Sunday, September 9, 2012

"KALAU NAK BUAT BENDA BAIK MEMANG BANYAK DUGAAN TAPI KALAU NAK BUAT BENDA JAHAT...."





"
Kalau nak buat benda baik memang banyak dugaan...tapi kalau nak buat benda jahat tu cepat ja dia jadi..kita nak buat benda baik, insyaallah Allah akan permudahkan...yang penting kita kena la kuat, kalau kita sama-sama kuat insyaallah kita boleh hadapi semua ni" kata En TTM pada aku....


Memang banyak dugaan dan tekanan. Tekanan tu datang dari orang sekeliling yang asyik bertanya pasal soal jodoh dan soal perkahwinan. Soal kahwin ni bukan perkara kecik. Banyak benda nak kena amik kira terutamanya soal perbelanjaan.


Selalu orang cakap bersederhana sudah la.. Tapi yang cakap tu pon tak kahwin lagi.... Nak nasihat orang kemain lagi. Bagi yang dah kahwin diorang akan cakap walaupun sederhana banyak juga yang habis nanti. Diorang ada pengalaman diorang tahu la. Yang tak ada pengalaman ni plak yang lebih-lebih.


Alhamdullillah la aku berjumpa dengan lelaki yang matang. Bila membabitkan soal ini, dia banyak memberi nasihat pada aku. Memang aku akui ada situasi tertentu akan memberi tekanan pada kami tapi selalunya kami akan berbincang mengenai ini.


Kadang-kadang family ok ja, yang kalut lebih orang yang langsung tak ada kena mengena. Itu yang buat kita rasa nak marah kadang-kadang.


Orang asyik bertanya bila lagi...bila lagi...aku ni perempuan soal macam ni bukan ditangan aku. Macam tu juga situasi yang En TTM alami. Selalu dia jawab "kad dah lama tempah, siap bila tak tau lagi... ampa tunggu ja la kad..." ayat tu akan buat kawan-kawan dia terdiam dan tak tanya lagi.


Benda macam ni tak elok kita nak persoalkan. Jodoh ni kalau dah sampai masa akan jadi. Kita pon jangan la selalu sangat nak bertanya dekat orang lain bila nak kahwin. Sebab semua tu Allah dah tentu dah bila...cuma kita ja yang tak tahu, apa yang boleh kita buat berusaha,



NOTACIKGADIS: Jangan tanya aku bila tapi tolong doakan segalanya dipermudahkan.





5 comments:

  1. semoga dipermudahkan. Allah knows best :)

    ReplyDelete
  2. orang memang tau bercakap je. tapi bukan dia kat tempat kita. sabar eyh.


    and, semoga jodoh anda berdua dipermudahkan. :)

    ReplyDelete
  3. kata2 yg sama pernah kami ckap ke tunang kami dlu...

    betul GK nak dapat yg terbaik mmg byk dugaan yg kita kena lalu. sebab nt bila kita dh dapat insyaAllah kita akan hargainya.. moga segalanya dipermudahkan AMin

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi