Tuesday, January 31, 2012

GENAP SETAHUN SAYANGKU







Alhamdulillah genap setahun group Kami Blogger Utagha ditubuhkan
Selamat Hari Lahir KBU

Di KBU kami kenal orang yang langsung tak pernah kami jumpa tetapi menjadi kawan baik yang paling owesem...

Di KBU juga ada yang bertemu jodoh sehingga mengikat tali pertunangan

Di KBU juga merubah seseorang dari yang pasif menjadi aktif

Di KBU juga kita saling berkongsi kesedihan bersama

Saling menasihati antara satu sama lain

Pertemuan demi pertemuan

Walaupun kini masing-masing terpisah jauh, sibuk dengan urusan masing-masing

Tetapi kenangan itu tetap bersemadi dalam hati

Kerana apa??

Kerana

We Are Family

I LOVE KBU

Happy Birthday KBU






Kepada Geng KBU Jom wat entry dan kongsikan Link Entry ampa disini kerana kita semua ingin berkongsi pengalaman dari perspektif masing-masing.

Entry terbaik GK akan kongsikan di blog GK

=)



Thursday, January 26, 2012

MALANG TIDAK BERBAU

Last update blog adalah pada 20 Januari 2012 di entry ini dan hari ni 26 Januari 2012. 6 hari berlalu dan hari ni baru rasa nak update blog.


Terlibat dengan kemalangan itu salah satu pengalaman yang aku lalui semasa pulang bercuti di Alor Star. Alhamdulillah adik-adik aku, mak sedara dan sepupu aku tak cedera walaupun kepala adik aku terhantukk di dashboard. Cuma kaki aku jer sakit sikit yela terhentak kan. Aku yang drive masa tu. Ada masalah brek. =(


Kebetulan aku sibuk sikit dengan kerja sampai tak ada masa nak update blog. Kalau tak sibuk idea plak tak ada. Kalau paksa juga tulis kompom la nanti diri sendiri tak puas hati.


Banyak perkara aku nak luahkan. Tapi cukup la yang ni dulu. Nak sambung cerpen Cinta Seorang Blogger pula lepas ni =)







Friday, January 20, 2012

SELAMAT


Alhamdulillah selamat sampai di Alor Star. Semalam ke Hentian Jalan Duta dengan menaiki motor sebab aku amik bas kat sana. Serius memang aku tak tau jalan. Tapi gagahkan juga. Sampai tersesat-sesat.

Tapi akhirnya jumpa juga jalan. Walaupun entah sampai mana la semalam aku bawa motor tu. Dalam perjalanan dalam jam 1.30 pagi macam tu sebelum sampai di R&R Sg Perak ada kemalangan yang berlaku.

Hidup ke mati aku tak pasti tapi aku ada ternampak orang terdampar di atas jalan. Masa tu hujan pula. Kereta kemik.

Alhamdulillah aku selamat sampai lagipun driver bas Mara-Liner bawa dengan penuh berhemah tak macam driver bas Etika yang aku naik sebelum ni. Laju nak mampus rasa macam nak tercabut nyawa.

Apa-apa pon gembira dapat jumpa keluarga tersayang lebih-lebih lagi adik aku si puteri tu. Pagi-pagi dah masuk bilik cium pipi aku masa aku tengah tidur. Terjaga bila terasa ada ciuman kecil singgah di pipi.

=)



Thursday, January 19, 2012

KESUDAHAN YANG TAK PASTI




Hati terluka.

Sedang diuji dengan hebatnya.

Entah bagaimana kesudahannya.



Wednesday, January 18, 2012

BILIK KOSONG UNTUK DISEWA AREA SETAPAK JAYA



-Bilik kosong untuk disewakan
-siapa cepat dia dapat

KEMUDAHAN:
-Peti Sejuk
-Mesin Basuh
-Dapur
-Meja makan
-Berhampiran kedai makan, mesin ATM, Dobi
-Berdekatan Wangsa Walk, Carrefour,
-Bas rapid
-LRT Sri Rampai,Wangsa Maju
-Berdekatan Kolej Kediaman Siswa Jaya UTM

Prefer:
-Wanita muslim bekerja/study
-Pembersih/Rajin/Tak busy body
-Jujur dan amanah
-Tak merokok
-Lelaki tidak dibenarkan dibawa masuk

-sewa RM 200 sebulan tak termasuk api air
-deposit 2 bulan
-Kemasukan segera FEBRUARI 2012

-Berminat hubungi anis-019-4446535
-SMS tidak dilayan



HANYA KERANA BUAH LIMAU


Hari ni ada perkara yang betul-betul menyentuh hati aku. Sebagai pegawai kes, kebanyakan klien akan dirujuk kepada aku dulu untuk didaftarkan masuk ke Cure Care Service Centre (CCSC) under AADK.

Baru-baru ni ada sorang klien berbangsa India yang datang dengan sukarela untuk mendapat khidmat nasihat dimana dia ingin berhenti dari ketagihan dadah. Lepas diberi maklumat apa-apa yang patut aku isi borang untuk rujuk dia ke Cure And Care (C&C).

Tapi tadi tiba-tiba dia datang ke CCSC bagitau yang borang rujukan dia tercicir semasa dia OTW nak ke C&C. Sanggup dia berpatah balik untuk amik borang rujukan klien tu walaupun dah berada separuh jalan dan dah hampir sampai pon tanpa dia ketahui yang jika tiada borang tersebut dia masih boleh mendaftar disana. Kat situ aku nampak kesungguhan dia untuk berubah.

Dan paling menyentuh hati aku bila dia datang sambil berkata "cik, ni saya ada bawa buah tangan sikit.." sambil serahkan buah limau dalam 1 plastik untuk aku. Mungkin bagi orang lain itu perkara biasa tapi bagi aku itu sesuatu yang amat bermakna.

Terasa dia sangat menghargai orang yang cuba membantunya walaupun sebenarnya ia mungkin sebagai tugas kita menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan tapi setiap hari aku niat dan berharap Allah permudahkan apa yang aku lakukan.

Walaupun pada mulanya ada yang memperlekehkan dia sebab mungkin dirasakan dia tak bersungguh tapi pada aku kesanggupan dia untuk dia datang secara sukarela itu sudah menunjukkan kesungguhan dia ingin berubah.

Dan aku akui sejak aku bekerja dimana persekitaran aku adalah berkait rapat dengan penagih ada satu perkara yang membuat aku sedar mengenai mereka.

Mungkin banyak tanggapan yang tidak elok atau negatif akan kita fikir pasal mereka tapi disebaliknya tak siapa pon yang amik peduli mengapa mereka jadi macam tu dan tidak memberi sokongan untuk mereka berubah waima keluarga sendiri.

Apa yang paling penting, aku dah mula jatuh cinta pada bidang kerja aku ni. =)





Tuesday, January 17, 2012

TIRU GAYA ARTIS??



Tak lama lagi ada Anugerah Juara Lagu dimana ada satu pertandingan yang sangat menarik iaitu Tiru Gaya Artis.

Yang syoknya macam-macam gaya kita boleh lihat. Ada yang sebijik macam video klip artis yang ditiru ada yang tak sama pon, ikut kreativiti masing-masing la.

Dalam banyak-banyak penyertaan, tak sangka plak kawan aku masa sekolah teknik dulu si Acab pon join juga dan dia memerlukan banyak undi untuk menang. Siapa tak mahu menang kan? Hihihi..

Untuk bagi sokongan pada dia aku nak ajak la semua kawan-kawan aku yang blogger ni undi dia caranya senang saja


Pastu vote dan klik: V8

Boleh undi banyak kali. So rajin-rajin la tekan undi tu sampai lenguh tangan lagi tak lenguh jangan berhenti hehehe #paksa ni keh3....

Segala jasa ampa yang undi aku ucapkan terima kasih. Semoga rezeki Acab untuk menang RM5000 tu. Kalau menang jangan lupa kasi aku sikit tau?? ##EHHHH???







TEMPAHAN BAJU GROUP KAMI BLOGGER UTAGHA


Macam-macam group kan yang ada sekarang ni kat facebook. Antara salah satu group yang menjadi kesayangan aku adalah group "Kami Blogger Utagha". Mestilah group ni yang aku paling sayang sebab aku founder dia ehehehe....

Tapi bukan mudah nak join group ni. Ada syarat-syarat yang perlu anda patuhi. Kalo nak tahu KLIK SINI. Lagi tak penuhi syarat lagi tu tak diterima sebagai ahli.

Boleh kata dah banyak event yang kami buat dari mini gathering hinggalah first gathering KBU yang berjaya mengumpulkan seramai lebih 50 orang dimana kami turut menjemput anak yatim untuk turut sama menjayakan gathering ni.


1st Gathering KBU di tanjung Asam



Boleh kata KBU ni aktif dalam kerja-kerja amal. KBU juga pernah bekerjasama dengan Belia negeri Perlis untuk majlis berbuka puasa dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim serta warga emas.

Dan kali ini projek terbaru KBU adalah ingin buat family day KBU. Tapi tak lengkap sekiranya event ni tak ada T-shirt.



Ini adalah T-Shirt KBU yang lama




Dan ini design KBU yang terbaru. Lebih berkualiti dari yang lama itu yang paling penting. Kalau yang lama dulu mungkin kualitinya kurang sikit tapi untuk kali ni kami dah cari pembekal yang boleh buat lebih baik dari yang lama. Dengan sedikit sentuhan baru.






Untuk segala pertanyaan dan tempahan boleh ke blog KIERA sebab dia yang uruskan tempahan kali ini. OK?? Jangan tersalah tempah pula. Maklumat lanjut boleh ke blog KIERA SAKURA


Ampa juga boleh buat tempahan button badge di sana.


contoh button badge


Kalau berminat jom tempah sekarang. =) Lagipun tak lama lagi kami akan adakan family day khas untuk ahli KBU. Dimana dan bila masih dalam perbincangan cuma bila semua dah settle kami akan umumkannya.






Monday, January 16, 2012

CINTA AKU CINTA MUKA BUKU



Kelmarin ada tengok rancangan Nona di tv3 pasal cinta muka buku. Antara pasangan yang bertemu jodoh di laman web facebook ni antaranya adalah Zed Zaidi.

Masa tengok rancangan ni tersengih-sengih sorang diri bila teringat aku dengan TTM pon bertemu di Facebook.

4 Julai 2010 kami jadi friend kat FB. Dia add aku. Ada la dia dok tegur-tegur kat FB. Mula-mula tu aku rasa dia ni annoying la. hahaha...Boleh plak kan rasa macam tu? Huhu...Tapi tak sangka orang yang aku rasa anoyying tu la tetiba boleh jadi orang yang special dalam hidup aku.. Cewahh..

Lepas setahun kenal dia da bagitau niat dia nak jadikan aku isteri dia so dari situla hubungan kami bermula. Tak ada la nak melamar romantik-romantik gitu. Aku pon sebelum ni tak ada la nak mengharap sangat takut kecewa cam dulu.

Tapi dalam setiap hubungan tu pasti ada pasang surutnya. Hampir-hampir nak berpisah pon penah. Cuma dia bersikap matang nak menanganinya dan paling penting menerima aku seadanya.

Walaupun dah lama kenal satu sifat yang kami dua orang tak boleh buang lagi iaitu sifat malu-malu hihihi... Cam lawak pon ada bila ada kawan-kawan aku yang pernah jumpa kami tanya dah berapa lama kenal? Bila bagi tau tempoh kami kenal ada yang tegur dah lama kenal pon malu-malu lagi??

Hehehe..... =P

Aku kan pemalu... ##EHHH??

Cinta muka buku, tapi sejak dah ada aku ni dia dah jarang buka muka buku dia maybe sebab dah bertemu apa yang dicari kot.. Hohohoho....





Ada yang pernah alami pengalaman macam aku ni?? Jom kongsikan =)



Tuesday, January 10, 2012

JUMPA LAGI DENGAN ORANG PERANGAI MACAM TU?? ALAHAI.....


Hari ni nak sembang pasal kerja lagi. Mana-mana tempat keja mesti aku jumpa spesis yang bengong sikit pangai dia. **tudia bengong teruih....


Rasanya mesti yang dah boleh tau apa yang berlaku kan? Apa yang aku alami sekarang sama seperti KISAH INI. Baca dulu untuk memahaminya.


Selalu jadi situasi yang macam tu. Awatla selalu macam tu. Prinsip aku senang ja, buat kerja sendiri jangan menyibuk hal-hal orang lain yang tak berkenaan dengan diri kita. Tu pon ada juga yang tak puas hati. Kali ni sama juga macam dulu, ada yang buat cerita tak betul pasal aku. Awat dengki tang mana cheq??


Diri sendiri pon tak terurus lagi nak cari masalah lain. Ampa pon mesti tau kan aku pon sedang berusaha sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ni tak kan la aku nak cari masalah lain plak. Adeh...


Boleh sabar ja la. Siapa tahu doa untuk mengelakkan sifat dengki orang pada kita?? Minta kongsikan.






Sunday, January 8, 2012

BODOH SOMBONG


Tertarik pada 1 isu dan dah termasuk dan baca 1 blog ni. Aku heran satu benda pasal tuan blog ni kalau ada yang menasihati dia mesti dia tak boleh nak terima. Contohnya bila ada yang menasihati pasal aurat dia mula gelarkan orang tu ustaz atau ustazah.


Hanya ustaz atau ustazah ker yang layak bagi nasihat??


Kalau nak kata cara teguran tu memang aku rasa orang tegur dengan penuh adab dah tapi dia tu tak boleh nak terima teguran. Terlalu ego mungkin? Dia rasa diri dia ja yang betul.


Bagi aku orang yang macam ni sebenarnya BODOH SOMBONG.


Bodoh sebab nak menegakkan benang yang basah walaupun tahu benda tu salah dan sombong sebab langsung tak boleh terima nasihat orang lain yang cuba bagi nasihat untuk sedarkan dia.


Kesimpulannya jangan jadi orang yang BODOH SOMBONG!




Saturday, January 7, 2012

KERANA CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI......


Kadang-kadang kita sayang kan dia......Terlalu sayang....

Tapi kerana sebab-sebab tertentu kita terpaksa lepaskan dia....

Walaupun sakit, walaupun sedih, kita cuba untuk melupakannya..

Supaya diri kita tidak lagi sakit kernanya

Kerana sayang juga kita terpaksa lepaskannya...

Kerana masih ada yang lain yang sayangkan kita, lebih kita sayangkan dia

Kerna

Cinta tak semestinya memiliki





OMBAK RINDU~LAYAN LAGU PON OK WHAT??




Terjumpa 1 video kat youtube. Sebelum komen apa-apa jom tengok video ni dulu cover by chomel.



Sedapkan suara dia??

Walaupun penampilan dia gitu bila sekali nyanyi suara perempuan habisss... Yela memang dia perempuan pon kan??

Suara dia memang sedap kan??



Wednesday, January 4, 2012

"ORANG LAIN KERJA JUGA TAPI TAK ADA LA MACAM HANG PON!


Lepas saja balik bercuti tahun baru hari tu, bermula la hari yang sibuk untuk aku. Hari ni saja aku terima 3 klien baru. Agak letih. Semalam dalam pukul 9 lebih tu aku dah tidur. Dalam dok ber sms bleh plak tertido.


Tidur awal?? Jarang-jarang aku buat tapi sekarang bila jarum jam menunjukkan pukul 9 malam, aku dah start menguap. Sakit kepala la semua ada. Penangan kerja agaknya.


Nanti ada plak bunyi "orang lain keja, tapi tak ada la macam hang pon". Tu orang lain, ni aku. Kerja plak dalam bidang yang agak mencabar. Ada plak yang buat kita hilang sabar kadang-kadang rasa nak meletup kepala ni bila migrain menyerang.


Ubatnya tidur.


Sekarang ni kepala mula berdenyut-denyut mungkin dah tiba masanya untuk tidur. Nampaknya tertangguh lagi aku nak siapkan Novelog Cinta Seorang Blogger. Dalam keadaan aku yang macam ni, idea pon tak mau mai.


Kalau kat FB pon tenggelam timbul jer aku sekarang ni. Masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan tempat baru. Hidup di Kuala Lumpur ni banyak sangat cabaran. Gadis Kampung Separa Bandar macam aku ni pon tak boleh nak hadap lagi walaupun dah sebulan aku kat sini.


Semoga segalanya dipermudahkan







Monday, January 2, 2012

PASANG SURUT KEHIDUPAN


Hari kedua di tahun 2012. Tak ada apa yang menarik berlaku hari ni. Hanya menanti untuk pulang ke KL jam kul 3.30 petang japgi.


Adik-adik semua dah balik ke asrama memulakan hari persekolahan pada esok hari. Sunyi. Memang sunyi. Macam juga laut ada pasang surutnya macam tu juga kehidupan kita.





Tergerak hati untuk melarikan bebola mata ke side bar blog ini. Dari 2008 dan kini 2012. Usia blog ini juga hampir berapa yer?


Bukan jumlah followers yang dikejar, cukup saja ada tulang belakang yang sentiasa menyokong disaat aku jatuh dan mereka juga yang memberi semangat untuk aku bangkit semula. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa menjadi pembaca setia di blog ini.


Suka duka aku kongsi dan coret di blog ini. Mungkin selagi diri ini bernyawa selagi itu jari ini akan menarikan rentaknya.



Sunday, January 1, 2012

TENTANG PERASAAN


Bila berbicara soal hati, ia lebih kepada perkara subjektif. Susah nak tahu apa sebenar isi hati seseorang apatah lagi tentang perasaan.


Kadang-kadang kita sangat sayangkan dia, tapi kita terpaksa lepaskan dia kerana sebab tertentu. Kadang-kadang ungkapkan kata sayang saja tak cukup jika tiada kesungguhan untuk memilikinya.


Kadang-kadang keinginan untuk memiliki pula terpaksa dilupakan atas sebab-sebab yang mungkin membuatkan kita terpaksa melupakan perasaan sayang itu.


Segala-galanya telah diaturkan.


"Mungkin bukan rezeki kita"


Pertemuan yang terakhir meninggalkan seribu kenangan di malam tahun baru. Tidak ingin aku ucapkan selamat tinggal tapi mungkinkah itu yang terbaik?









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi