Saturday, March 31, 2012

INGAT LAGI TAK ZAMAN SEKOLAH KITA MACAM MANA?




Zaman sekolah memang zaman yang ramai orang akan tersenyum bila mengingatinya. Zaman budak-budak baru nak up kononnya. Macam-macam trend akan menjadi ikutan. Kalau zaman aku dulu yang paling popular hip hop. Dengan seluar londehnya, dengan rantai-rantai panjang dekat seluar, dengan baju time tengahari pakai sweater hahaha... Macam-macam






Kalau dekat sekolah plak mesti nak ada geng. Geng chantek kononnya khas untuk budak-budak cantik tapi cantik ker?? Errr...Kalau budak laki plak geng bola, geng dikir barat, geng isap rokok, geng panjat pagar sekolah macam-macam ada dan tak dilupa geng skema.


Aku geng mana eyh? Kalau ikutkan dalam kelas aku yang ada berapa kerat la sangat sebab kelas pertama kan **bangga sket** hahaha.... Banyak budak yang tinggal di asrama. Aku plak tinggal di luar so kalau budak asrama ni mesti nak geng ngan asrama ja. Tapi aku tak ingat aku geng ngan sapa sebab semua aku kawan. (Ni kisah masa sekolah form1-form3.)


Tapi member yang agak rapat dengan aku Linda ngan Adila. Ada la lagi sorang 2 tapi ada kisah la yang berlaku. Kawan tikam dari belakang tak pasal-pasal ja aku ngamuk. Harap muka ja baik tapi perangai tak berapa nak cantik.


Sejak dari situ aku lebih selesa berkawan dengan orang yang macam onaq-onaq sikit orang utagha cakap sebab walaupun perangai diorang ni cam kasar n nakal tapi diorang jaga kawan-kawan. Frend forever katanya.


Time ni tak banyak sangat kenangan kat sekolah sebab lebih suka buat hal sendiri. Kenangan ngan Adila ja banyak. Cuma tak boleh nak cerita al-maklum la zaman nakal kami dah berlalu dia pon nak jadi mama dah. =P


Masa pindah ke Teknik mula la zaman yang agak dasyat juga la pada aku. Duduk di asrama bertemu dengan pelbagai budak dari latar belakang yang berbeza. Yang berlagak jadi macam anak orang kaya pon ada, yang berlagak konon cam orang KL pon ada, cakap KL ni wehh padahal duduk Baling. Hahaha macam-macam.






Keputusan aku tukar ke sekolah teknik adalah kesilapan terbesar yang pernah aku buat. Dari budak yang dulunya dok kelas pandai bila p sekolah tu terus jadi bodoh. Sebab aku tak boleh study. Cara pengajaran cikgu-cikgu masa sekolah lama aku lain. Cikgu-cikgu lebih amik berat dan tekan kan kami pasal pelajaran tapi bila g teknik, cikgu masuk kelas sekadar mengajar. Abeh kelas, abeh la.


Suasana dekat asrama lain. Waktu prep memang ada, tapi ada yang buat bising, boleh kata aku tak boleh nak study dengan suasana macam tu. Hasilnya SPM aku memang teruk resultnya. Bila aku tengok kawan-kawan kat sekolah lama aku yang dulu tak berapa pandai sangat tapi result dia lagi ok dari aku terus rasa menyesal gila tukar sekolah.


Tapi hikmahnya dari situ la aku belajar berdikari, cara nak memilih kawan-kawan, perangai manusia dan macam-macam lagi. Semua yang aku lalui itu lebih mematangkan aku. So nak kata rasa kesal tu tak sangat la sebab banyak juga perkara yang aku belajar dan paling penting pengalaman yang aku lalui tu semua menjadikan aku menjadi lebih baik =)




Friday, March 30, 2012

DULU DAN SEKARANG REALITI ATAU FANTASI?




Dulu lain, sekarang lain tapi apa yang lainnya?? Cara hidup kita yang dulu dan sekarang yang berbeza. Kalau dulu lebih kepada mementingkan keseronokan semata tapi sekarang ni banyak nak kena fikir terutama mengenai masa depan.


Bila umur dah cecah 24 ni ada saja la yang berkaitan masa depan ni perlu dipertimbangkan. Mengenai status dari single kepada berdua tapi dah sedia ker? Dengan sapa? **Dengan sapa-sapa yang datang masuk meminang la jawab hati kecilku.


Tapi kalau yang datang tu bukan orang yang kita harapkan macam mana? Tiba-tiba jer orang yang tak dikenali datang dan tetiba mak bapak kita terima, kahwin la tanpa cinta, pastu dah jadi macam dalam drama dah.


Kalau yang datang tu orang yang kita memang tahu siapa dia, yang memang kita harapkan boleh membahagiakan kita tak ada masalah kan? Tapi kalau ibu bapa plak tak terima macam mana? Nak lari kahwin kat siam ker? Kan dah jadi konflik.


Kita memang tak tahu mengenai masa depan kan? Jodoh pula adalah rahsia Allah swt. Apa yang mampu kita buat adalah berdoa supaya mendapat jodoh yang baik-baik.



Gambar Hiasan



NOTACIKGADIS: 2 minggu lagi....semoga dipermudahkan ;)







Tuesday, March 27, 2012

SELAMAT HARI MENAMBAH USIA




Ehem...**sambil betul-betulkan tudung**


Hari ni 27 Mac 2012 maka hari ni bertambah lagi satu angka umur aku. (Dah tua dah aku ni rupanya) Tapi still rasa macam awet muda cewahhh....


Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak menghirup udara di dunia ini. Selama 24 tahun hidup di dunia banyak sudah pengalaman hidup yang aku lalui. Suka duka semuanya ada. Kalau difikir-fikir banyak sangat kisah hidup aku yang kadang-kadang orang tak akan sangka tapi biarlah sejarah hidup kekal menjadi sejarah.


24? Serius tak percaya langsung umur aku 24. Tua sangat ker aku ni? Macam tak boleh nak terima plak hahaha......Tapi itulah kenyataannya.


Bila mencecah umur 24 ni soalan yang selalu orang akan tanya bila nak kahwin? Rasanya kalau dah sampai seru maka kawen la aku. Jom kita seru sama-sama =P


Sempena hari lahir aku ni tak ada apa yang aku harapkan hanya dapat berdoa supaya Allah swt sentiasa memudahkan segala urusan aku dan memurahkan rezeki aku untuk dapat keja tetap. Tambah satu lagi dapat bahagia dengan orang yang sudi membahagiakan aku aminn.....



Gambar Hiasan =P





Monday, March 26, 2012

CINTA DAN BAHAGIA


Kalau dulu aku percaya kena ada rasa cinta dulu baru boleh bahagia. Tapi setelah melalui beberapa detik perpisahan dan melalui pengalaman yang pernah aku lalui, aku sedar mengenai sesuatu.


Apa dia??


Sebenarnya melalui cinta belum tentu bahagia tetapi bahagia pasti akan mendatangkan cinta pada seseorang itu. Bukan bermaksud aku cinta tak penting tapi bahagia itu lebih penting dari cinta.


Bila seseorang itu dapat membahagiakan kita secara tak langsung cinta itu akan hadir. Kalau yang tengah bercinta bertambah la cinta itu betul tak?


Selama ini baru aku sedar cinta tak semestinya mendapat bahagia tapi bahagia pasti mendapatkan cinta...


=)



Ada rupa orang bahagia tak? =P





VIDEO AWAL MELAMAR SCHA | GKSB BAKAL DILAMAR JUGA KER?




Ehem ehem... Tahcing tengok video Awal melamar Scha ni....

Mula la nak berangan ada orang melamar macam ni. Walaupun bukan cara ni tapi biarlah buat kejutan-kejutan sikit kan hahaha...

Sapa yang belum tengok tu meh kita tengok video ni...





P/S: Mampu berangan jer la....Huhuhu...Tapi pasal melamar tu ada ker? Ce teka... keh3...




Sunday, March 25, 2012

SEHARI DI KOREA




Tetiba teringin nak pergi Korea dan merasai suasana di Korea. Bila dapat peluang untuk merasainya apa lagi...mesti la tak nak lepaskan...

Jom layan gambar.


Garden


Aku order Watermelon Blast.. Minum sampai menggigil....





Amacam?? Ada gaya tak? Feeling ala-ala korea...Padahal tak ada bakat pon...ahaha...


Koleksi jam yang ada kat Garden





Hiasan kat sini memang sangat cantik....


Ehem ehem.... =P


Sebenarnya tak sampai ke Korea pon ahaha...Belum lagi... Tapi ada perancangan nak ke sana. Cukup RM3000 memang dah boleh ke sana insyaallah...

Tempat ni kat Viva Home, Cheras.



Google


Kalau pergi sini memang rambang mata sebab boleh kata semua barang-barang adalah kelengkapan isi rumah dari peralatan dapur sampai kan ke bilik tidur. Harga pon tak la semahal Ikea tu.


Aku pergi dengan Maksu dan sorang kawan dia Kak Beny. Shopping sampai tak hengat yang datang naik keta Myvi ja. Masa nak balik jenuh ejas nak letak barang hahaha....


Kalau ada yang nak beli barang rumah boleh la datang ke Viva Home ni..dan pergi merasai suasana Korea dengan makan kat Garden tu...

=)




Wednesday, March 21, 2012

ZAMAN UNIVERSITI



Zaman universiti memang zaman yang terbaik

Zaman yang mengajar kita erti persahabatan

Zaman yang mengajar kita erti percintaan

Zaman yang mengajar kita erti keseronokan

Zaman yang mengajar kita macam-macam perkara

Andai tersilap pilih jalan maka tersadai la tanpa sempat belayar


Dinner Hostel~Dare to Be Different....Rindu nak kurus macam ni lagi @_@



Tuesday, March 20, 2012

AKU TAK BODOH!




Kau rasa kau pandai?

Ada lagi yang lebih pandai.

Tapi kalau kau bodoh, simpan-simpan la bodoh tu sikit jangan sampai kau tunjuk sangat kebodohan kau.


Sekian.....



IZINKAN AKU MERASA BAHAGIA




Jujur aku cakap sebelum ini aku kurang untuk menghargai. Aku lebih pentingkan diri sendiri. Aku tutup diri aku. Tutup perasaan aku. Walaupun aku tahu ada seseorang yang bersungguh untuk menjaga aku tapi takut untuk terlalu menerima. Atau lebih tepat aku takut untuk kecewa lagi. Aku belum bersedia untuk itu.


Mungkin apa yang orang tengok hanya dari segi luaran tapi tak siapa tahu dalam hati aku ni macam mana. Sering kali aku keliru dengan perasaan sendiri. Banyak kali aku hampir-hampir kecewakan orang yang terlalu menjaga aku dari segala segi. Cuba untuk membahagiakan aku. Banyak perkara yang dia korbankan untuk aku.


Tapi sikit pon aku tak sedar semua itu. Terlalu berfikiran singkat, aku terlalu terburu-buru. Orang akan menyalahkan aku tanpa orang tahu sebenarnya aku takut pada sesuatu, takut dengan komitmen, aku takut kalo aku serahkan hati ini padanya satu hari nanti aku akan diluka seperti sebelum-sebelum ini.


Tapi aku lupa. Dia juga pernah merasa kecewa, malah lebih teruk dari aku. Aku lupa. Bila dia tiada masa untuk aku, aku marahkan dia tapi bukan melalui percakapan tapi melalui protes dengan tindak tanduk yang mungkin orang lain akan hilang sabar. Tapi tidak dia.


Dia yang sentiasa sabar dengan kerenah aku. Malah tidak malu untuk aku akui dia yang berjaya menundukkan ego aku.


Sampai satu masa aku sedar sesuatu bila dia berkata


"Selama ini saya bersusah payah kerja balik lewat-lewat untuk siapa sebenarnya ini??"


Air mata menitis.


Bodohkan aku??


Terlalu mengejar bayang-bayang yang tak mungkin aku gapai sedangkan ada seseorang sebenarnya berdiri teguh di belakang aku dalam apa jua keadaan. Dari saat itu aku tahu, Dia la....





Dan aku telah pilih Jalan Aku

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami ini...






Monday, March 19, 2012

BESAR DIRI




Aku tak paham sebenarnya. Tak paham dengan perangai manusia yang suka besar diri. Cakap tak nak jatuh. Konon diri tu yang paling bagus, konon diri tu la paling hebat antara semua tapi sebenarnya?? Habuk pon tarak.


Tapi orang yang macam ni selalunya tak lama. Tembelang dia kejap jer pecah. Dan tak boleh blah skali dia sendiri yang kantoikan diri sendiri tanpa dia sedar. Kesian kan??


Kesian sebab konon nak buktikan diri tu hebat, lebih pada orang lain tapi akhirnya diri sendiri membuktikan dia sebenarnya tak mampu pon.


Sama juga la dengan orang yang bermegah-megah dengan harta kekayaan. Betul ke dia kaya?? Kalau betul mungkin tu rezeki dia tapi adakah itu tiket untuk bermegah? Lagi kesian sanggup berhutang dengan orang lain nak tunjukkan yang diri tu mampu memiliki barang-barang berjenama, kononnya.


Masa zaman di Universiti dulu dah banyak kawan-kawan yang macam ni. Bila berkawan dengan anak-anak orang berada padahal diri tu sedang-sedang saja disebabkan nak sama tinggi dan kononnya layak berkawan dengan diorang sanggup berhutang untuk hang out sama-sama, makan di tempat-tempat yang ada classs....


Bagi aku, ukur la baju diri badan sendiri. Kalau mampu buat cara mampu, kalau tak, tak payah nak lebih-lebih sangat. Jangan nak bermegah-megah dengan kemewahan padahal hang terpaksa hutang orang sebab nak tunjuk yang hang ni orang berada.


Ada paham???




Sunday, March 18, 2012

APA SUDAH JADI DENGAN JALAN-JALAN CARI MAKAN??

Pic Google


Tadi serius aku excited bila tengok ada rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Sanggup tunggu tak p mana sebab nak tengok rancangan ni. Sekali tengok, eh ada pengacara baru...Patut la haritu ada kecoh-kecoh pasal pengacara baru JJCM ni...


Banyak feedback pasal pengacara yang kononnya dah tak best macam pengacara dulu. Kena bagi peluang kat pengacara baru nak tunjuk kemampuan tapi bila aku dah tengok tadi sory to say la memang JJCM tak best langsung.


Naik menyampah pulak aku tengok, tergedik-gedik nak amik gambar dan paling tak leh blah tergedik-gedik masa nk amik gambar dengan Rashid Sidek, siap boleh tukar-tukar nak amik gambar plak. Apa ni weh??


Hang nak mengacara program ka hang nak tunjuk yang ampa boleh amik gambar dengan Rashid Sidek?? Kamon laa.....


Depa dua orang pengacara ni macam syok sendiri, berebut-rebut nak cakap. Yang sorang control cantik yang sorang control macho sebab muka iras-iras dafi ker?? **Tangan di dada mata ke atas**


Semua orang inginkan Qi mengacara balik sebab aku rasa Qi dia mengacara lebih menjadi diri dia sendiri. Sifat slumber dia tu yang buat orang tertarik nak tengok JJCM. Cool jer... Tak macam pengacara sekarang ni kecoh yang ntah apa-apa jer....


Kalau la boleh diundi suruh tukar pengacara JJCM kompom ramai yang akan undi suruh tukar. Untuk TV3 please do something... Jangan sampai orang dah tak nak tengok JJCM sedangkan program JJCM ni adalah salah satu program yang menjadi rancangan kegemaran orang ramai.


Apa komen ampa plak bila tengok rancangan JJCM ni???




Saturday, March 17, 2012

BETULKAH PELUANG HANYA DATANG SEKALI??




Tertarik dengan entry yang ditulis oleh Cik SHa [klik pautan] pasal peluang kedua. Sangat-sangat menarik apa yang ditulisnya. So aku nak tulis berdasarkan perspektif aku plak.

Bila sebut sahaja peluang kedua mesti ramai yang akan terbayangkan kesalahan-kesalahan yang telah kita buat atau mungkin kesalahan orang lain yang telah dilakukan pada kita. Ramai juga orang telah memberi peluang kedua tetapi akhirnya peluang itu hanya sia-sia.

Pada aku setiap orang berhak mendapat peluang untuk menebus kesalahan yang pernah mereka lakukan. Tapi berapa ramai orang yang menggunakan peluang itu dengan sebaiknya??

Cuba tanya diri ampa pernah tak ampa mengalami situasi yang sebegitu? Atau pernahkah ampa diberi peluang untuk menebus kesilapan yang pernah ampa lakukan? Pernah tak ampa memohon kemaafan kemudian ampa ulangi kesilapan itu lagi? Pernahkah?

Kalau ya apa kesannya selepas itu? Adakah ampa berpuas hati? Atau ampa menyesal sungguh-sungguh tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya?




Senang ker memberi peluang?


Aku pernah memberi peluang, banyak peluang tetapi akhirnya disia-siakan. Namun tidak pernah serik sebab bagi aku setiap orang wajar diberi peluang tidak kira la ia peluang kedua, ketiga dan keempat atau seterusnya. Mungkin kita akan terus disakiti tapi jangan risau sampai satu tahap ampa akan sedar hikmah yang ada disebaliknya. Ia akan mengajar diri anda untuk menjadi lebih kuat.

Di sebaliknya, bila orang yang diberikan peluang itu tidak menggunakan peluang itu sebaik-baiknya dan terus melakukan kesilapan, sampai satu saat dia sendiri akan sedar. Biasanya bila kesedaran itu timbul semuanya dah pon terlambat. Mencari permata tanpa mereka sedari permata itu sudah ada di depan mata. Tapi dah terlambat kerna permata itu sudah menjadi hak orang lain.

Dalam hidup ini, kadang-kadang kita selalu lepaskan apa yang mungkin telah menjadi milik kita hanya kerana mengejar bayang-bayang yang tak mungkin kita akan dapat gapai.



"You can't make the same mistake twice.
The second time you make it, it's no longer a mistake. It's a choice."



Peluang hanya datang sekali??

Betul ke peluang hanya datang sekali?? Sebenarnya peluang datang banyak kali tetapi kita sering terlepas peluang. Peluang yang datang sekali tu adalah peluang yang mungkin kita tidak akan dapat sampai bila-bila. Tapi peluang-peluang lain yang datang itu tak mungkin akan sama dengan peluang yang kita pernah terlepas itu.

Sama ada kita pernah memberi peluang, diberi peluang, gunakan ia sebaik mungkin jangan sia-siakannya. Kadang-kadang kita tahu, kita sedar tapi mungkin keinsafan itu tidak ada. Sebab itu kita sering mengabaikan peluang yang kita dapat.




NOTACIKGADIS: Kalau ada yang ada pendapat atau nak berkongsi pengalaman jemput la buat entry, kalau tak, memadai untuk tinggalkan komen =)






Tuesday, March 13, 2012

SIBUK ATAU BUAT-BUAT SIBUK??

Pemandangan dari atas Gunung Jerai



Agak sibuk sejak kebelakangan ini bila terpaksa bekerja di hari minggu. Kadang-kadang atas dasar tanggungjawab aku lakukan juga walaupun aku mempunyai pilihan untuk tidak melakukannya.


Update blog pon dah tak serancak dulu. Zaman kerja dengan zaman study lain, so pada yang masih study tu siap sedia la untuk jadi pencuri masa bila bekerja =P

Aktiviti sosial pon dah tak serancak dulu (rancak ker dulu ;P) lepas program berkelah dengan Geng KBU **rujuk sini lepas tu kurang dah masa.. nak on9 pon jarang-jarang.

Tapi insyaallah 17 Mac ni aku akan join satu Gath...Insyaallah la.. sebab tetiba ada program berkaitan tempat keja yang nak kena attend pada tarikh yg sama.

Mungkin lepas ni akan berjumpa kawan-kawan baru dengan suasana yang baru. =)



QUOTE FOR TODAY

No matter how ugly you think you are, that special person that loves you believes you are the most beautiful and irresistible thing on earth and nothing can ever change that



Friday, March 9, 2012

BERKELAH BERSAMA GENG KAMI BLOGGER UTAGHA



Setelah sekian lama geng Kami Blogger Utagha berehat seketika daripada aktiviti "gather-gather"akibat komitmen kerja termasuklah admin yang sentiasa sibuk akhirnya dapat juga diadakan satu aktiviti santai iaitu berkelah.

Nak join punya pasal sanggup cari tiket balik Kedah. Tapi sebelum tu adala beberapa cabaran tapi malas nak cerita sebab apa... Boleh tegha tu?? kui3...

Walaupun ramai yang tak dapat hadir tapi bilangan yang hadir bukannya penghalang untuk kami bermesra ye dak?? Kih3...

Malas nak cerita banyak jom layan gambar




Cuba kira ada berapa bijik keta ngan motor... Apa kaitan berapa bijik yg ada dengan kami? Sebenarnya tak ada kaitan pon... -_-"



Ok time ni sangat panas.... aku yang kipas ikan-ikan yang dibakar ni suma....**sila percaya....padahal kipas diri sendiri jer =P

Kak Shida yang setia disisi.... Sentiasa menjadi AJK Makanan dah aku sentiasa setia jadi tukang habiskan makanan.....@_@



Turut kelihatan dari Kiri: Dek Naz, kak shida, cikgksb-maneh-cun-comel, pakcu sofi



Errr....Kipas diri lagi....



Tengah pantau pakcu sofi n kak shida bakar ikan dan kerang



Nyummy! sedap kan?? Tapi aku tak makan kerang....




Antara Menu yang menjadi santapan pada hari tu Ikan bakar, ikan sumbat, ayam masak ros, ayam bakar, sup daging, air asam+sambal belacan, kerang bakar.. Perghhh sedap....


Aktiviti berikutnya....terjun sungai....

Adik aku si puteri ni memang tak reti duduk diam..pantang nampak sungai dia jadi tak terkawal... Mulut sampai biru sebab sejuk...tangan kecut....tu pon jangan..nak gak mandi.....



Peace yawwww....




Ehem ehem....Testing testing....




Ni plak si Nick merangkap photographer sebab tu la pic dia tak banyak...kesian dia kan?? Keh3....




My feveret pic...pasaipa tak tau.... ;)




Amboi pakcu...gaya macam pahlawan ayaq terjun ja?? Err ada ka pahlawan macam tu??


Lepas settle mandi manda depa ajak p Gunung Jerai...Tapi disebabkan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan depa p 4 orang ja....

Ada la banyak gambar depa kat Gunung Jerai tapi aku malas nak letak sebab pic aku tak ada ahahaha.... Keji sangat kan??




Mempersembahkan pemandangan dari puncak Gunung Jerai.....



Untuk semua yang hadir terima kasih.... Terima kasih juga diucapkan pada mak sedara aku yang sudi memasak hidangan ayam masak ros+ikan belah belakang.. Untuk bapak aku sebab sponsor tempat n dapat pakej jumpa bakal menantu sekali wakaka....

Nanti kita buat family day plak yer...

=)



Thursday, March 8, 2012

JALAN KEBAHAGIAAN




Dalam hidup ini ada banyak jalan, ada banyak peluang dan pilihan yang kita ada.

Kadang-kadang jalan dah ada di depan mata tapi kita masih memilih jalan lain yang banyak bersimpang siur untuk menuju ke destinasi yang dituju

Padahal ada jalan yang lebih lurus kita boleh ambil untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Dan aku telah memilih jalan ku.






PEREMPUAN KENA TAHU:
seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun .

LELAKI KENA TAHU:
seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda untuk banyak perkara , tetapi masih terima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya .




NOTACIKGADIS: Perempuan biasanya memilih lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memilikinya dan untuk menjadikannya seorang isteri. Walaupun pon banyak cabaran yang terpaksa dihadapi, dia tak pernah sesekali pon mengalah..... Insyaallah aku yakin dia....







Wednesday, March 7, 2012

DAH HILANG MANIS



Apa yang hilang manis?? Senyum Maneh ka? No No No...senyum tetap mau maneh haha... OK kembali kepada tajuk asal memang diakui kemanisan berblog sudah kurang. Selepas baca entry si Kirin Selama Perak memang aku akui la aku dah tak rasa kemanisan berblog macam dulu-dulu.

Boleh kata dulu setiap hari mesti nak perah idea untuk tulis entry, kadang-kadang apa yang kita nampak dan hadapi di sekeliling dah boleh jadi idea. Sekarang ni nak tulis satu entry pon susah. Kadang-kadang 2,3 hari baru blog ber update. Di mana silapnya?

Aku rasa blogger yang seangkatan dengan aku masa zaman kami mula-mula terlibat dengan dunia blog mesti rasa benda yang sama.

Sekarang ni kebanyakan orang lebih kepada nak cipta nama, nak popular, ye la blogger sekarang kan dah diberi perhatian malah dah jadi salah satu kewajiban untuk setiap orang ada blog waima budak sekolah sekali pon berlumba-lumba nak ada blog.

Dari segi hubungan antara blogger pula kalau dulu memang akan saling berbalas komen di entry blog masing-masing sampaikan kita rasa dekat sangat dengan dia walaupun hanya dengan membaca blog dia. Kalau kita ada masalah masing-masing akan saling support.

Kadang-kadang bila aku rindu, aku baca balik komen-komen di entry lama aku kebanyakan semua selalu bagi support pada aku dan bila diorang ada masalah kita sama-sama berkongsi. Manisnya kenangan dulu. -_-"

Tapi sayang bila aku cuba jejak balik banyak yang dah tak aktif berblog, ada pula bila dah terkenal kita pon dah tak dipandangnya. Tapi alhamdulillah masih ada yang masih lagi berhubung walaupun dalam FB.

Kak Yan, Kak Anis, uncle Atan, Kak El, Rekha-pearls, kak shiela dan ramai lagi antara bloggers yang seangkatan masa aku mula-mula berkecimpung dalam dunia blog. Seronok kan dunia blog dulu-dulu?

Walaupun macam tu blogger sekarang ni tak kurang hebatnya juga cuma mungkin lebih kepada hendakkan populariti walaupun tak semua ada sesetengahnya. Dan lebih kesian ada yang taksub kepada blogger lain yang kononnya diberi gelaran otai.

Apa-apa pon jangan lupa orang akan menilai kita sedangkan kita pon sering menilai orang. Apa pon pilihan kita, jadilah blogger yang tidak dibayangi oleh orang lain.




Monday, March 5, 2012

A FRIEND




"A friend will tell you what you wanna hear

And

A true friend will tell you the truth not matter how harsh it sounds"





Sunday, March 4, 2012

PHYSICAL APPEARANCE??




"Don't worry if you're good looking or not, don't complain if you're fat or skinny, don't just focus on your physical appearance, because anyway, if someone is going to love you, he must do it no matter how you look, because when you are 80, your physical appearance will change, but the personality won't, and that is what real beauty is.."





Saturday, March 3, 2012

NOVEL REVIEW: SINOPSIS SERASI SEHATI


Novel yang menjadi pilihan aku kali ini adalah Serasi Sehati. Selalunya dilema yang akan dihadapi bila nak beli Novel adalah tak tahu nak pilih yang mana atau novel yang dicari tak ada. Jadi capai saja yang mana rasa best. Nasib baik novel ni best juga. Sebelum tu apa kata kita baca sinopsis





SINOPSIS

Demi insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku.

Namun dia ‘teguh’ kerana ada Aiman, sahabatnya di sisi. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar.

Ini kerana cinta Balqis berbunga untuk Hafizul. Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis.

Mengapa hati mesti berbohong?


...................................................



Bila habis jer baca novel ni terus aku terfikir betul la lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat baik sebab salah seorang pasti akan menyimpan perasaan.

Apa yang menarik pasal novel Sehati Serasi ni adalah ia berkisar mengenai perhubungan persahabatan yang sangat kuat. Persoalan mengenai persahabatan, kasih sayang dan saling menjaga antara satu sama lain menjadikan novel ini menarik untuk dibaca.

Segala-galanya berkisar mengenai jodoh. Kita memang tak tahu siapa jodoh kita. Kita mencari-cari jodoh tanpa kita sedar jodoh kita ada di depan mata.

"Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong bukan satu pembohongan"

Harga Novel RM 21

Aku bagi : 3 1/2 *



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi