Saturday, February 25, 2012

MUHASABAH DIRI




Jangan fikir apa hidup beri pada kita tapi fikirlah apa kita beri pada hidup....Hidup untuk tujuan apa?? Sekadar menyakiti hati orang atau lebih dari itu. Mungkin setiap manusia ada melakukan kesilapan begitu juga diri kita.

Kadang2 kita lebih nampak salah orang pada kita tapi tidak salah kita pada orang. Tapi kadang-kadang kita tidak tahu apa salah kita pada orang tapi terus dijatuhkan hukum dan itu yg paling menyedihkan.....

Hati ini rapuh. Cuma mampu berharap teman-teman memberi sokongan. Seandainya aku jatuh tolong hulurkan tangan untuk membantu aku bangun kembali.




Friday, February 24, 2012

A REASON



I believe that everything happens for a reason.
People change so that you can learn to let go,
things go wrong so that you appriciate them when they're right,
you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself,
and sometimes good things fall apart so better things can fall together.




Tuesday, February 21, 2012

APA ITU JUJUR??




Jujur. Apa definisi jujur pada diri anda?? Yang pasti akan ada pelbagai tafsiran dan definisi mengenai jujur. Jujur juga boleh diibaratkan seperti "seekor semut hitam, di atas batu hitam di malam yang kelam".

Jujur itu subjektif. Ada yang kata jujur itu telus, lurus dan macam-macam lagi perkataan untuk menggambarkan maksud jujur.

Paling penting sekali jujur pada diri sendiri barulah kita boleh jujur dengan orang lain. Kalau dengan diri sendiri pon kita tak boleh jujur macam mana kita nak berlaku jujur dengan orang lain??

Segalanya bermula dari hati. Bila kita tak jujur dengan diri sendiri hati kita akan tenang ker? Pasti tidak bukan?? Kita akan dihantui dengan rasa bersalah apatah bila kita turut tidak berlaku jujur dengan orang lain.

Jujur di sini bukanlah jujur yang bendul, maksunya terlalu lurus bendul tapi kita kena berlaku jujur yang bijak. Macam mana pula jujur yang bijak itu??

Jujur yang bijak bergantung pada situasi iaitu tidak memudaratkan diri. Sebagai contoh kita nak minta kerja, tapi sebelum ni kita pernah dibuang kerja sebab kononnya kita pernah mencuri walaupun mungkin tuduhan tersebut tidak benar tapi bila kita minta kerja lain sebagai cashier perlu ke kita nak bagitau yang kita pernah kena buang kerja sebab pernah dituduh mencuri agak-agak orang akan terima tak??

Apa kesannya bila kita tidak berlaku jujur??

Andai kata kita boleh hidup untuk 100 tahun dan sepanjang 100 tahun tu kita berlaku jujur tapi sekali jer kita tidak berlaku jujur orang akan ingat mengenai sekali anda tidak berlaku jujur tu dan akan melupakan 100 tahun yang anda jujur.

Apa yang penting kita jujur pada diri sendiri. Kalau dengan diri sendiri pon kita tidak boleh jujur apatah lagi dengan orang lain. Pokok pangkalnya ia bermula dari hati kita.

Jujur yang jujur punya jujur ialah jujur yang berpanjangan bukannya jujur semata-mata lakonan untuk dapatkan sesuatu.

Kesimpulannya jujur la pada diri sendiri dulu sebelum jujur dengan orang lain. Sebelum entry ini diakhiri aku nak tuju sebuah lagu untuk ampa semua. Terima lah Jujur-Radja.




Sunday, February 19, 2012

ADAKAH PENDIDIKAN MEMPENGARUHI TAHAP PEMIKIRAN SESEORANG??


Pendidikan memang sangat penting. Tambah pada zaman sekarang ni. Tapi bila aku lihat keadaan sekeliling aku, masih ada mak bapak yang tak pentingkan pendidikan anak-anak. Masih ada yang amik mudah pasal ni.

Anak-anak malas ke sekolah pon dibiarkan saja. Anak-anak nak berhenti sekolah dibiarkan saja. Apatah lagi bila berada di Kuala Lumpur ni. Serius masa mula-mula fikiran aku rasakan bila hidup di bandar ni mak bapak yang tinggal di bandar-bandar besar macam ni akan mementingkan pelajaran anak-anak tapi yang berlaku sebaliknya. Tapi tak semua itu aku akui.

Mak bapak lebih bersikap terbuka sehinggakan dalam soal ni pon lebih bersikap terbuka. Sebab tu masalah sosial meningkat. Memang aku tak merasa jadi mak bapak lagi tapi aku ada mak bapak. Cara didikan mak bapak tu penting.

Aku tak nafikan aku penah tersalah pilih langkah tapi didikan keluarga tu masih kuat di ingatan. Yes! family aku mementingkan pendidikan kalau tak, tak la aku kena balun dengan batang paip sebab malas p sekolah.

Pada orang lain mungkin akan rasa didikan ini keras, bapak ampa tak pernah pukul ampa tapi dengan didikan ini la aku jadi manusia apatah lagi bila bapak aku dah tak boleh nak kawal aku.

Aku akui kesilapan aku. Dan alhamdulillah aku jadi manusia juga. Apa yang aku ada sekarang ni semua hasil didikan keluarga yang mementingkan pelajaran.

Dan tak dapat dinafikan dalam sesetengah perkara pendidikan seseorang itu sangat mempengaruhi pemikirannya. Aku bukan nak merendahkan orang yang tidak belajar tinggi tapi itulah hakikatnya.




Cuma dalam hidup ni keluarga aku sendiri berpesan setinggi mana pon kita belajar tapi jangan terlalu mendongak kelangit, hormat orang lain, walaupun orang tu tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tapi pengalaman yang dia ada tu lagi berharga dari orang lain.

Itu yang aku tanamkan dalam diri aku.

Tapi masih ada manusia yang tak dapat terima orang lain lebih dari dia sehingga sanggup menabur fitnah, mereka-reka cerita yang langsung tak betul hanya untuk menutupi kelemahan diri.

Kononnya kami besar kepala sebab kami ada degree padahal dia tu yang tak boleh terima bila ada orang lebih dari dia. Pemikiran dia pon tak matang. Dia muda dari aku walaupun dia dah berkahwin dan dah ada anak sampaikan aku fikir dia ni budak-budak yang terperangkap dalam alam pekerjaan.

Apa perasaan ampa kalau tiba-tiba kita disodokkan dengan cerita yang tidak betul sehingga menjejaskan nama baik kita sehinggakan ke pihak atasan??

Betul la cakap orang alam pekerjaan ni lagi hebat cabarannya. Macam-macam ragam ampa akan jumpa. Jadi bersedia la dari segi mental. Kadang-kadang semua ini mainan psikologi. Sama ada kita berjaya nak hadapi atau tidak. Semua terletak pada diri kita.




Saturday, February 18, 2012

SEMANGAT BLOGGER



Yeah...hari ni lebih bersemangat berbanding hari-hari sebelumnya. Walaupun banyak masalah yang melanda masih ada orang yang berada di sisi memberikan kata-kata semangat supaya aku tidak terus jatuh dan putus asa.

Hanya mampu berdoa supaya segala kebenaran akan terungkap juga. Mungkin aku bukan seorang pemikir yang bagus sebab bila aku berfikir aku bukan fikir pengajaran yang boleh diambil tetapi aku lebih fikirkan kata-kata orang. Apa pandangan orang pada kita padahal sebelum ni aku bukan orang yang suka fikirkan apa orang fikir pasal diri aku.

Apa-apa pon aku berterima kasih pada blog Luahfikiran, frame & lenses, a simple life, nida, miss tina, miss tora, wan blur kerana sudi meninggalkan komen dan memberi semangat pada aku lepas aku update blog setelah blog ni aku private untuk beberapa ketika.

Terima kasih atas sokongan ampa semua.







Friday, February 17, 2012

KUAT

Assalamualaikum pembaca blog GKSB.

Masih ada ke pembaca blog ni?? Hehehe...

Baru-baru blog ni aku dah private. Sebenarnya ada sesuatu yang terjadi tapi biarlah ku simpan perkara itu sebagai rahsia untuk diri aku. Cuma insyaallah aku akan kembali menulis seperti biasa. Insyaallah.

Sekarang ni hati aku masih rapuh. Cuma doakan aku kuat macam dulu. Kuat nak hadapi cabaran hidup ini.

Dan sebagai seorang manusia kita tak kan terlepas dari menghadapi cabaran dalam kehidupan apa yang pasti cara kita menyelesaikannya yang berbeza.

Apa-apa pon aku amik itu sebagai asam garam kehidupan. Semoga perkara ini menjadi permulaan untuk aku meneruskan hidup yang penuh cabaran dan dugaan.



Tuesday, February 7, 2012

HILANG PUNCA


Blog ditutup untuk sementara waktu. Aku hilang punca. Hilang terus arah tujuan. Tidak tahu nak bermula dari mana dan tidak tahu cara nak mengakhirinya.


Tak dinafikan kerana blog aku dapat ramai kawan. Kerana blog hidup aku juga semakin ceria. Kerana blog banyak kenangan manis yang aku dapat. Tapi tak siapa yang tahu kerana blog juga aku hilang kawan baik. Kerana blog ada hati yang pernah terluka.





Segalanya aku simpan kemas. Sampai masa beban yang aku tanggung rasa dah tak tertahan. Aku fikir mungkin bila aku delete blog ini segalanya akan kembali seperti sediakala. Tapi mana mungkin ia akan seperti sedia kala, mana mungkin aku akan delete blog yang telah menjadi saksi segala kisah hidup aku.


Kadang-kadang apa yang tersurat mungkin tidak sama dengan yang tersirat. Apa yang tertulis disini hanya ada sebahagiannya saja. Sebahagiaan cerita untuk dikongsi bersama. Tapi tanpa aku sedar ada yang tidak menyenanginya. Ada hati yang terluka. Tapi langsung aku tidak sedarinya.


Apa lagi yang aku harus buat?? Apa yang mampu aku lakukan untuk betulkan segalanya?


Tak mungkin boleh berpatah balik untuk membetulkan segalanya. Kalo nak diperbetul pon apa dia?? Kusut kepala. Buntu!


Banyak perkara yang berlegar di fikiran aku. Segalanya bercampur menjadi satu. Soal hati, soal persahabatan, segalanya menjadi tanda tanya.







Andai sampai masa, izinkan aku mengundur diri. Mungkin tiada lagi si Gadis Kampung Separa Bandar. Mungkin..Segalanya serba berkemungkinan.




Saturday, February 4, 2012

DIHUKUM TANPA TAHU KESALAHAN, WAJARKAH??


Kita dihukum tetapi tidak tahu apa kesalahan kita. Wajarkah??

Setiap orang ada buat salah sama ada kita sedar atau pun tidak sedar tetapi kita dihukum kerana kesalahan yang kita langsung tak tahu. Putus sahabat kerana kononnya kita ada buat salah tapi apa dia?? Apa kesalahan tersebut??

Dihukum kerana kesalahan yang kita tak tahu. Langsung tak wajar. Bila kita inginkan penjelasan tapi hanya diam menyepi. Apa lagi yang harus dibuat??

Banyak kali dah perkara macam ni terjadi dekat aku. Terbaru tiba-tiba aku dimusuhi tanpa sebab. Tertanya-tanya apa yang terjadi. Mujur kawan aku tu amik tindakan bijak bertanya sendiri kebenarannya.

Apa yang membuat aku terkejut rupanya selama ini kami dilaga-lagakan, mereka dihasut dengan cerita yang tidak benar yang membuatkan aku dibenci. Rupanya diri aku difitnah dan macam-macam cerita yang langsung tidak benar dilemparkan pada aku.

Allah maha besar. Selalunya orang yang perangai macam tu tak kan selamat. Allah makbulkan doa aku. Segala-galanya telah terbongkar.

Macam-macam ragam orang. Manusia yang busuk hati, dengki, akan terima balasannya juga. Kat dunia Tuhan dah balas. Semoga mereka ini diberikan petunjuk oleh-Nya.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi