Monday, April 30, 2012

SKODENG



Buat apa tu???







KISAH CINTA MUKA BUKU





Cinta Dunia Maya. Sering kita dengar orang yang bertemu jodoh bermula dari dunia maya, tapi aku tak menyangka yang aku turut alami Cinta Dunia Maya.

Perkenalan kami bermula di Facebook (FB), Dia start tegur aku, tengok muka boleh tahan gak. Kulit putih, muka jambu haha. Aku kalau muka jambu ni tak berapa nak berkenan sangat.

Pantang aku online mesti dia tegur. Konon-konon nak berkenalan la.Annoying juga la mula-mula tu apa hal mamat ni rajin sangat dok tegur. Mula-mula dok jual mahal gak. Hehe....

Lepas tuu........

Nak tahu sambungannya??



2. Like PICTURE INI


Mari sama-sama bantu kami dengan LIKE gambar tersebut. Sebenarnya ini adalah untuk contest yang telah aku join.

Memang sesuai sangat la contest dan hadiah yang akan dimenangi memandangkan kami pon merancang ke arah membina masjid. Jadi marilah membantu kami merealisasikan impian kami.

Kalau ampa sudi share dan buat entry lagi bagus. Kalau ada yang buat, maklumkan aku yer....

Makaseh semua


P/S: Penyertaan ini hasil persetujuan kami bersama lagipun sekarang ni dalam proses nak ehem ehem.....Kalau menang lagi cepat ampa makan nasi minyak keh3... =P




Saturday, April 28, 2012

NUFFNANG TRIP: AWANA KIJAL, KG IBOK, SANTUARI PENYU CHERATING SEMUA MENJADI SATU




Jom sambung cerita trip to Terengganu. KLIK SINI untuk entry sebelum ni.

Buka-buka jer pintu bilik, ayat pertama keluar dari mulut aku..

"Waaahhhh.....cantiknya......"

Cun tak bilik kami??




Tarik langsir sekali terpampang pemandangan yang mabeleesss...



Nampak swimming pool dan Seaview perghhh..... Mantop tuu.. Leh la skodeng orang mandi.. #ehhh??


Malamnya plak kami dibawa ke KG Ibok untuk tengok Kelip-kelip. 1st experience yang memang menakjubkan. Dan lagi best bila kiri kanan kita boleh tengok kelip-kelip dan kami turut dapat melihat berjuta-juta bintang yang berada di langit.



Posing sebelum bertolak tengok Kelip-kelip



Subhanallah cantik sangat. Paling best bila dapat tengok Bintang Tujuh yang menjadi petunjuk arah bagi kapal-kapal pada zaman dahulu.


Kami turut diberi penerangan oleh Pak Cik Ghani Kelip-kelip yang mana penerangannya memang sangat berguna dan kami gelarkannya Profesor kelip-kelip hehe...


Keesokkan harinya ada banyak lagi aktiviti yang menanti tapi sebelum tu jom breakfast dulu



Ni baru sikit makanan..... Ada banyak lagi yang menanti. Berapa kali aku tawaf untuk ambil makanan. Tu baru breakfast, makan macam orang tak pernah jumpa makanan, semua nak makan...anak sapa la ni... -_-"


Sambil menanti bloggers lain berkumpul, aku amik kesempatan bergambar dengan




Destinasi pertama kami adalah

Santuari Penyu Cherating

Kalau tak tahu jalan meh tengok peta kat signboard ni




1st time tengok penyu real depan mata. Kalau la boleh jadi haiwan peliharaan...errr...mampu ko nak amik jadi haiwan peliharaan?


Saya adalah Green Turtle ye pokcik mokcik sekalian. Umur saya 6 tahun. Saya makan ikan 2KG setiap hari. Umur saya boleh mencecah sehingga 100 tahun jika saya panjang umur. Dan berat saya boleh mencecah sehingga 315.7 KG.


Kalau nak tahu saya betina ke jantan kena la tengok ekor saya. Kalau panjang saya jantan. Tapi jangan la tengok lama-lama malu la saya hikhik....

Oh yee lupa plak saya nak bagitau, betina atau jantan diri saya ditentukan oleh suhu ketika ibu saya menelurkan saya... ehhh betul ke ayat saya ni??

Semakin tinggi suhu maka betina lah saya. Itu saja mengenai diri saya =)


Dan ini sah-sah perempuan yer.....



Kami diberi penerangan oleh Encik ni... Errr lupa plak nama dia.




Kemain lagi blogger-blogger ni berebut-rebut nak amik gambar keh3...



Sebelum balik mestila kami bergambar kenang-kenangan dulu...



Destinasi seterusnya....


Kita berehat seketika. Nanti aku sambung di entry seterusnya. Banyak sangat nak berkongsi dengan ampa ni...

Hehehe...


Aktiviti menarik akan menyusul pada entry yang akan datang.

Terima kasih sebab sudi membaca ;)



Tuesday, April 24, 2012

JOIN CONTEST DAN TERPILIH KE AWANA KIJAL, TERENGGANU




Dah 5 bulan aku bekerja sejak menamatkan pengajian aku di USM. Dan suasana kerja dengan zaman study sangat-sangat la berbeza.


Aku plak bekerja di agensi yang bukan calang-calang agensi, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia kot. So bila sebut jer AADK mesti korang dah boleh agak dengan siapa aku bekerja.



So kalau meja serabut macam kat atas ni tak heran la kan?


Tiba-tiba aku dapat panggilan dari Nuffnang yang mengucapkan tahniah sebab terpilih untuk menikmati percutian di Genting Awana Kijal, Kemaman Terengganu.


Ni semua berkat join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang dengan soalan berbunyi


"Tell us why do you need the vacation so badly?"


Hanya tinggalkan komen terus dapat menikmati percutian 3 hari 2 malam di


Genting Awana Kijal


Dan semua itu adalah FREE!!!


Sepenuhnya ditaja oleh pihak Resort World Genting

Awesome!!!!


Dalam pukul 9.00 pagi aku sampai di Wisma Genting dekat jalan Raja Chulan. Ramai blogger dah sampai dan aku tak kenal sapa-sapa pon. Uhuk2... Malu nak bertegur sapa. Tengok diorang masing-masing macam dah kenal antara satu sama lain. Segan nak tegur...Aku kan pemalu kui3....


1st blogger yang aku sembang adalah Ice. Tapi tak ada la plak gambar dengan dia -_-"


Cuma ada gambar dengan Iced Choclate kih3...




Masa OTW, tengahari kami singgah untuk makan di Restoran Pak Su




Antara hidangan yang dihidangkan kepada kami adalah




Taufu


Sotong Goreng Tepung



Ketam




Bihun Goreng Lala


Nasi Goreng



Terliur tak? Terliur tak?

Hahaha....

Paling sedap Ketam tu... Perghhhhh masih terasa kesedapannya di hujung-hujung lidah ni...


Dalam waktu petang kami sampai di Awana Kijal dan disambung oleh abang-abang ensem ni




Ada yang nak berkenalan tak??




Kami semua diberi minuman seperti dalam bekas ni


Kreatif dan unik


After minum-minum time untuk check-in



Nak tahu siapa roomate aku??

Jeng Jeng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.


Nisa Kay hokey?? Kelass ko mariaa...

Kecik je si Nisa ni.


Ok cukup dulu cerita pasal hari pertama di Awana Kijal ni yang pasti banyak lagi pengalaman yang lagi menarik yang ingin aku kongsikan.

Ampa mesti nak tahu aktiviti apa yang kami buat dan kemana lagi kami pergi?

Dan paling penting apa yang pihak Genting Awana Kijal telah sediakan untuk kami?

Jangan ketinggalan untuk membaca entry yang akan di update nanti.

=)


NOTACIKGADIS: Sesetengah pic ditembak oleh Nisa Kay. Kredit to her ;)

P/S: Kalau ada yang perasan diri aku yang makin mengembang ni buat-buat tak nampak sudahhh... Bahagia katanya =P



Sunday, April 22, 2012

TESTING 1...2....3.....




P/S: Akan di update kejadian 3 hari 2 malam tak lama lagi ;)




Friday, April 20, 2012

SAMA TAPI TAK SERUPA





Senyum tak perlu kata apa-apa

;)




CUTI-CUTI CINTA





Masa entry ini dipublish aku sedang dalam perjalanan ke Terengganu. Alhamdulillah terpilih memenangi contest percutian di Awana Kijal Terengganu yang dianjurkan oleh Nuffnang.

Ini permulaan pengalaman yang terbaik sekali dalam hidup aku. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Sejak bekerja ni memang tak ada masa nak berehat. Kadang-kadang hari minggu pon kena kerja walaupun tidak berbayar.

Pengorbanan.

Dan kini masa untuk release tension. Harap-harap percutian kali ni dapat memberikan pengalaman yang paling berharga. Balik nanti aku update pasal Trip aku ni.

Doakan perjalanan kami semua selamat yer

=)







Thursday, April 19, 2012

CINTA SEORANG BLOGGER #6


Sambungan dari Kisah Cinta Seorang Blogger #5


Assalamualaikum….


Saya sudah membaca entry Ari, malah tiba-tiba traffic blog saya meningkat disebabkan itu. Hehe…Tapi bukan traffic yang dicari, ia sekadar menutupi gemuruh di hati.

Malah ketika saya menaip entry ini, tangan saya menggigil. Saya faham bukan sesuatu yang mudah apatah lagi bila ia membabitkan soal hati.

Begitu juga diri saya. Tapi saya sudah berserah segala-galanya kepada Allah SWT kerana saya percaya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kadang-kadang tak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan Cuma dengan izin Allah swt jika Dia berkehendakkan begitu maka jadilah seperti.

Cuma bila ia membabitkan soal hati dan perasaan saya tidak berani untuk membicarakannya. Siapa saya untuk berbicara mengenai ini sedangkan ada yang lebih berhak untuk didahulukan.

Mungkin pada Ari dengan menulis dalam blog inilah cara terbaik untuk meluahkan isi hati. Tapi pada saya itu bukan cara yang terbaik. Mungkin Ari ada sebab tersendiri. Dan saya memohon maaf saya tidak dapat menerima cara kamu ini.


Maafkan saya.


*************






Sejak lamaran Ari ditolak oleh Mira, Ari telah menutup blognya. Mira pula diserang hebat dengan komen-komen yang marahkannya kerana menolak Ari dan membuatkan Ari hilang dari dunia Blog. Namun ada juga pembaca yang menghormati dan menerima keputusan Mira dengan hati yang terbuka.


Mira turut menerima kritikan pembaca dengan hati yang terbuka. Bagi dirinya dia ada prinsip sendiri. Cuma dia agak kecewa bila hubungannya dengan Ari berakhir begini. Inikah lelaki yang akan melindunginya nanti? Jika begini caranya mungkin keputusan ini adalah yang terbaik.


Namun tak siapa tahu di dalam hati Mira, terdetik satu perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Perasaan apakah itu? Adakah perasaan bersalah untuk melindung rasa hati??






24 TAHUN PUNYA CERITA



Assalamualaikum Pembaca disayangi ;)


Al-kisah nak dijadikan cerita 27 Mac hari tu adalah befday aku. So bila befday ni macam biasa la pukul 12 adalah masa yang dinantikan ahaha.... Tunggu la siapa yang akan jadi orang pertama yang akan wish.


Then orang yang tak diduga wish, call siap nyanyi lagi dekat aku. Tunggu punya tunggu ada sorang yang aku nantikan tak juga wish. Tunggu lagi, siap bagi hint tak wish juga. Lepas tu dah fedup terus bagi tau yang hari ni befday aku. Boleh dia tanya eh hari ni befday ker? Mau tak sakit hati.


Lepas tu ada la adegan merajuk-merajuk padahal benda kecik jer pon haha... Sapa suruh tak ingat befday aku. Gaduh la juga pasal ni ahaha... Biasa la sebagai perempuan bab-bab ni kita selalu amik kisah ye tak?? Kui3....


Dan baru-baru ni bila balik hamikkkkk hanggg..... Aku dapat semua ni



Speechless


Sampai sekarang tak termakan lagi ahaha.... Ni kononnya nak tebus kesalahan sebab lupa befday la ni kih3... Errr nampak tak yang kat depan tu. Yang tu paling berharga sekali. =P


Tu cincin kedua aku dapat, yang pertama hilang masa main bowling kat Wangsa Walk. Nasib baik la dia tak amik hati siap kata tak apa nanti kita beli lain. Padahal rasa bersalah sangat sebab dah hilangkan.


Ni cincin ikat katanya. Bila la nak bertukar jadi warna emas tak tau. Silap hari tu tak masuk kedai emas terus hehehe....


Kepada kamu, insyaallah saya akan jaga amanah kamu ini dengan sebaiknya. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya, tidak pernah sekali pon kamu pergi meninggalkan saya disaat saya memerlukan seseorang. Kamu yang sentiasa cuba membahagiakan saya tanpa pernah kenal erti berputus asa, kamu yang sentiasa sabar dengan kerenah saya dan kamu yang pertama menyuarakan hasrat untuk menjadikan saya isteri kamu dan kerana itu saya memilih kamu kerana saya yakin insyaallah kamu mampu menjadi suami yang baik dan membimbing saya ke jalan yang diredhai oleh-NYA.


**sebak** =,)








Tuesday, April 17, 2012

AYAM PENYET AP | BUKAN HIDUNG PENYEK YER






Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca yang disayangi....

Kali ini aku nak bawa ampa semua pergi makan dekat Ayam Penyet AP di KL Festival Mall, Setapak Kuala Lumpur berdekatan dengan Uptown Danau Kota.

Sebelum tu mohon maaf andai kata gambar tak berapa cantik sebab aku guna kamera handset ja.




Selamat Datang



Pilih nak makan apa yer jangan malu-malu.....


Sebelum tu meh aku perkenalkan Air yang dipilih Air Sirap Bandung cincau


Dah minum sekerat baru teringat nak ambil gambar hahaha....

Rasa dia pelik sket.... tak macam sirap yang biasa kita makan. Tapi disebabkan rasa dia pelik so air minuman ni bukan lah pilihan aku lagi lain kali...

1 1/2 Bintang untuk air sirap bandung cincau





Ikan Bawal Hitam

Rasanya memang sedap walaupun rupa macam tak sedap tapi memang sedap. Errr ayat apa la aku guna ni. Kesimpulannya memang sedap.

Aku bagi 3 1/2 Bintang


Masak Lemak Pucuk Ubi.

Sedap sangat baq hangggg.... Memang cukup rasa. Lemak sangat. Aku puji tukang masaknya. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul pandai masak Lemak Pucuk Ubi ni.

Aku bagi 4 Bintang.



Hidangan yang seterusnya

Udang Penyet



Perghhh mabelesss.... Udang memang rangup. Sambal dia power kot. Bayangkan aku yang tak suka makan kepala udang ni siap boleh kunyah lagi sebab terlalu rangup sampai tak rasa itu kepala udang. Ingatkan keropok... #EHH??

4 1/2 Bintang aku bagi.


Dan hidangan terakhir

Ayam Penyet


4 Bintang aku bagi

Besar kot ayam dia. Puas makan.

Tapi hidangan di atas adalah dimakan oleh 2 orang yer. Kalau sorang memang tak habis la.


Walaupun makanan dia semua sedap... Tapi..... ada tapi yer...

Service memang teruk.

Bayangkan masa kami masuk je restoran tu banyak pinggan pelanggan yang dah habis makan tak diangkat. Bersepah jer atas meja. Kami terpaksa duduk di meja yang ada pinggan kotor. Lepas tu kena panggil plak waitress tu datang angkat pinggan kotor.

Dah la tak lap meja. Aku plak yang lap meja tu. Lepas tu bila panggil buat-buat tak dengar padahal baru melepasi meja kami.

Aku perhatikan banyak customer yang baru masuk tercari-cari meja yang bersih akibat banyak sangat pinggan kotor yang tak terangkat.

Dan masa tu Maksu aku keluar kejap pergi cari toilet. Customer depan aku ni lagi kesian, masa Mak su aku balik dari toilet ada la nak dekat 10 minit baru la waitress tu datang angkat pinggan kotor. Punya la lama. Geleng kepala ja aku tengok.

Pada pendapat aku Restoran Ayam Penyet ni perlu mempertingkatkan kualiti dari segi servis. Servis perlu lebih sistematik maknanya ada pelayan yang khas ditugaskan untuk angkat pinggan, ambil order, dan lain-lain lagi. Ni orang tu la yang angkat pinggan pastu orang tu juga la yang amik order. Ke perlu tambah pekerja lagi?

Lagipun bila weekand of course ramai pelanggan so apa salahnya jika ramaikan pekerja time tu. Kalau tak silap aku diorang ni kerja ikut shift.

Kadang-kadang kita pergi ke Restoran mesti la sebab lapar kalau tak, tak pergi la kan. Perut tengah lapar bila service macam ni agak-agak apa akan terjadi??

Mesti rasa nak marah kan??

Ini restoran, tapi kalau kita bandingkan dengan kedai mamak, kedai mamak service dia lagi ok. Cepat pulak tu.

Disebabkan makanan di sini sedap, kita boleh pejam mata la dengan service dia yang tak berapa ok tu. Cuma pejam mata sebelah jer la....

Hehehe....

Ampa ada pengalaman macam aku tak??

Sila kongsikan





Friday, April 13, 2012

STREET DANCE 3D | REVIEW




Baru-baru ni aku luangkan masa yang memang tak berapa nak terluang untuk menonton Street Dance 3D.

Lokasi yang dipilih adalah MBO KL Festival Mall. Kira paling dekat la dengan rumah maksu aku kat Idaman Putera ni. MBO ni walaupun kecik dan tak sebesar TGV dekat Wangsa Walk kira ok la juga.

Cuma kalau nak pilih tempat duduk pilih la yang belakang sekali dekat MBO ni. Sebab kalau duduk depan mesti kena langut tengok atas disebabkan tempat yang kecik. Walaupun kecik sangat selesa dan sound dia pn ok.




Berbalik pada movie ni, bila menontonnya ampa akan rasa nak menari sama. Serius memang best kot. Mula la terkenang-kenang saat aku join citrawarna dan kena berlatih menari sampai berat turun 5KG walaupun hanya tak sampai sebulan berlatih (ok dah lari topik).

Filem ini mengisahkan seorang pemuda yang memang minat menari dan bekerja sebagai orang yang jual popcorn semasa pertandingan menari ini dijalankan (ala macam dalam stadium tu ada orang bawa air untuk dijual dalam stadium).


Lepas tu konon dia nak tunjuk skill la dekat kumpulan yang bergelar juara tu tapi tanpa diduga dia terjatuh dan ditertawakan (apsal macam skema ja ayat).

Lepas TU konon dia macam dah putus asa la, pastu ada sorang budak ni (aku tak ingat nama dia) tawarkan diri untuk jadi manager dan bagi cadangan untuk kumpulkan penari dari beberapa negara. So dari situ la bermulanya perjalanan mereka untuk mencari penari terbaik.

Dan part paling best bila filem ni membawa kita menjelajah ke beberapa negara untuk mencari penari terbaik dari negara masing-masing untuk disatukan bagi menyertai pertandingan Street Dance yang akan diadakan nanti.

Lepas tu ada la beberapa konflik. Kalau nak tahu jalan cerita yang seterusnya sila la menontonnya di pawagam.



Ampa mesti kagum bila melihat skills diorang ni menari. Walaupun jalan cerita dia macam dah boleh agak dan kita akan tahu ending dia macam mana kesimpulannya filem ni akan buat kita terhibur dengan aksi tarian yang menarik.


Aku beri **** stars untuk movie ni.

4 dari 5 stars sebab dah berjaya buat aku nak amik kelas menari. Kelasss ko jahhh...

;)



Wednesday, April 11, 2012

RAMAH DI FACEBOOK TETAPI TIDAK DI REALITI??




Jenis macam manakah ampa? Ramah di FB tapi tidak di realiti. Diluar ampa pemalu sehinggakan nak dengar ampa bercakap pon susah. Tapi dalam FB kemain la komen dan paling tak disangka ampa boleh buat lawak dan pandai buat lawak. Bila berhadapan kejung dan kaku. Tak tahu macam mana nak memulakan perbualan.


Yang pasti masing-masing tahu macam mana diri sendiri kan? Kadang-kadang kita pon pelik dengan diri sendiri. Kenapa kita tak sama macam dalam FB? Boleh buat lawak dalam FB tapi bila berhadapan hilang kata-kata.


Mungkinkah kurang keyakinan?? Darah gemuruh? Mungkin juga. Sebab ada seorang klien aku mengalami masalah tersebut dan pernah terkencing dalam seluar apabila disuruh bagi ucapan dihadapan ramai orang. Ini kisah benar bukan tipu punya.


Kalau kita tahu kelemahan kita, rasanya kita boleh perbaiki kelemahan kita itu. Semua orang ada darah gemuruh. Begitu juga aku. Aku plak jenis suka buat slumber... Tapi dalam hati rasa macam nak pecah dah sebab gemuruh. Dan bila kita rasa kita kurang dari segi komunikasi, perbaiki communication skills kita.


Orang kata aku jenis peramah (orang kata la) tapi aku rasa aku pemalu **pemalu la sangat** nak tulis ayat tu pon macam tak yakin ja ahahaha.....Mungkin orang yang pernah jumpa aku akan tahu aku macam mana. Ramah ker?? Nak tau ramah ke tak kena la jumpa. ;)





Tuesday, April 10, 2012

KEHILANGAN ORANG TERSAYANG


Semua orang pernah kehilangan orang tersayang untuk selama-lamanya. Kehilangan ibu bapa adalah yang paling menyedihkan. Dan aku sentiasa kalah untuk berhadapan dengan orang yang kehilangan ibu bapa.


Aku tidak tahu bagaimana nak melegakannya dan cuba menenangkan hatinya kerana aku sendiri gagal untuk menenangkan diri sendiri bila aku kehilangan orang tersayang suatu ketika dahulu.


Arwah tok dan wan boleh diibaratkan sebagai ibu dan bapa aku sendiri. Dibesarkan oleh mereka dari kecil sampailah besar. Dan berani untuk aku cakap yang mereka lebih memahami aku daripada ibu bapa aku sendiri.


Semasa wan jatuh sakit, aku jaga wan, setiap minggu akan pulang ke Kampung dari USM, Penang untuk jaga Wan. Sama-sama tido di hospital dengan tok untuk jaga Wan. Kebetulan Tok pon tak sihat kerana mengidap kanser.


Ketika dia meninggal dunia, aku tidak menitiskan air mata langsung. Konon tabah. Sehingga dia dikebumikan ke dalam liang lahad dan beberapa hari selepas itu aku masih beriak bersahaja sedangkan aku adalah orang yang paling rapat dengan arwah.


Sampaikan satu malam, aku dah tak dapat nak menahan kerinduan kepada arwah, aku menangis sungguh-sungguh seorang diri. Aku terlalu rindukan arwah. Kesedihan yang aku simpan selama ni aku lepaskan dengan sungguh-sungguh. =,(


Kemudian tok pula meninggalkan aku. Kerana kanser telah merebak dan dah sampai ke stage 4. Dengan umur tok yang sudah 70 lebih apa lagi yang dapat diharapkan?



My family dengan Arwah Tok



Walaupun kedua-dua orang yang aku sayang telah meninggalkan aku, alhamdulillah aku sempat menjaga mereka ketika mereka sakit. Walaupun tidak seberapa dibandingkan dengan mereka yang menjaga aku dari kecil tapi aku dah buat yang terbaik untuk mereka. Cuma terkilan tidak sempat membawa tok ketika aku konvo untuk melihat kejayaan aku.


Dan maafkan aku sekiranya aku tidak dapat memujuk atau memberi kata-kata semangat ketika kamu atau kamu kehilangan orang tersayang kerana aku sendiri belum berjaya memujuk diriku sendiri.


Apa yang kita boleh buat, kembali kepada asas, dimana kita datang, disitu kita kembali. Oleh itu, mari kita sebagai umat Islam sedekahkan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang telah kembali kepada pencipta-Nya.






APA ITU HIV AIDS??




HIV, AIDS kita biasa mendengar mengenai penyakit ini. Kita tahu apa kesan-kesannya. Tapi kita sekadar tahu tapi tidak memberi perhatian sangat mengenai penyakit ini. Mungkin juga disebabkan tiada orang di sekeliling kita yang mengidap HIV dan AIDS.


Begitu juga aku. Persekitaran kerja aku sekarang mendedahkan aku dengan orang yang berpenyakit. Pada mulanya pasti kita rasa takut, takut jika penyakit ini akan berjangkit kepada kita. Dan stigma masyarakat kadang-kadang membuat mereka ini terpinggir.


Dan untuk kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca semua apa sebenarnya HIV AIDS dan bagaimana ianya tersebar.



APA ITU HIV DAN AIDS?


HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. HIV boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. Manakal AIDS pula adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


CARA HIV MEREBAK

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

~Darah
~Air mani
~Cecair faraj
~Susu ibu


HIV dijangkiti melalui:

~Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)

~Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan

~Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV

~Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.


HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

~Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS

~Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam

~Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS

~Bersin, batuk, berpeluh atau kencing

~Gigitan nyamuk


TANDA DAN GEJALA HIV

Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?

Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:

~demam
~sakit tekak dan batuk
~sakit otot
~sakit kepala
~cirit-birit
~bengkak kelenjar limfa
~letih
~ruam
~sakit sendi
~turun berat badan



GEJALA-GEJALA JANGKITAN HIV?


Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun.

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

~penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan
~cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
~jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
~jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
~kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)


STIGMA MASYARAKAT

Buat masa ini itu saja yang aku ingin kongsikan. Dan adakala kita tidak boleh lari daripada stigma masyarakat tapi tanpa mereka sedar kadang-kadang orang yang dijangkiti HIV ini pon kadang-kadang menjadi mangsa keadaan apabila dijangkiti akibat pemindahan darah atau daripada suami mereka yang menghidap HIV tanpa mereka sedar.


Dan aku dulu pon begitu juga tapi aku belajar untuk tidak bersikap judgmental kerana dalam bidang pekerjaan aku perkara ini yang perlu ada dalam diri seseorang.





INDAHNYA PENGALAMAN ITU




Menulis. Itu hobi aku. Membaca itu juga hobi aku. Mungkin itu juga aku lebih meminati subjek yang banyak membaca seperti sejarah daripada mengira.


Dan membaca ini merupakan satu terapi untuk aku. Sebelum ni aku tak sedar benda ini. Tapi bila aku berasa tekanan fikiran aku akan mula membayangkan untuk membeli bahan bacaan. Komik? Novel? My feveret ;)


Pernah juga behari-hari aku mengadap blog membaca penulisan blogger dari mula terjebaknya ke dunia blog sampai la sekarang. Dan aku mula ketagih membaca penulisan beberapa blogger di mana penulisannya yang bersahaja tetapi mempunyai maksud tersirat. Perlu pemahaman yang tajam untuk lebih memahaminya.


Dan sejak akhir-akhir ini aku juga menjadi silent reader di beberapa blog dan apa yang mengejutkan blog aku ada di senarai bloglist mereka. Terima kasih sebab sudi membaca blog yang tak seberapa ini walaupun hanya sebagai silent reader ;) Tapi sekiranya ampa meninggalkan jejak insyaallah aku akan cuba membalas jejak ampa.


Bila kita membaca, secara tak langsung kita berkongsi pengalaman orang lain. Bila kita menulis, kita berkongsi pengalaman kita pula. Itulah indahnya dunia blog





Monday, April 9, 2012

EQBALZACK.COM FAN PAGE CELEBRATION GIVEAWAY



Tak semua orang mempunyai nasib yang baik. Senang cerita tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia?? Nampak ker??

Aku ni tak la rajin sangat nak masuk Giveaway sebab selalunya aku tahu aku selalu tak bernasib baik apatah lagi bila ia dipilih daripada random.

Tapi untuk kali ni aku ingin mencuba nasib untuk join Giveaway abang EQ


Dan Hadiahnya adalah CD Maher Zain





Berikut adalah senarai lagu yang terkandung dalam Album baru Maher Zain


01. I Love You So
02. Number One For Me
03. Mawlaya
04. My Little Girl feat. Aya Zain
05. Forgive Me
06. One Big Family
07. Assalamu Alayka
08. Paradise
09. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad (pbuh)
14. Guide Me All the Way
15. Ku MilikMu (Arabic Version - Bonus Track)
16. Tuntunku KepadaMu (Arabic Version - Bonus Track)
17. Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)
18. Assalamu Alayka [Arabic Version]
19. Radhitu Billahi Rabba [Arabic Version]



Nak memiliki CD Maher Zain ini??

Jom join Giveaway yang dianjurkan oleh Abg EQ ni.

KLIK SINI untuk Join.



Dan jangan lupa untuk Vote Abg EQ.


Abg Eq antara blogger yang aku sangat hormati. Attitude yang ada pada abg Eq wajar kita contohi.

=)

AARON AZIZ BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2011 | KEPUTUSAN PENUH ABPBH


Akhirnya semua keputusan kita dah tahu. Ramalan mengenai pemenang ABPBH yang aku buat ada yang betul dan ada yang tak. Untuk siapa yang belum tahu siapa pemenang kategori yang dipertandingkan berikut adalah keputusan penuh ABPBH:



1. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
~ 3 SUARA ~Jacqlyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah

2. Penyanyi Lelaki Popular
~ Hafiz

3. Penyanyi Wanita Popular
~ Yuna

4. Pelakon TV Popular
~Fizz Fairuz

5. Pelakon TV Wanita Popular
~ Fasha Sandha

6. Pelakon Filem Lelaki Popular
~ Aaron Aziz

7. Pelakon Filem Wanita Popular
~Maya Karin

8. Pengacara TV Lelaki Popular
~ Zizan Raja Lawak ( pecah monopoli yang selama ni dipegang oleh Aznil Hj Nawawi)

9. Pengacara TV Wanita Popular
~Fara Fauzana

10. Penyampai Radio Lelaki Popular
~ Faizal Ismail

12. Pengacara Radio Wanita Popular
~ Fara Fauzana
13. Artis Komedi Lelaki Popular
~ Johan Raja Lawak

14. Artis Komedi Wanita Popular
~Didie Alias

15. Artis Baru Lelaki Popular
~Johan Asaari

16. Artis Baru Wanita Popular
~ Tasha Shilla

17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
~Datuk Sheila Majid

18. Anugerah Seri Perak
~Dato’ Siti Nurhaliza

19. Artis Paling Popular 2011
~Aaron Aziz







Sunday, April 8, 2012

RAMALAN ABPBH 2011 CIK GKSB~KITA TENGOK SIAPA YANG KENA



Malam ni akan berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang pastinya ramai akan menanti siapa yang bakal menggondol Anugerah Bintang Paling Popular.


Ramai yang teka abang ketak si Aaron Aziz akan dapat anugerah ini. Adakah betul?? Mungkin juga dan aku pon tak terkecuali meramal si Aaron Aziz ni akan dapat anugerah tersebut.





Dan berikut antara ramalan yang aku ramalkan (cewah macam tok bomoh plak)



Penyanyi Wanita Popular
-Shila Amzah


Penyanyi Lelaki Popular
-Hafiz




Artis Duo/Berkumpulan
-Ning Baizura, Shila Amzah, Jacline Victor



Pelakon Filem Lelaki Paling Popular
- Aaron Aziz


Pelakon Filem Wanita Paling Popular
-Lisa Surihani


Artis Baru Lelaki Popular
-Johan Asaari


Artis Baru Wanita Popular
-Izara Aishah


Pelakon TV Lelaki
- Aaron Aziz


Pelakon TV Wanita
-Tiz Zaqyah


Artis Komedi Lelaki
-Zizan Raja Lawak



Artis Komedi Wanita
-Noorkhiriah


Pengacara TV Lelaki Popular
- Aznil Hj Nawawi


Pengacara TV Wanita Popular
-Fara Fauzana


Penyampai Radio Lelaki Popular
-Faizal Ismail


Penyampai Radio Wanita Popular
-Fara Fauzana



Siapa pilihan ampa plak??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi