Thursday, November 15, 2012

CORET-CORET SEPANJANG MAJLIS PERKAHWINAN PASANGAN BLOGGER NADZRI & SYAKIRA



Alhamdulillah akhirnya ikatan dua hati selamat disatukan pada 10-11-12 antara pemilik blog INI dan INI iaitu Nadzri dan Syakira. Apa yang istimewanya ialah mereka merupakan ahli group Kami Blogger Utagha (KBU) yang aku kira hubungan mereka juga bermula dari KBU. 

Sebagai mak KBU, opkos la aku tak kan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka ini. Jadi aku akan coret kan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang majlis perkahwinan mereka dengan tapisan hehehe...

PELAMIN

Aku sampai kira-kira dalam jam 7 lebih macam tu. Pukul 4.30 ptg bertolak dari KL. Ada plak tragedi yang berlaku masa tu di mana beg galas aku putus dan beg aku tertinggal masa aku OTW nak pegi dekat syakira... terpaksa patah balik..nasib baik masa tu belum lagi naik kereta....Kalau tak jenuh nak patah balik.

Sampai jer rumah kiera, Kiera dengan Mas terus siapkan pelamin yang mana tertangguh. Aku tolong tengok je sebab bukan kepakaran aku bab hias-hias ni haha... Cuma tolong susun bantal boleh tegha tu?? =P

Akhirnya dalam kul 1.00 pagi kalau tak silap, siap la pelamin ni... 





HARI AKAD NIKAH

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan pada pukul 9.00 pagi kemudian bersambung dengan marhaban dan majlis berendoi sehingga jam 12.30 tghri.





Habis jer khatam Al-Quran siap-siap mekap pengantin untuk akad nikah. Sebelum tu aku tanya sapa yang mekap untuk akad? Kiera cakap kami nak pakai lipstik dengan bedak ja. Aku pun "hang toksah dok mengarut mai dok sini. Foundation ada? Bedak ada? Blusher? Celak? Eyeshadow?"

Lepas tu baru la cik kak sorang ni p cari barang-barang yang aku minta tu dan mula la sesi menyolek oleh mak andam bidan terjun ni. Sebelum mekap kiera dh gitau awal-awal dah, tak nak mekap tebal-tebal. 

Masa nak mekap jenuh sabar sebab kiera asyik risau ja takut aku terlebih mekap dia sampaikan aku cakap dekat kiera "rasa macam nak lempang ja bagi ampa pengsan senang kami nak mekap" hahaha

Dan hasilnya walaupun tak la pandai sangat, janji tuan punya badan berpuas hati sudah la hehe... Dan nasib baik la Nadzri sang suami berpuas hati kalau tak takut gak kalau tak menepati piawaian...huhuhu...






Mas, Kiera dan Cik GKSB






Dan sekali lagi aku rasa bertuah sangat bila menjadi saksi saat mereka diijab kabulkan dan saat mereka menyarungkan cincin =) (Padahai kalau aku tak ada kompom gambar ni lagi cantik kata mereka =P) 





Semasa penyerahan mas kahwin





HARI KENDURI


Aku celik-celik mata ja terus pegang pen marker tulis papan tanda untuk kenduri. Dengan muka tak basuh, nasib baik tak ada air liur basi hahaha... Tengah sedap tidur dok dengar suara kecoh-kecoh Mas dengan Iffah yang tengah nak buat papan tanda, terus aku celik mata n cakap "mai nak tulis" hahaha tak senonoh betoi.


Time nak makan time tu juga mak andam sampai. Kelam kabut si Kiera ni nak pegi mekap sampai tak sempat nak makan. Kena paksa gak makan takut nanti tak pasal-pasal pengantin pengsan plak masa kenduri hehe....

Dan hasilnya....


Tadaaaa.....





Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tergambar kegembiraan kat muka pasangan ni kan?






Ehem ehem sapa ni?? Ce teka... Yang pasti nama kat FB ada "II" hahaha









Semasa diarak untuk makan beradap. Pengapit Naim dan Mastora yang juga ahli KBU (nak juga mention tu)




Barisan blogger yang terdiri daripada 2 groups iaitu group Kami Blogger Utagha dan Blogger Perak yang turut menghadiri majlis ini.





Sepanjang majlis kenduri ni berlangsung boleh dikatakan macam gathering antara 2 group plak iaitu BP dan KBU yang bergabung. Walaupun baru kenal, dah macam bertahun kenal. Al-maklum la semua jenis mesra alam punya orang hehehe...

Semua jenis bergambar sampai tak hingat sebenarnya kami ada kat rumah orang..rumah kenduri plak tu keh3... Bergambar sakan dengan pengantin sampaikan pengantin cakap "bagi peluang kat kawan-kawan lain  plak bergambar dengan pengantin" hahaha....

Apa-apa pon, aku rasa happy sangat bila kenduri ini bukan sahaja menghimpunkan blogger tetapi turut menyatukan silaturahim sesama insan..mana tau ada yang berjumpa jodoh sesama blogger lagi lepas ni hehe..


Dan inilah ucapan dari kami khas untuk pengantin yang tetiba ada slang Ganu hahahaha...




Apa kata pengantin pula??






Dan untuk pasangan blogger ini, GK ucapkan tahniah kerana telah selamat menjadi suami isteri... Alhamdulillah dengan segala dugaan yang ampa berdua lalui akhirnya Allah permudahkan segalanya. 

Untuk Nadh, jaga kiera baik-baik, kami tau ampa mampu jadi suami dan imam yang baik kepada kiera dan kiera, jadilah isteri yang sentiasa mendamaikan hati suami ampa.... Alhamdulillah selesai sudah perjalanan ampa....dan yang pasti perjalanan baru ampa sebagai suami isteri pula yang bermula...

**lap ayaq mata



Salam sayang dari



19 comments:

  1. waahhh jodoh di KBU..hmmm congrats bloger comey n hnsome tuh :))

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru buat mereka berdua. rugi sangat tak dapat join

    ReplyDelete
  3. Gambaq yg last tu perlu kan? Kami rasa tak perlu yg last tu. Hahaha

    Bab macam gath tu kami setuju sangat la. Best lepak ngn hangpa. Pdhal bru knl ja. Tp boleh ngam kepala. Maaf no kalo kami gurau kasaq. Pasni leh gath lagi~~

    *lap ayaq mata jugak*

    ReplyDelete
  4. Maceh weh. Kmi tharu gila. Maceh sgt

    ReplyDelete
  5. @Ruzz

    blog gua suka hati gua la...

    amacam ayat?? hahaha......

    nice to meet you la... kasaq xpa, janji masuk kepala hehe...

    ReplyDelete
  6. best jugak kan dapat tolong orang nak kawen? suke tngok mekap yang natural macam tu. :)

    ReplyDelete
  7. untung la depa leh p...
    #lapayaqmatagak

    Selamat pengantin baru buat Nadh n Kiera :)

    ReplyDelete
  8. weiiiiiiiiiiiiiiiii,rindu gila semua hat mai ritu,abg nadh kak kira adalah inspirasi saya,cewahhhh :P

    ReplyDelete
  9. pandai u make up pengantin.. nice :)

    lg pun pengantin yg request mcm tu ..tak mau make up yg tebal tebal.. tapi still cantik :)

    ReplyDelete
  10. konfius kat gamba last.. tu gamba pengantin celah mana?? hahahah

    ReplyDelete
  11. eyhhh cumelnya pengantinnn! suka pulak tgk baju reception dia tu. sangat tradisional

    ReplyDelete
  12. comelnya..kak ayu mmg nak sgt tgk pic kawin nadh ngan kiera..

    thanks dikkkk

    moga pjg jodoh mereka bdua hingga hujung nyawa..
    kak ayu,blogger johor tumpang gembira ats ptemuan blogger2

    ReplyDelete
  13. ameen~suma dah berjalan lancar..stakat la nih suma wedding ahli kbu cik gk WAJIB mai kan..terharu w0o~tunggu majlis dia plak kita p serbu...hee

    ReplyDelete
  14. mekasih dayang kami *chewahhh hahahaha

    mekasih tau kami sgt hargai kedatangan ampa memeriahkan dan membebel itu ini kat kami sungguh kami rindukan suasan tue huuu

    doa kami moga perjalanan ampa jugak dipermudahkanNya Amin. mekasih sekali lagi tau :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi