Wednesday, August 15, 2012

KAHWIN MUDA #2: Mampukah Aku Kahwin Awal??



Inilah pertanyaan yang sering kita lontarkan pada diri sendiri apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin walaupun masih berada dalam pengajian di university atau paling lambat sesudah habis pengajian sudah melangsungkan perkahwinan.


Kalau tidak mendapat warning awal daripada umi aku mungkin aku juga sudah berkahwin..=P..Mungkin…. Setelah tamat pengajian dan family aku sudah tahu aku berkawan dengan seseorang umi telah meletakkan syarat supaya mempunyai pekerjaan dahulu baru diizinkan aku berkahwin.


Alhamdulillah juga rezeki aku, mendapat kerja awal Cuma apa yang aku impikan masih belum terlaksana. Mungkin sikit masa lagi insyaallah akan dapat ku miliki ;)


Bila membabitkan perkahwinan ini konsep wasatiah perlu ada dalam pada setiap pasangan. Apa pula konsep wasatiah itu?


Konsep Wasatiah

Adalah kita perlu bersederhana dalam setiap tindak tanduk kita, bersederhana dalam pertunangan, bersederhana ketika bernikah dan juga bersederhana dalam perbelanjaan rumah tangga apatah lagi bila kedua-duanya mempunyai sumber kewangan yang mungkin agak terbatas.


Bagi En TTM pula menjadi satu kerisauan kepada dirinya apabila kebiasaannya orang Kedah maharnya agak tinggi berbanding dengan negeri lain. Ditambah lagi dengan keturunan aku yang di pangkal namanya “KU” Cuma pangkal nama aku saja “Wan” disebabkan umi aku “KU” berkahwin dengan orang nama biasa maka anak akan jatuh kepada “Wan” dan “Megat” tapi ada apa dengan nama dan keturunan??







Tambahan lagi Si isteri seharusnya tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan suami. Bila disebut mengenai perkahwinan yang diredhai, insyaallah Allah akan membuka rezeki kepada pasangan dan kehidupan akan menjadi lebih bahagia.


Selalunya kita akan lihat pasangan yang baru berkahwin akan sentiasa senyum gembira malah terpancar kebahagiaan di wajah mereka malah akan terdengar juga ungkapan “Kalau aku tahu betapa bahagianya hidup berumah tangga pasti dari dahulu lagi aku berkahwin” Betul tak??


ALASAN

Namun ada juga yang memberikan pelbagai alasan bila dilontarkan persoalan "Bila nak kahwin??" Ada yang menjawab "Rilekss la.... Muda lagi kot kita enjoy dulu" Itu adalah jawapan bagi lelaki yang tidak pernah puas mencari keseronokan dunia. Bagi aku lelaki begini adalah lelaki pengecut. Lelaki yang ingin lari dari tanggungjawab.


Ramai lelaki lebih suka berpoya-poya dengan wanita dan boleh diibaratkan sebagai "Touch n Go". Tapi bila ingin memilih bakal isteri ingin pilih wanita melayu terakhir... Sungguh tidak adil!


Gambar Hiasan


Ada pula yang memberi alasan belum puas bermanja dengan keluarga, belum puas berada di bawah ketiak emak. Orang yang begini sebenarnya tiada keyakinan diri untuk memegang tanggungjawab tanpa ibu bapa di sisi padahal guna alasan tersebut kerana masih mengharapkan ihsan mak bapa. Ehhh?? Ada yang terasa ker? =P


Perkahwinan sebenarnya memerlukan pasangan itu bertanggungjawab yang wajib dipikul dan setiap tanggungjawab yang dilaksanakan itu adalah satu ibadat. Bila berkahwin ramai yang mempersoalkan mengenai tanggungjawab kepada ibu bapa. Sedikit sebanyak tanggungjawab itu bertambah.


Tapi bagi pasangan yang berkahwin awal mereka akan lebih bertanggungjawab kepada pasangan dan ibu bapa hal ini adalah pastinya mereka telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka.


Itu kisah mereka bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita kahwin awal??






14 comments:

  1. Tak mampu. Kewangan tak cukup.


    :(

    ReplyDelete
  2. kahwin bukan perkara main2 kan.. betul kata umi awak, rasanya kita plu ada pekerjaan dulu biar stable baru la bole berumah tgga.. kalau nk ikutkan hati sgt kang binasa lak.. InsyaAllah, kalau dh mmg jodoh, confirm akan kawin gak.. hee :)

    ReplyDelete
  3. kalo dua-dua dah cukup stable dari segi ekonomi rasanye x salah kot..huhu..cuma skng ne bagi lelaki kalo xde 5k ke atas susah nak pinang anak orang.

    ReplyDelete
  4. alasan kukuh aku...kukuh kottt.haha

    BELUM PUAS DOK NGAN MAK ABAH

    ReplyDelete
  5. insyaAllah mampu,,, memang tak sabar nak menuju ke arah perjalanan tue.. tapi persediaan mental fizikal dan kewangan kena didik dari awal. insyaAllah xde terkena kejutan nt

    ReplyDelete
  6. @nurul

    yesszaa..ikut hati mati....so ikut la cakap orang-orang tua

    ReplyDelete
  7. @nick

    bukan 5k ke atas...skrg ni dh 10k ke atas....

    5k ke atas tu celah gigi jer hehe

    ReplyDelete
  8. @kiera

    kami pon tengah mempersiapkan diri dari segi kewangan... TTM lagi la... harap segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. dalam besederhana pun..byk jugak yg abis nnt :-)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi