Sunday, July 1, 2012

AYAM KAMPUNG SEPARA BANDAR BLACKPAPER



Assalamualaikum....


Baru-baru ini aku telah merajinkan diri untuk masak bagi juadah berbuka. Buka peti ais ada ayam dengan udang. Dah Hari sebelumnya aku masak sambal udang so tetiba rasa nak masak ayam blackpaper.


Ketahuilah aku adalah seorang yang jarang masak tapi sekali masak.. Perghhh boleh tahan sedap **kalau tak puji diri sendiri sapa lagi nak puji? Keh3.... =P


Satu lagi plak aku jenis yang suka masak berlauk tapi kalau bab-bab kek or kuih raya ni memang aku kureng sikit. Renyah sangat kot haha.. Tapi bab melantak no 1. Kalau tak dah lama aku try kek karamel yang kak shida selalu dok buat tu. Hehehe....Insyallah nti aku try buat juga la mana tau bakal suami suka makan haha...



Jadi persembahkan rupa Ayam Kampung Separa Bandar Black Paper. Nama tak nak kalah! =P



Disini aku kongsikan resepinya. Resepi ni versi aku punya yang mana tak ada macam yang ampa selalu buat tu aku tambah la tu hehehe... Tapi rasanya sedap juga. Bukan la nak puji diri sendiri walaupun aku ni jarang masak tapi tak la bodoh sangat nak beza sedap dengan tidak. Kalau tak caya try la...Huhu


Ayam (potong dadu )
2 @ 3 ulas Bawang Besar,**
2 ulas Bawang Putih,**
Lada Hitam** (kalau tak ada tak apa boleh ganti dengan sos lada hitam)
Serai,**
Halia**
Sos Lada Hitam
Carrot
Kicap
Cili kering (dikisar)

**Blender bahan-bahan bahan ini

1. Perap ayam, guna bahan yang dikisar tadi bersama sos lada hitam (simpan sikit bahan kisar tadi untuk tumis) dan campurkan 2 sudu cili kering yang telah dikisar (bergantung kepada kuantiti ayam. Kalau tak suka pedas 1 sudu pon dah cukup). Perap selama 30-45 minit. Selalunya lagi lama perap lagi terasa perapan ayam tu.

2. Masuk minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.

3. Masukkan ayam dan tambah sedikit air.

4. Masukkan sedikit kicap dan sos lada hitam. (aku tambah lada sulah juga)

5. Masuk sedikit hirisan Halia (boleh menaikkan bau dan rasa)

6. Garam dan gula secukup rasa.

7. Carrot @ nak tambah ubi kentang pon boleh

8. Masak sampai agak-agak dah empuk daging ayam tu tutup api.


Ok siap dimasak dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba



6 comments:

  1. pehhhhhh air tangan cik gk ni syok ni :)

    ReplyDelete
  2. fuh! nampak sodap! mesti cuba nanti. <3.<3

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap!! sedap la tue ;)

    kami nk buat daging black paper rini

    ReplyDelete
  4. onie: kalau ayaq basuh tangan cik GK lagi syok haha


    aida: cuba tau ehehe...

    ReplyDelete
  5. kiera: mesti la sedap hehe


    scarlett: silakan lepas tu jgn lupa share tau hehe

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi