Monday, October 29, 2012

BELAJAR DARI PENGALAMAN

Assalamualaikum...

Salam Aidil Adha untuk anda semua dan selamat mula bekerja. Dah lama juga aku tak update disebabkan kekangan masa. Kerja aku sekarang ni memang menuntut ketahanan mental yang tinggi. Boleh dikatakan juga selepas balik dari kerja aku akan berkurung dalam bilik dan tidur awal. Itulah rutin harian aku.





Kalau dulu aku agak aktif untuk menulis blog, sekarang ni mungkin dah jarang dah. Dan insyaallah sedikit masa lagi aku akan cuba untuk aktif balik macam dulu. ;)

Banyak sebenarnya perkara yang terjadi dalam hidup aku yang memang aku ingin kongsikan dengan ampa semua tapi apakan daya, adakala kehidupan realiti sememangnya tidak sama dengan dunia maya ini. Ada sesetengah perkara biar saja ia kekal di dunia realiti.

Cuma banyak perkara yang aku belajar dan setiap perkara yang berlaku itu aku ambil ia sebagai pengalaman hidup untuk cuba memperbaiki diri lagi. Dan percayalah bila kita ditimpa kesusahan kita akan kenal siapakah kawan atau sahabat kita yang sebenar. Percayalah...

Dan sebelum aku mengundur diri dan entah bila lagi aku akan update blog yang semakin hari semakin suram dari berita-berita sensasi (sensasi la sangat) aku ingin menyusun 10 jari untuk memohon maaf sekiranya aku ada membuat salah atau menyebabkan ada yang terasa hati dengan aku. 

Sekali kita bergelar manusia kita tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan tetapi dari kesilapan itu kita akan belajar untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik... ]

Senyum Mau Maneh =D



9 comments:

  1. selamat hari raya aidil adha...cantiknya tudung

    pengalaman itu memang mengajar dan mematangkan seseorang...dari situ kita kenal erti hidup...i'allah, apa yang terjadi tu ada hikmahnya...cuma kita sanggup atau tidak je nak hadapinya...

    ReplyDelete
  2. Pasepa..? Awat cam sedih ja ni... huhu.. Selamat HAri Raya ye..

    ReplyDelete
  3. weewittt..cunnye yg baju merah tu..:P

    selamat hari raya aidiladha anyss..

    ReplyDelete
  4. nampak kurus plak dah cik gksb.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. takpe yang penting kita jadikan semua tue sebagai pengalaman kan. dan setuju tak bila kita keluar dari kepompong (betol ke eja ntah) kita akan tgk lebih banyak pengalaman org lain yang boleh kita jadikan pengajaran dan sempadan tuk kita

    ReplyDelete
  6. @mrs imran

    selamat hari raya..betul tu... sanggup atau tidak semua tu bergantung kpd diri sndiri

    ReplyDelete
  7. @gomok9endek

    kurus eyh? hihihi... tapi dah naik balik dh brt skrg ni

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi