Saturday, September 22, 2012

SENDIRI

Assalamualaikum....


Aku ramai kawan dan juga ramai kenalan. Tapi disebaliknya diri aku, aku lebih suka bersendiri. Senang kerja. Maknanya kalau kita nak buat apa-apa kita tak terikat komitmen dengan orang lain.


Kita tak payah nak susah-susah nak tunggu orang kalau nak buat apa-apa, tak perlu nak fikir nak kena jaga hati orang. Kalau aku buat begitu atau begini mungkin dia akan terasa hati kalau aku tak ajak, itu salah satu contoh. Dan sebab itu juga aku lebih suka bersendiri dalam beberapa keadaan. 


Dulu aku ada sahabat yang sangat baik. Yang saling berkongsi cerita dan segalanya tapi hanya kerana salah paham dan campur tangan orang lain, aku hilang sahabat. Sedih. Siapa tak sedih kalau hilang sahabat yang paling kita sayang.


Oleh kerana itu juga, biarlah aku tiada sahabat dan hanya ada kawan dan kenalan. Kerana nak mencari sahabat yang betul-betul sahabat sangat sukar. Atau mungkin aku juga tidak mampu untuk menjadi sahabat bagi orang lain kerana aku susah nak percaya orang.


Kebanyakan orang yang berada disekeliling hanya baik dihadapan, tetapi dibelakang kita?? Cukuplah dikhianati oleh kawan sendiri. Yang penting kita jaga diri kita sebaiknya. Berusaha untuk menjadi seseorang yang tidak bercakap buruk mengenai orang lain, tidak merungut dengan apa yang telah ditentukan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

;)






5 comments:

  1. btol tu.. sahabat ngn diri sendiri lagi bagus.. eh cmne tu ? :P

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.... lama sgt makbed tak jengok blog kamu. Makbed punya url dab jahanam , then tuki ke link baru. Tapi makbed lupaaa nk add kamu masuk smula ke bloglist makbed.

    Jemput le folo kalo sudi. Yg lama tu bleh dilit. Byw, makbed dah pindah aloq staq dah...

    ReplyDelete
  3. betul tu,,akakpun sama jugk,,ikut kepala sendri je klu nk wat apa2,,kecualilah klu melancong br up geng,,hee

    ReplyDelete
  4. sakit kan bila saat kita perlukan sahabt dia takde kt sisi. and skang kami jadi seorang yg hadir bila dperlukan dan pergi bila dia dah ok. tanpa mengharap akan dihargai. cara tue lg berkesan bila kami praktikan sbb kita dah set untuk tak berharap akan dihargai

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi