TULANG BELAKANGKU

Saturday, December 8, 2012

DI BALIK TABIR SEBUAH PERJALANAN


Assalamualaikum...

Penat. Satu perkataan yang menggambarkan perasaan aku sekarang ni. Penat dengan kerenah manusia sebenarnya. Teringat aku entry yang pernah aku tulis sewaktu aku masih bergelar student. Ada yang tinggalkan komen bahawa zaman student adalah zaman yang terbaik bila dah masuk kerja banyak cabarannya...Dah terbukti, memang betul pon. Dan banyak perkara yang tak seronok kecuali bila dapat gaji itu memang seronok.=)

Ketepikan soal itu jom masuk soal yang berkaitan dengan sesuatu di balik tabir. Baru-baru ni err baru lagi ke? Ok la hampir sebulan yang lepas (kejap jer kan) aku menghadiri perkahwinan makcik ni kan?? Ada la sesuatu yang aku belum cerita lagi dalam entry yang lepas-lepas.

Masa aku sampai kat umah kiera tu, kiera dengan mas sambung siapkan pelamin yang tertangguh . Bab menghias memang aku tak berapa pandai sangat, apa yang aku pandai adalah masuk dapur. Jumpa dengan mama kiera dan kak long dia, tanya ada apa-apa yang boleh tolong tak? 

Tapi diorang cakap tak ada apa-apa, siap jamu aku makan lagi ada la.. (tu yang syok sangat masuk dapur tu hahaha) Mama tanya sapa nama? Nama sebenar bla bla.... tapi diorang ni panggil GK. Mama tanya GK tu apa? Aku cakap Gadis Kampung tergelak mama dengar hehehe.... Biasa la blogger kan ada saja nickname nya haha...

Apakah???


Masa hari akad nikah haritu memang banyak air mata yang tertumpah. Paling sebak bila saat pengantin perempuan bersalam dan memeluk mama dan papa. Nangeeesss wehh.... tapi pelan-pelan amik tisu lap air mata, malu cheq kalau nangess sama.. I kan machooo... hahaha...

Apa-apa pon aku nak ucapkan terima kasih pada family kiera dan kiera sendiri dengan layanan yang kami terima memang sangat terbaik. Dah rasa macam keluarga sendiri pula terutamanya layanan mama pada kami..Rindu kat mama... Hukhuk sedih pula rasanya....

Bab makanan masa kenduri memang sedap lebih-lebih lagi air asam dan ikan bakar masa hari akad nikah tu. Sampai resdung menyerang la hahaha.... Makan tak hengat dunia sebab terlampau sedap,dan akibatnya malam tu menggaru-garu hidung dan masa dah sampai kat as, umi ngan adik aku terkejut sebab muka ngan hidung bengkak. 

Bersama-sama pengantin dengan sebahagian geng blogger yang hadir

Dan sampai sekarang masih teringat lagi suka duka masa  kenduri hari tu. Dah macam gathering pula hehe... Harap-harap kenduri aku nanti pon akan ramai macam tu... ;) 




11 PESANAN PENAJA:

onie said...

rindu saat ini,mashaAllah :'(

Iffah Afeefah said...

hope dtg g kenduri gk la

walau jauh akan ku renangi ececeh

Ros Anisza said...

rindunya waktu hari kenduri..kenduri tu dah macam kita yang punya..hahahhaha

Shahada Fauzi said...

kenduri anyss harus la ramaiiiiiiii..org kuat yg tubuhkan KBU kot..:P

fRaMe+LenSeS said...

Huuu rdu juga lahh time tu. sbln sudaa

budak kecik said...

nak kawen jugakkk! huhu. pehhhh asam pedas ngn ikan bakar ke. feveret tuh. lapa wehh.


eh2. ALSD2 tgh hot skrg nih. kalo ade kengkawan yg tgh berazam nk kurus terutama yg bakal bergelar pengantin, boleh la cuba ALSD2. nnti boleh la bergaya sakan mse mjlis terindah tu nanti. tak perlu lagi risaukan psl keadaan bdn yg comel. nak tahu lebih lanjut psl ALSD2, moh ler singgah2 blog sy. tq ;))

shida anwar said...

sebab..rindu bangat weh

shida anwar said...

sebak...rindu bangat

kiera'sakura said...

sekali lagi. terima kasih atas segalanya. mama kata klu rindu mai la jmpe mama kat ipoh. kihkihkih :p

seyes kami ckup risau masa ampa naik resdung. ckp dlm hati budak nie klu nmpk kritikal sgt nt aku nk bwk pi sepital kihkihkih

gadisBunga™ said...

awak elegik eh?? ada ubat...

Azwa said...

eh eh. ada muka kita la dalam tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...