Tuesday, September 11, 2012

BLOGGER PENCEN YANG HANGINNN





Assalamualaikum....


Boleh kata tahun ni, tahun yang paling kurang aku update blog... (macam dah bertahun-tahun plak ada blog padahai........) Rasa macam blogger pencen pon ada...(Ingat ayam pencen ja ka ada?? Blogger pencen pon boleh).


Senang ceta, sibuk. Tau saja la bidang kerja aku macam mana kan kadang-kadang tertekan juga la tambah banyak keja pula sekarang ni. Dah tugas. Memang tak boleh merungut bab kerja ni.


Cuma baru-baru ni ada budak baru pindah sewa bilik dalam rumah aku. Rumah aku rumah flat, beza keluasan bilik tu tak la banyak beza sangat. Aku yang cari rumah dan tuan rumah dah serah rumah sewa untuk aku jaga. Dia sewakan RM 600 termasuk mesin basuh dan peti ais serta dapur.


Tuan rumah cakap ikut aku la nak atur macam mana cuma dia sewakan RM600. Kalau ikutkan hati aku boleh ja nak letak harga sewa bilik mahal dan boleh cover sewa aku sama tapi aku tak la kejam sangat nak buat macam tu. Aku decide sewa sama rata RM200 cuma yang berbeza saiz bilik dan of course la aku ambil bilik yang paling besar sebab aku yang cari rumah tu.


Budak ni baru jer masuk. Tapi dah complain macam-macam. Siap ajar aku lagi rate sewa yang sepatutnya dan buat aku hangin dia cakap kalau aku ni berperikemanusiaan mesti aku sewakan bilik ikut rate harga yang dia bagitau tu.


Berperikemanusiaan hotak hang! Time tu aku dah melenting dah last sekali aku cakap kalau tak puas hati pergi cari rumah lain, aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni! Lepas tu dia boleh cakap dia tak kata pon tak puas hati.

Dah cakap aku ni tak berperikemanusiaan la apa la macam aku ni dah bunuh orang pulak. Siap mengajar aku lagi. Pertikai harga sewa rumah. Ingat aku ni budak-budak ka?? Nak mengajar aku plak. Bila aku suruh pindah boleh plak cakap bukan dia tak puas hati. Tahu plak takut. Cakap berbelit.


Dah awal-awal hari tu dah cakap sewa rumah macam mana kalau tak nak tak payah duduk. Bila dah duduk banyak songeh plak. Dah la baru masuk banyak plak cekadak! Pergi cari rumah lain la. Hanginn ja aku.....


Sekarang ni tunggu masa ja. Hujung bulan ni kalau dia tak nak pindah agak-agak ada barang nak kena lempar dari tingkat 15 tak??




10 comments:

  1. fuuu...dari tingkat 15...best gak eksesais tuh. huhuhu~

    ReplyDelete
  2. wahhh..murah la tuu RM600...cik siti sewa umah RM550 tak ada apa2 kot...kecuali lampu, kipas angin...dan dapur...huhu

    ReplyDelete
  3. Hahhaha...tak payah lempar...dr tingkat 15 tuh brapa saat aje la amik masa tuk jatuh...hang golek pakai tangga ja penyewa tu...sampai2 bawah rupa da xmacam org dah...org cam gitu jgn bagi muka sgt..byk songeh dia..

    ReplyDelete
  4. mujoq la kami dpt housemate yg jenis tak hingaq. apa yg dh ditetapkan sume pakat akur ja. sewa byk tu, byk tu la bayaq. yg hanginnya tuan rumah plak jenis baloq nak bayaq maintenance. geram ja!

    p/s : tumpang buat luahan hati. hehe :P

    ReplyDelete
  5. blogger pencen kalau marah kalah ayam pencen :P

    ReplyDelete
  6. mungkin die tak puas hati sbb harga tak padan ngn blik kan?

    tatau la nk kate, sbb iffah rase kalo bab blik ni mmg kene ade rate

    sbb saiz kan xsame

    tp kalu kuasa di tngn gk xde nk kate pe

    ReplyDelete
  7. eloknya kan ampa pusing je awl tue kata ampa byar 300. umh 700 baru dia berakai hihihi

    ReplyDelete
  8. sekadar pendapat:
    harga sewa kena ler sepadan dgn saiz bilik & kemudahan...

    dia pun kalau x setuju dgn harga ditetapkan jgn ambik!






    ReplyDelete
  9. blogger pencen?huu..sgt terasa2 hati nih..tahun nih 1 p0st p0n xdak lg..bz ngn kalot apa p0n tataw la~haih..mcm dah jauh sgt berlalu zmn kegemilangan berblogging..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi