yang terbaik.


Tapi jangan sampai membelakangkan pendapat ibu bapa. Yang mana boleh kita ikut, kita ikut kalau tak nak kita tolak secara baik. Dan ibu bapa kena lah juga paham keadaan anak anda.




Cantik tak? Ehem ehem =P




Pstttt: Boleh tolong tak?? KLIK SINI untuk maklumat lanjut.




8 comments:

  1. erm kena pandai setelkan lah, yg penting jgn lebihkan sgt adat smpi lpekan syariat.. setelkan cara bebaik klu ada tentangan.. insyaAllah ikut mana yg terbaik tuk dua2 pihak :)

    ReplyDelete
  2. rasanya kena bincang-bincang dgn family dulu. dengar pendapat diorang mcm mana. if ada x betul, kita boleh suggestkan pendapat kita. tp jgn sampai grand merand takut nanti nak hidup lps kahwin susah :)

    ReplyDelete
  3. Masa MQ kawin dulu, semuanya MQ yang tentukan... Parent memang tak kisah... Tapi masalahnya, MQ suke tukar2, tu yang parent MQ pening... Kalau MQ tau, ikut je cakap diorang...

    ReplyDelete
  4. biasa uruskan majlis orng je..hehe

    ReplyDelete
  5. kalau dapat mak ayah yang cerewet memang susahhh....aduhaiii....takot pulak nak masuk alam yg baru...

    ReplyDelete
  6. bincang sebaiknya...

    bagi saya majlis tak penting sangat, buat sekadar mampu yang paling penting adalah akad nikah..

    ReplyDelete
  7. MMG JADI.... TAMBAH2 KAMI NI WEDDING YG MMG PARENTS NANTIKAN....KALO PART YG KMI NAK, KAMI AKAN BERKERAS NAK JGK..TP KALO PENDAPAT PARENTS TU ADA BAIKNYA, KAMI TERPAKSA KETEPIKAN KEINGINAN SENDIRI

    ReplyDelete
  8. Mcm kami ni la. Baru je tunang. Dah sibuk pakcik makcik nak buat ikut cara masing2. Impian pkahwinan sendiri 1 1 nampak menghilang dari pandangan. Tgh decide nk jaga hati orang ke hati sendiri. Sbb masa tunang pon, kami nk buat kecik simple, tp sbb jaga hati org, da jadi complicated.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi