Monday, September 17, 2012

PADANG BESAR: SHOPPING TIME




Assalamualaikum....


Semalam aku pergi Padang Besar dengan En TTM. Kemain lagi 2-2 orang gila shopping. Dah lama sebenarnya tak datang Padang Besar ni. Semalam ramai la juga kebanyakan pengunjung, ada yang baru balik dari Langkawi dan ramai juga aku tengok muka-muka students IPTA kat Perlis ni.


Boleh kata inilah kali pertama aku shopping dengan bersungguh-sungguh kalau tak sebelum ni asyik teman En TTM ja, dah la dia ni jenis cerewet, mesti nak pusing 1 Padang Besar tu dulu lepas tu baru beli.


Tapi semalam 2-2 orang sama ja. Yang bestnya dia jadi perunding imej kononnya la haha... En TTM ni kalau dia tak suka memang dia cakap direct jer, memang menanah gak la telinga kalau dengar tapi "i ok jerr".... =P



En TTM


Pernah sekali dia tegur pasal baju aku, sampai sekarang aku tak pakai dah baju tu. Huhuhu.. Simpan kemas dalam almari. Dan sejak aku dah makin mengembang ni banyak dah baju yang agak kecik dan sendat, nak pakai pon tak selesa. Kalau pakai mau kena tegur lagi pe dengan En TTM...


So dia la yang tolong pilih baju dan buat pertama kalinya dalam hidup aku beli baju warna hijau. Padahal tu la warna yang paling aku tak suka tapi tu la warna kegemaran En TTM. Tapi maybe sebab aku rasa cantik kot so aku beli juga. Dalam pada tu sempat lagi dia cakap dia nak aku pakai warna yang ceria-ceria sikit bukan warna yang kusam-kusam.. ohmai.....berdarah hati weh bila kena tegur camtu tapi "I okey jerrr"...


Nak beli kasut pon macam tu juga. Kemain lama pilih, ada aku berkenan dia tak berkenan, ada dia berkenan tapi aku plak tak berkenan. Dia suruh try pon aku mati-mati tak nak sebab tak berkenan. Kebetulan ada plak orang lain yang try kasut yang En TTM berkenan tu. Nampak cantik plak bila budak tu pakai. Terus aku amik juga kasut tu, yang penting En TTM bayar hahaha....=P


Konon nak try jer, tapi En TTM kata pakai terus la... hehehe...2 pasang kasut beli sekali. Satu aku pilih dan En TTM pon kata cantik satu lagi En TTM yang pilihkan untuk aku. Selalunya kalau nak beli apa-apa kalau aku kata cantik ja terus dia amik. Hairan gak aku. Tapi mungkin citarasa kami sama kot. Bila kena dekat aku, rupanya aku ni lagi cerewet dari dia wakaka....


Seronok plak dapat shopping gitu padahal aku paling malas nak berjalan pergi shopping ni. Maybe sebab ada orang tersayang teman kot hahaha **muntah darah** Sempat juga aku rembat 2 helai baju untuk walid dan adik aku.


Masa nak balik tu baru sedar 2-2 orang dah terlebih belanja hohoho.... **tepuk dahi** Lepas ni tahun bila nak jumpa plak pon tak tau la. Hubungan jarak jauh cenggini la -_-"


Sabar jer la...











10 comments:

  1. hsbnd pun cerewet bab2 kasut n baju kalau nk beli apa2 kena dia ada sekali baru dia puas hati letih pusing 1 mall sebb nk cari yang betul2 dia berkenan

    ReplyDelete
  2. PJJ ni yg beshhhh....skali jumpa mcm2 nk crita

    ReplyDelete
  3. amboih sakan sungguh

    tak lama dekat2 kn la hubungan tu

    kan mudah due2 skli

    ReplyDelete
  4. untunglaaa ada orang belikan...lalala~

    ReplyDelete
  5. haishhh senyum2 pulak kami baca entry ampa nie hahahaha...

    kami pernah soping ngn dia cari brang2 hantaran ngn brang kenduri jer.. dua2 sama cerewet padan la nak dpt yg betul2 berkenan

    ReplyDelete
  6. ada apa beli untuk aku.............??

    ReplyDelete
  7. En TTM jenis cerewet. Selalunya perempuan yg cerewet. Hehehe (:

    ReplyDelete
  8. salu org yg p soping kt pdg besaq nih cri brg2 kawen..ehem2~adakah????

    ReplyDelete
  9. salu nya org yg shoping kt pdg besaq nih cri brg kawen kan3?hehehe...

    ReplyDelete
  10. PJJ ni best. Saya dah laluinya...sebelum dan selepas kawen. :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi