Sunday, August 12, 2012

IFTAR RAMADHAN PERTAMA




Assalamualaikum......

Dah nak habis puasa baru tergerak hati nak update pasal iftar pertama bersama En TTM bagi tahun ini. Nampak sangat pemalasnya kan? Eh salah la...nampak sangat kesibukannya.....


Kalau tahun lepas kami terpaksa berbuka dalam kereta lepas beli MacD gara-gara tak ada tempat duduk tahun ni lebih senonoh sikit la sebab berbuka di Restoran.


Kebetulan balik pon sebab aku interview masa 24hb hari tu, tanpa dirancang terus SMS ajak keluar berbuka sekali 25hb tu dan malam tu juga aku gerak balik KL. Gigih kan? En TTM lagi gigih..Tengahari dah p tempah siap-siap, balik kerja terus balik rumah dulu mandi-mandi tunggu aku datang jemput. Dari Alor Star aku gerak dalam pukul 5 cam tu ke Perlis.


Lokasi yang dipilih Restoran Rusnani Tomyam dekat jalan Kangar-Padang Besar. En TTM yang cari, tempat dia kan dia lebih tahu la nak makan kat mana. Bila aku tanya order apa, dia bukan nak bagitau asyik cakap tengok la japgi nak makan apa.


Sekali bila dah sampai terbeliak biji mata aku bila tengok hidangan ni





Boleh habiskah???


Agak-agak habis tak?? Opkos habis...Tengok perut la hahaha... 2-2 orang makan bertambah. Hidangan dia memang sedap.... Ikan 3 rasa ni mabelessss..... Tomyam dia pon sedap...(lupa plak nak snap gambar).


Saja la aku dok risik-risik pernah makan dekat sini ka? Tergagap-gagap nak jawab haaa rupanya pernah bawa "kawan lama" dia mai sini masa dulu-dulu... Amboi-amboi nak kena kuteyh haluihh leteewww.....Nasib baik sedap makanan kat sini....


Hari tu banyak plak En TTM ni bercakap selalunya aku yang banyak cakap almaklum la dia ni memang berat mulut sikit....Sapa-sapa yang pernah jumpa dia tau la macam mana pemalunya dia haha... **pemalu la sangat =P. Maybe sebab lama tak jumpa kot.. 2 bulan tak jumpa rindu letewww......hahaha **gediks i kan uolsss...


Lepas berbuka puasa terus choww malam tu nak balik keyell pulak. Letih memang letih tapi sayang punya pasal kan Perlis-Kedah sanggup aku harungi #ehhh???


Malam tu En TTM tak pegi terawih. Tangki penuh katanya hahaha.....Dah la sebelum tu asyik dok suruh aku perabis makanan katanya tangki aku besaq dari dia kena makan banyak sikit, boleh buat bekalan nak balik KL nanti... **Apa kena mengena tak tau la...Masuk perut jadi taik je la tak ada bekalan-bekalan dah huhu (-_-") Tau la kita ni demok...Sekeh juga orang tua ni japgi huhuhu


Dan hidangan yang kami makan tu berharga RM38 jer....Murahkan?? Ikan tu dah la besar. Daging lagi, sayur kailan ikan masin lagi, tomyam lagi...Kalau kat KL RM38 tu harga ikan saja....Dan paling penting semua tu ditanggung beres oleh En TTM hihihi =P


Sekian, Iftar pertama aku untuk tahun ini.





13 comments:

  1. tahun depan iftar berdua stiap hari la kan hehe

    ReplyDelete
  2. ehem ehem..hhe

    lauk tu nmpk sedappp..

    ReplyDelete
  3. untunglaaa ada org bereskann...okeh dh lapaq! ;p

    ReplyDelete
  4. kami kami xleh harap nak abiskan makanan hahaha

    ReplyDelete
  5. ehem3.. xlama gi iftar bersama la ttiap taun tetiap hari.. :P

    ReplyDelete
  6. pernah makan dkt situ time study dkt beseri,perlis dulu..hehe..

    ReplyDelete
  7. wow,siakap putih, siakap muara, ssedap tueeeeeee

    ReplyDelete
  8. @iffah

    insyaallah ehehe...tapi tetap tak boleh setiap hari juga...dipisahkan oleh jarak

    ReplyDelete
  9. murahnyaa....boleh try la lepas ni.kedai tu dekat dengan apa ye?excited nk pg pas raya nnti :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi