Sunday, September 23, 2012

BAGAIMANA NAK PASTIKAN DIA MR RIGHT??



Assalamualaikum...

Amboi kemain tajuk nak gempak-gempak gitu.... Tetiba rasa nak berkongsi cerita dengan ampa semua macam mana aku nak pastikan dia mr right aku atau dengan bahasa yang dipahami dia adalah bakal suami yang anda cari.


Mungkin dari setiap kita pasti dah tetapkan ciri-ciri yang kita mahu untuk cari suami dan pastinya yang baik-baik saja yang kita nak dari pasangan termasuklah mahukan pasangan yang boleh membimbing kita. Bagi aku semua tu adalah kemestian dan kalau aku masukkan dalam list yang aku cari macam agak klise kan? Jadi mungkin aku elakkan untuk berbicara mengenai itu kerana yang pasti semua orang inginkan suami yang mempunyai didikan agama yang kukuh.


Penyabar

Itu yang aku dapat simpulkan mengenai diri dia. Sebab dalam hidup kita, ciri yang paling penting adalah mesti lah penyabar. Bagi aku penyabar adalah kunci kepada sifat-sifat yang lain. Bila dia seorang yang penyabar pastinya dia boleh sabar untuk hadapi dugaan yang melanda dalam hidup. Cuma jangan mencabar kesabaran orang yang penyabar ini. Bila sekali dia hilang sabar, buruk padahnya.





Memahami

Bila seseorang itu memahami diri kita, keadaan kita, insyaallah segalanya dipermudahkan. Orang yang memahami boleh dibawa berbincang mengenai segala jenis perkara dalam banyak situasi. Kalau ada masalah pun kita tahu pada siapa kita mahu berkongsi kerana dia seorang yang memahami dan pastinya dapat memberi kata-kata nasihat dan semangat pada kita.


Pandai Ambil Hati

Tak romantik tak apa janji pandai ambil hati. En TTM memang tak romantik langsung hahaha... Tapi kelebihan dia adalah pandai mengambil hati. Bila aku marah dia tahu cara bagaimana nak bagi aku cool. Bila aku merajuk, dia tahu cara nak handle rajuk aku. Biarlah dia tak romantik janji pandai ambil hati =)


Berani dan Bersungguh

Cara nak tahu seseorang itu bersungguh dengan kita atau tidak, dia memperkenalkan kita dengan ahli keluarganya iaitu ibu bapanya. Dia membicarakan soal perkahwinan dengan kita dan mengambil tahu mengenai keluarga kita. Kalau dia langsung tak pernah buat semua perkara tersebut atau mengelak bila anda membicarakan soal ini, baik ampa cepat-cepat angkat kaki dan cari seseorang yang lebih bersungguh-sungguh untuk memperisterikan anda.






Jujur

Kejujuran mungkin perkara yang kita susah nak tahu kebenarannya tapi ia sesuatu yang kita dapat rasainya dengan hati. Apatah lagi bila kami duduk berjauhan begini sudah pasti kejujuran adalah perkara yang paling bernilai sekali. Dan setakat ini, alat mengesan kejujuran aku masih lagi berfungsi dengan baik dan boleh mengesan seandainya  dia berlaku tidak jujur pada aku.


Serasi

Sangat penting kerana kalau tak serasi percayalah banyak masalah akan timbul. Banyak pergaduhan akan berlaku. Setakat ini aku serasi dengan dia dan paling penting dia menerima aku seadanya. Dan aku sentiasa berdoa Allah panjangkan jodoh kami dan mempermudahkan apa yang telah kami rancangkan. Tapi seandainya jika takdir kami tidak berkehendakkan begitu, mohon Allah redhakan hati kami menerimanya. Mohon kawan-kawan semua doakan jodoh kami berpanjangan dan berbahagia sampai akhir hayat kami.


Apa yang aku tulis ini bukan berniat nak menunjuk dan jauh sekali nak mengatakan kononnya dia yang terbaik. Tapi apa yang aku kongsikan ini berdasarkan apa yang aku alami dan pengalaman aku yang mungkin boleh menjadi panduan untuk kawan-kawan yang masih lagi tercari-cari atau tertanya-tanya adakah si dia Mr Right anda. Aku harap, sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan untuk menentukan adakah dia yang anda ingin berkongsi hidup. Kalau anda masih ragu-ragu, buatlah Istikharah dan memohon petunjuk dari Allah.






10 comments:

  1. ehem...asik entry bab2 ni jek...bl tu bl tu...hik3

    ReplyDelete
  2. kami xnk doa ampa berdua berpanjangan smpi akhir hayat tp kami nak doa moga ampa berdua bahagia hingga ke taman2 syurga Aamiin

    ReplyDelete
  3. kejujuran tu mmg susah nak dinilai. kdg2 lakonan yg hebat buat kita tak nampak ketidakjujuran itu.

    semoga bahagia sentiasa mengiringi hidup kamu :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah~
    jgn jemu2 berdoa mitak moga2 jodoh kita bersama si dia panjang dan dipermudahkan segala urusan..amin

    ReplyDelete
  5. semoga cepat-cepat naik pelamin :)

    ReplyDelete
  6. yeah..serasi itu sangat penting..

    ReplyDelete
  7. intresting.. tq atas kongsian :) jmput singgh blog sy jga yer http://maithasa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. best la tips nih.. wat la slalu.. panduan mase depan.. hehe..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi