Saturday, November 3, 2012

MENERIMA SEADANYA


Assalamualaikum...

First of all selamat hari ulang tahun blog yang ke-4. Bermakna sudah 4 tahun blog ini wujud. ;) Sebenarnya entry pertama adalah pada 24 Oktober 2008. Tapi boleh plak aku terlupa kan? hehe... 

Terima kasih pada mereka yang menjadi sahabat GKSB sama ada kenal dalam dunia maya ataupun dari dunia maya ke dunia realiti.

4 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Agak lama juga aku berkecimpung menjadi seorang blogger ni. Seiring dengan masa juga, penulisan aku pun menjadi matang sama gak macam umur aku yang makin bertambah ni hehe...(tapi maintain awet muda hokey....)

Tahun depan, tak lama lagi pun tinggal sebulan ja lagi akan masuk tahun 2013. Bertambah lagi umur (insyaallah) dan pastinya akan merubah hidup aku iaitu dari single kepada berdua (insyaallah jika diizinkan Allah). Semoga dipanjangkan jodoh kami.






TERIMA SEADANYA

Dalam hidup aku, aku selalu inginkan seseorang yang menerima aku seadanya. Tapi keinginan dan perbuatan adalah sesuatu perkara yang berbeza. Kita inginkan seseorang yang boleh terima kita seadanya tapi belum tentu kita boleh menerima orang lain dengan seadanya.

Jujur aku katakan yang aku sendiri sebenarnya tidak mampu untuk melakukannya. Bila aku sedar perkara ini ia membuatkan aku sentiasa berfikir dan apa yang mengejutkan aku sedar jika kita sendiri tidak mampu untuk melakukan mengapa kita sendiri perlu mempunyai keinginan begitu??

Hubungan aku dengan seseorang pernah tidak berjaya disebabkan aku rasa dia tidak dapat menerima aku seadanya. Dia membuatkan aku menjadi bukan diri aku sebenarnya. Bila hubungan itu tidak berjaya ia membuatkan aku mulai mempunyai keinginan untuk mencari seseorang yang boleh menerima aku seadanya.

Syukur aku telah berjumpa dengan seseorang yang sayangkan aku tanpa syarat. Iaitu menerima aku seadanya. Tapi dari segi lain pula, aku pula inginkan dia menjadi seperti yang aku inginkan dan bukannya menerima dirinya seadanya. Bukankah ia tidak adil??

Dan bila aku sedar keinginan dan perbuatan adalah sesuatu perkara yang berbeza, aku cuba membuka minda aku luas-luas cuba berfikir di luar kotak. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua perkara kita akan dapat, tak semua perkara akan jadi seperti yang kita inginkan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bertuahnya aku bila si dia sangat memahami diri aku. Bila aku suarakan tentang apa yang aku rasa, jawapan ini aku yang terima "Abang dok cuba buat yang terbaik untuk kamu....". Saat itu aku sedar mengapa aku mengharapkan sesuatu yang mustahil sedangkan dia dah cuba buat yang terbaik untuk aku??

Jadi kesimpulanya menerima lah orang lain seadanya jika kita inginkan orang lain turut menerima kita seadanya serta berbincanglah dari hati ke hati jika ada masalah kerana kadang-kadang bila kita terlalu banyak berfikir, syaitan akan mengambil kesempatan untuk menghasut perkara-perkara buruk berada dalam pemikiran kita.

Salam sayang dan senyum mau maneh 

from Cik GKSB


10 comments:

  1. Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga sana ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah jumpa dengan yang didamba.
    Semoga ia menjadi teman hidup sdri sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi turn anyss pula..aminnnn~~ hehe..^_^

    ReplyDelete
  4. terima seadanya~tampunglah kekurangan dia dgn kelebihan kita,dan amek kelebihan dia untuk kekurangan dr diri kita.. ^_^

    ReplyDelete
  5. semoga segalanya dipermudah Allah dan berpanjangan hingga syurga amin.

    "kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri" itu kata uztaz yang kami pegang smpi skang ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi