Sunday, July 15, 2012

MASAM-MASAM MANIS


Bulan puasa dah nak dekat. Tapi macam biasa la bila dah sibuk dengan kerja yang memang aku terasa sangat kepenatannya sampai badan dah sengal-sengal padahal jadi cashier jer kot sampai tak ada masa nak pikir2 semua tu. **pikir bila nak berhenti ada la =P


Ada bapak sedara aku sorang tu cakap "mengaji tinggi-tinggi jadi cashier" keh3..... Ni kerja sementara jer la... Kontrak kerja aku sebelum ni dah habis tunggu nak sambung plak lepas ni entah bila tah..Daripada duduk saja baik cari kerja.


Tapi serius la keja cashier ni sangat memenatkan, lagi penat nak hadapi kerenah customer yang macam-macam gaya. Lagi tak boleh blah masa bayar main lempar duit macam kita ni hina sangat. Rasa macam nak lempar duit kat muka dia balik ja....Berlagak tak kena gaya. Macam biasalah customer always right. Puihhhhh.......


Semalam memang penat gila. Sampai hari ni terasa sengal-sengal lagi. Mungkin sebab hari minggu terlampau ramai sangat orang dan yang lebih mengejutkan kebanyakan dah beli baju raya dan persiapan raya. Bila aku tanya alasan yang diberikan bila dah puasa nanti dah tak larat nak berjalan, beli siap2 senang.



Gambar Hiasan




Rasa macam nak balik kampung ja. Cik abe sorang tu dok bagitau tok dengan mak dia dah tanya bila aku nak balik. Segan plak aku. Bila dah "selamat" nanti agaknya macam ni la keadaannya bila duduk jauhkan? Tak apa la sayangkan suami tinggal-tinggalkan. Haha... =P


Bila aku tanya dia, tak rindu ker nampak cool jer ni. Dia jawab " Dr Fadhilah Kamsah bagitau orang lelaki ni bukan jenis suka tunjuk sangat perasaan dia, tapi dalam hati dia kita tak tau. Perempuan plak jenis suka tunjuk.." Hamik kau keluar habis kata-kata Dr Fadhilah Kamsah bagai hahaha....


Bila dah kenai lama ni kita akan paham perangai masing-masing walaupun aku kadang-kadang buat tak paham haha.... Nak juga cari pasal. Dia dah masak sangat perangai aku mai time dia malas nak melayan, sakit hati sorang-sorang la huhu... -_-"


Tak pa la baru ada masam-masam manis dalam perhubungan ye tak??


#Kbai...


=)




8 comments:

  1. Tak lama lagi dah nak puasa. Seminggu je lagi atau kurang. :)

    ReplyDelete
  2. awak sabar ye. dalam masam tu ada manis nya. hehe.

    ReplyDelete
  3. kami kerja cashier dulu setahun lebih.. byk pengalaman kt situ dari seorg yg baran kami berubah jadi penyabar... insyaAllah ada rezeki laen nt tue.. :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi