Saturday, August 4, 2012

REZEKI



Assalamualaikum.....


Pertama sekali sebelum saya memulakan penulisan ini (izinkan saya menggunakan kata ganti saya untuk entry ini) saya ingin mengucapkan rasa syukur sangat kepada Allah SWT syukur yang tidak tahu saya nak gambar kan dengan kata-kata.


Syukur kerana rezeki yang diberikan kepada saya. Kontrak kerja saya sebelum ini telah disambung selama 2 tahun dengan syarat-syarat perlantikan itu banyak kelebihan berbanding kontrak yang sebelum ini. Antaranya kami mendapat cuti rehat 15 hari dalam setahun berbanding sebelumnya gaji dikira mengikut hari bekerja. Jika kami bercuti, gaji tidak dikira untuk hari tersebut.


Banyak lagi la kelebihan yang kami dapat seperti claim elaun, cuti ganti dan gaji saya kini dibayar RM **00 sebulan. Alhamdulillah...... =)


Cuma pesan saya jangan mempertikaikan setiap rezeki yang kita dapat atau apa-apa pon yang berlaku dalam kehidupan kita. Kadang-kadang ada benda kita boleh pertikai ada benda kita tak boleh pertikai.. rezeki masing-masing Allah dah tetap dah...


Apa yang penting berdoa supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki. Mungkin ini rezeki orang lain rezeki kita mungkin akan datang dalam bentuk lain pula. Jangan pernah berhenti untuk terus berdoa.







NOTACIKGADIS: Kata En TTM bila aku risau akan sesuatu "Insyallah kalo niat kita baik, nak buat benda baik, Allah akan permudahkan segalanya" Mungkin rezeki nak bina masjid barangkali? ;)





7 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah !!

    usaha gigih lagi :)

    ReplyDelete
  2. waaaaa...tahniah..
    bnlanje..blanje..hehe

    sopim jom..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/tempat-kegilaan-wanita-wanita.html

    ReplyDelete
  3. Wahh , alhamdulillah sis .Betul tu , rezeki nak kawen wen wen kot .Hee :)

    ReplyDelete
  4. betol tue rezeki setiap org berbeza... :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi