Sunday, August 12, 2012

KAHWIN MUDA #1

Boleh dikatakan sekarang ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga dalam usia yang muda. Sebagai contoh Irine Nadia, Dena Bahrin malah rakan-rakan kita sendiri.


kredit pic: Irine Nadia



Apa yang ada dalam fikiran kita bila ada pasangan yang berkahwin dalam usia muda adalah keraguan sama ada mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab dalam usia muda. Betul atau tidak??


Sesungguhnya aku sangat respect dengan mereka yang berkahwin awal ini kerana dalam usia yang muda mereka sudah mampu memikul tanggungjawab yang besar untuk menjadi isteri atau suami kepada pasangan masing-masing. Bila mereka berkahwin awal bermakna mereka sudah bersedia dan matang dalam membuat keputusan.


Sudah semestinya pasti ada tentangan daripada ibu bapa jika usia untuk berkahwin boleh dikatakan mentah. Tapi ada ibu bapa yang lebih mengenali siapa kita, mampukah kita? Jika ingin berkahwin awal tapi ibu bapa tidak setuju jangan salahkan ibu bapa andai kata ayat begini dikeluarkan “seluar dalam sendiri pon mak tolong basuh ada hati nak kahwin??”


Check diri sendiri sama ada kita sudah bersedia atau tidak? Boleh bertanggungjawab atau tidak? Mampu atau tidak dan paling penting berkahwin bukan kerana untuk ”seronok” semata-mata tapi berkahwin kerana Allah SWT.


Kadang-kadang aku cuba lihat diri aku balik kenapa aku masih belum berkahwin sampai sekarang? Kenapa apa yang dirancang masih lagi tertangguh? Selalu aku fikirkan mengenainya.


Dan aku tahu Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan si dia. Mungkin Tuhan nak beri kami masa untuk mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik, untuk belajar menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab, mungkin Dia tahu masih ada yang kurang pada diri kami kerna.....


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Redha dan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik insyaallah segalanya akan dipermudahkan. Hanya doa yang mampu aku titipkan untuk kebahagiaan kami, kebahagiaan aku kebahagiaan keluargaku juga dan aku mohon kawan-kawan turut mendoakan kami.





=)



11 comments:

  1. betul tu..bkn senang nk pikul tanggungjwb besar dlm usia muda2 ni...:)

    ReplyDelete
  2. betul2... kahwin tu bukan alasan untuk elakkan maksiat je.. bnyak benda kita nak fikir.. tanggungjawab makin besar kan lepas kawen ni.. ;0

    ReplyDelete
  3. @sikura

    yesszaa...banyak benda sebenarnya nak kena fikirkan....

    ReplyDelete
  4. kawen bukan mudah

    tapi kite ley mudahkan kalau paham tanggungjawab slepas kahwin n realiti of marriage

    ReplyDelete
  5. i'm 22 and sang tunang 25 and we're getting married muda lg kan hehe..sebenarnya faktor usia bukanlah kayu pengukur pd sesuatu kebahagian rumah tangga tu tp lbh kpd bagaimn korang nak pastikan masjid yg dibina itu kekal dan harmoni..

    insyaallah dear ur time will come..qis doakan korang bdua sentiasa bahagia dan berada dalam lindunganNya..amin..

    ReplyDelete
  6. @iffah

    ye betul tu tapi ramai yang tak faham akan tanggungjawab dan alhamdulillah juga ramai yang matang dengan setiap keputusan yang dilakukan

    ReplyDelete
  7. @amani

    tahniah...dan yes kamu muda...dan komen kamu itu menunjukkan kamu dah bersedia dan matang...

    terima kasih mendoakan kami berdua =)

    ReplyDelete
  8. Ehem , kak GKSB bila nak kahwin win win ? Hikhik ;)

    ReplyDelete
  9. takpalah if you want to get married now. as long as family restu. betul tak GKSB? hehe


    *woot woot*

    ReplyDelete
  10. bila kamu doa pohon sesuatu pada Allah.. bila Allah cepat makbulkan bermakna Dia sayangkan kamu, bila Dia lambat makbulkan bermakna Dia sedang menguji kamu, kiranya Dia tak makbulkan doa kamu bermakna Dia sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kamu

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi