Thursday, May 31, 2012

AARON AZIZ DAN ISTERI DI KOTA MEKAH




Kota Mekah pasti menjadi tempat idaman yang paling kita nak pergi.


Insyaallah sekiranya sudah cukup duit teringin juga nak pergi untuk menunaikan ibadat umrah dan haji di sana.


Di sini aku kongsikan gambar Aaron Aziz dan ister Diana ketika berada di Kota Mekah









Bagi yang dah berkemampuan jangan la tangguh-tangguh lagi yer??


Macam kawan kita sorang ni dah bergelar hajah dah. Nak kenal?? KLIK SINI





Tuesday, May 29, 2012

HIDUP NI MUDAH KER??





Kau rasa hidup ni semudah abc ker??


Tak bukan.


Banyak cabarannya dik oi... Cabaran yang datang dalam diri sendiri adalah cabaran paling besar sekali. Mampu nak hadapi atau tidak itu terserah pada diri sendiri juga.


Rasa down tentang hidup akan selalu berlaku bila kita asyik fikirkan pasal masalah. Jadi manusia yang sedang-sedang saja. Kalau terlalu fikirkan sangat pasal masalah kehidupan sampai bila ia tak akan selesai.


Aku pon kalau fikirkan masalah memang keadaan aku teruk sangat. Jadi aku amik keputusan untuk buat biasa-biasa saja macam tak ada masalah. Biarlah orang nak anggap kita ni suka main-main atau macam budak-budak janji kita dapat gembirakan diri sendiri.


Ngerti enggak???





Monday, May 28, 2012

CINTA SEORANG BLOGGER #7

Sambungan kisah Cinta seorang Blogger #6








Mira termenung di atas katil. Sudah hampir 3 bulan berlalu. Sesekali dia terfikirkan Ari. Mengapa Ari mengambil keputusan drastik sehinggakan menutup blognya sendiri walhal Ari sendiri menyatakan akan menerima keputusan Mira itu dengan hati yang terbuka. Kalau la Ari tahu rahsia itu…….



****************************


Sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila aku nak melarikan diri? Sampai bila? Semua itu hanya diluahkan dalam hati. Mungkin ramai menganggapnya pengecut, tidak berani nak berhadapan dengan kenyataan tapi itulah jalan yang dipilihnya. Kerana kecewa dia membawa diri hingga ke Selatan tanahair. Tawaran kerja yang hanya menanti jawapan lantas diterimanya tanpa perlu berfikir panjang. Mungkin ini yang terbaik.



*************************************


Kenangan 3 tahun lepas tiba-tiba terimbas di ingatan. Teganya dia menghancurkan hati lelaki itu. Lelaki yang sangat menyayangi dirinya, yang berjanji akan menjaga dirinya walau apa keadaan sekali pon, lelaki yang bersungguh-sungguh ingin membahagiakannya dan melamar dirinya menjadi suri di hati lelaki tersebut.


Air mata menitis lagi.


‘Maafkan aku. Aku terlalu bodoh, aku terlalu pentingkan diri aku, aku langsung tidak menghargai diri kau. Maafkan aku… Maafkan aku Ayie…’ Semua itu hanya terluah dalam hati.


Tersedu-sedu dia menangis.


“Kak…” suara lembut itu menyapanya.


“Kak menangis lagi?”


“Aku rasa bersalah Nana… Sehinggakan sekarang aku tidak dapat maafkan diri aku.. Aku bersalah padanya..” tangisannya pecah lagi.


“Aku faham kak, tapi semua itu telah ditetapkan oleh-Nya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang terlalu alpa, terlalu mengejar keseronokan dunia semata. Tabahlah kau kak”


Bilik itu kembali sepi. Mereka tenggelam dalam lamunan masing-masing.



NOTACIKGADIS: Bila entah kisah ni nak habis kih3.... Terima kasih pada yang sudi mengikuti Novelog ini...




MANJA





Aku ada masalah ni. Serius aku ada masalah. Masalah aku adalah perangai kebudak-budakan aku. Ada masa-masa tertentu jer perangai macam tu. Kadang-kadang tak sedar pon. Tapi bila ada yang tegur alahai.....


Serius aku tak sedar!


Umur memang la dah 24 tapi aku still tak rasa macam umur 24 tahun. Macam sweet 17 lagi.. #ehh??


Bila fikir-fikir balik mungkin ada 2 sisi mengenai diri kita. Matang dan kadang-kadang sifat keanak-anakan itu masih ada tanpa kita sedar.


Dalam diri aku hanya orang-orang tertentu yang akan perasan pangai manja aku padahal adakalanya aku sendiri tak sedar. Selalunya konon hati keras, aku kan kakak. Mana ada sifat-sifat manja ni.


Teringat ceramah yang aku dah lupa siapa penceramahnya katanya


"Anak sulung sebenarnya lebih manja dari anak bongsu"


Yeker??





Salah satu perangai gila dan keanak-anakan

=P






Saturday, May 26, 2012

MUSIM MENGAWAN



Dah musim cuti sekolah sekarang maka memang akan berlambak-lambak la jemputan kenduri. Musim mengawan kan? Keh3.... Mula la terpandang status di Facebook pasal kenduri dan tak lupa juga yang mengeluh:


"Semua kawan-kawan dah tunang, kawen, dah jadi mak bapak dah aku ni bila la lagi nak merasa semua tu"


Ke status aku tu?? ##ehhh???


Bagi aku semua orang dah ada jodoh cuma lambat dengan cepat jer. Yang penting jangan sesekali cemburu akan kebahagiaan orang lain. Cuma kita perlu tumpang bahagia jer..


Tapi tipu la kalau langsung tak pernah cemburu kan??


Dulu-dulu memang aku rasa cemburu, kelam kabut nak ada pasangan juga nak cepat kahwin bla bla bla.... Tapi bila kita muhasabah diri, fikir dalam-dalam untuk apa semua itu kalau tiada bahagia??


Dan sekarang perasaan tu tak ada langsung yang ada adalah kegembiraan. Tumpang bahagia bila tengok kawan-kawan bahagia.


So, nikmati la kehidupan kita sekarang dengan sebaiknya. Setiap nafas kita, kita hargai dengan melakukan perkara yang boleh membahagiakan kita. Masa depan kita tidak tahu macam mana. Apa yang kita ada sekarang kita kena hargainya.





Senyum Mau Maneh

;)





Friday, May 25, 2012

CINTA DITOLAK


Siapa pernah ditolak cintanya?? Siapa yang pernah menolak cinta plak?? Ataupun ampa mengambil keputusan untuk menyimpan rasa cinta tersebut?


Ditolak??


Mungkin akan rasa kecewa tapi kalau boleh terima dengan hati terbuka so benda tu tak dah hal punya la kan? Padahal dalam hati menanah...


Menolak


Terpaksa menolak atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang kita terpaksa menolak tanpa banyak pilihan. Pasti ada sebab kenapa kita harus menolak. Bukan saja suka-suka kan?


Pagi ni dapat panggilan dari seseorang yang pernah ditolak oleh aku. Boleh bergelak ketawa macam biasa dan tetiba aku rasa nak menyakat dia walaupun aku tahu aku tak patut menyakat macam tu lepas apa yang berlaku =P



Dia: "bla bla bla...nanti saya tak boleh kahwin...

Aku: "Nak kahwin dengan saya tak?" **sambil gelak-gelak dengan niat nak bergurau**

Dia: Tak nak la awak dah tolak saya... **gelak-gelak juga**




Tiba-tiba aku terfikir macam mana perasaan dia eyh? Lagipun still boleh berkawan dengan aku, bergurau-gurau dengan aku sedangkan aku menolak dia.


Bila fikir-fikir balik mungkin perkenalan kami yang singkat membuatkan rasa itu belum bercambah lagi...Lagipun sebelum apa-apa aku dah terus terang dengan dia.


Pada mulanya memang aku tak perasan langsung tapi bila ada kawan aku yang tegur dan bagitau aku cara dia pandang aku, cara dia layan aku bukan macam layanan biasa baru aku ambil berat pasal tu.


Tadi terlihat status Facebook dia


"Suka tak semestinya bercinta.. Bercinta tak semestinya jodoh...kalau jodoh tak akan ke mana"


Betul juga kan?? Apa yang aku boleh simpulkan dia memang matang boleh terima dengan hati terbuka lagipun kenapa perlu nak hilang kawan padahal cinta ditolak je kan??





Gambar Hiasan




Wednesday, May 23, 2012

PERANGAI MANUSIA




Hati-hati dengan perangai manusia.


Kadang-kadang kita memang tak akan pernah sangka bahawa dia sebenarnya boleh dianggap sebagai gunting dalam lipatan. Cuba melaga-lagakan kita dengan orang lain.


Dan jika anda mempunyai kawan yang memang suka sangat bercerita mengenai keburukan orang lain jangan mudah percaya sebab keberangkalian untuk dia menjadi "nasi tambah" atau mereka-reka cerita yang tidak betul adalah 99%.


Ya aku belajar dari pengalaman. Pengalaman kan guru terbaik untuk kita??


Tapi jangan risau kalau anda sabar dan berdoa supaya dihindarkan daripada hasad dengki manusia insyaallah Allah akan tolong kita. Dari pengalaman aku juga ampa akan lihat mereka ini akhirnya akan "pecah lobang" ataupun kantoi dengan perbuatan mereka.


"Sabar" itu ayat yang kita sering dengar dan ungkapkan. Kadang-kadang kita fikir sampai bila kita nak bersabar?? Tapi percayalah sabar itu adalah kunci kepada segala masalah.





Gambar Hiasan




Tuesday, May 22, 2012

"SAYA BUKAN MEMILIH KAWAN" | GKSB




"Saya bukan jenis memilih kawan cuma kadang2 saya tak pandai nak beramah mesra...walaupun pada dasarnya orang cakap saya peramah....saya tak ada kawan rapat sebab saya takut untuk kehilangan seorang lagi kawan rapat...tapi saya ada kawan baik..bagi saya kamu semua adalah kawan baik saya"


Itu status Facebook aku.


Sesuatu yang aku terfikir secara spontan. Kawan baik aku memang ramai. Tapi yang betul-betul rapat sudah tidak ada. Pernah ada sebenarnya tapi bila sesuatu terjadi keadaan dah tak sama macam dulu lagi.


Aku kini lebih suka menyimpan. Adakalanya bila terasa ingin berkongsi dengan seseorang mesti aku tak tahu nak berkongsi dengan siapa. Dan lebih menyedihkan bila di saat aku perlukan seseorang, semua orang yang aku call langsung tak angkat telefon. So, daripada aku terus kecewa, simpan sendiri sudah =,)


Tapi ada satu hari tu disaat fikiran kusut tiba-tiba Mak cik ni call aku. Sampaikan aku cakap "ampa ni macam bidadari turun dari langit la" tergelak dia masa tu. Tapi memang itu yang aku maksudkan. Ia umpama ampa terjatuh, tiba-tiba ada seseorang yang menghulurkan tangan untuk ampa bangun kembali.


Pendek kata aku tak pandai nak berkongsi kesedihan dengan orang, ada orang tertentu saja yang aku sedia berkongsi kalau itu anda maka bertuahla anda kih3.... Gurau jer... Malas nak bebankan orang dengan masalah diri sendiri.


Kalau nak berkongsi kegembiraan memang aku sangat sangat boleh....Pendek kata Senyum Mau Maneh =D






ENTRY UNTUK USTAZ AMIRUL




Ustaz Amirul?? Sapa tu???

Tu la nama gelaran kami untuk Pakcik ni....

Hari ni pulak 22 Mei bersamaan dengan befday Pakcik ni yang aku kenal dia dalam Group Kami Blogger Utagha.


Pakcik ni memang sangat "PEMALU" kalau cakap pon "TAK DENGAR BUNYI SUARA" memang sangat-sangat la "PEMALU" sila la jangan percaya tulisan besar tersebut. =P


Pakcik ni memang terkenal sebagai seorang abang yang baik. Banyak bagi nasihat. Tapi sory la lidah keras nak panggil dia abang ahahaha....


So pada Nadzri ni ada video special untuk anda.


Video tanpa suara




Ni video versi tak jadi plak ahahaha...

Sila jangan gelak bila tengok




Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta beroleh keberkatan hidup

aminnn...




Monday, May 21, 2012

LIQUID EYELINER ATAU PENCIL EYELINER??





Selalunya sebagai seorang perempuan pasti sukar untuk membuat pilihan sama ada ingin membeli liquid eyeliner ataupun pencil eyeliner.


Ada yang suka menggunakan liquid ada pula lebih suka guna pencil. Tapi bagi aku sendiri aku lebih sukakan liquid eyeliner. Sebab kalau liquid ni colour dia cantik nampak bersinar ye la nama pon liquid kan. Lepas pakai eye-shadow dan guna liquid eyeliner, mata akan nampak lebih menyerlah.


Liquid juga terbaik untuk kegunaan top line lash (garis atas). Apa yang paling penting sangat sesuai bila digayakan bersama bulu mata palsu untuk kesan lebih glamor. Tetapi liquid eyeliner tak sesuai untuk garis bawah mata


Tapi bagi yang pertama kali untuk mencuba liquid eyeliner mungkin mengalami sedikit kesukaran sebab tak biasa kan. Tapi kalo dah pandai nak lukis sampai tajam macam mata kucing pon tak apa hehehe....


Bagi ampa pula antara liquid eyeliner dan pencil eyeliner yang mana satu menjadi pilihan hati??



NOTACIKGADIS: Kalo guna liquid eyeliner make sure kering dulu sebelum buka mata.




MARK ZUCKERBERG PENGASAS FACEBOOK BERKAHWIN




PALO ALTO: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengemaskinikan statusnya kepada ‘berkahwin,’ semalam.

Zuckerberg dan Priscilla Chan, 27, melangsungkan perkahwinan di satu majlis kecil-kecilan di Palo Alto, California, mengakhiri minggu yang sibuk bagi pasangan itu.

Dan pasangan berkenaan mengumumkan perkahwinan mereka dengan cara yang mengejutkan, iaitu dengan menyatakannya dalam mesej di Facebook.

Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya itu di Wall Street Jumaat lalu yang menyaksikan nilai rangkaian sosial berkenaan melonjak kepada AS$104 bilion (RM312 bilion) Priscilla, menamatkan pengajiannya di sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco Isnin lalu, hari yang sama Zuckerberg menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Mereka berkenalan di Harvard dan sudah bersama sejak lebih sembilan tahun lalu.

Satu sumber di majlis itu berkata, Zuckerberg mereka sendiri cincin perkahwinannya. Majlis berlangsung di laman belakang kediaman Zuckerberg dengan dihadiri tidak sampai 100 tetamu, termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.

Semua jemputan menjangka mereka datang untuk meraikan graduasi Priscilla. Mereka hanya diberitahu mengenai acara sebenar selepas tiba.

“Semua tetamu terkejut,” kata sumber itu.

Makanan yang disajikan termasuk menu dari sebuah restoran sushi di Palo Alto yang menjadi kegemaran pasangan itu.

Zuckerberg dan Priscilla merancang perkahwinan itu sejak beberapa bulan lalu tetapi terpaksa menunggu pengantin perempuan menamatkan pengajian. - Agensi

SUMBER: Harian Metro



NOTACIKGADIS: Duit banyak nak buat konsep wedding macam mana pon tak jadi masalah.





Friday, May 18, 2012

6 BULAN




Assalamualaikum....


Dah 6 bulan aku kerja di KL ni dan kontrak kerja aku juga akan tamat pada 23.05.2012. Sepanjang 6 bulan aku bekerja sebagai case manager di Cure Care Service Centre (CCSC) under AADK ni memang banyak pengalaman yang aku dapat.


Apatah lagi bila kita bekerja dengan pengguna dadah pasti akan ada pengalaman yang agak mencabar. Stress, itu dah jadi asam garam dalam bekerja cuma kita kena pandai handle je la. Cuma kadang-kadang aku akui memang kalah juga dengan tekanan.


So bila dah habis kontrak ni apa perancangan??


Opkos cari kerja lain plak. Tapi dengar-dengar kontrak akan disambung cuma ambil masa sikit.


So doakan aku akan cepat-cepat dapat kerja. Banyak duit nak guna ni nanti. Semoga Allah murahkan rezeki aku. Amin....







Tuesday, May 15, 2012

TIPS MEMILIH TUALA WANITA | UNTUK BACAAN WANITA





APA ITU TUALA WANITA??

TUALA WANITA diperbuat daripada kapas, dengan jejalur atau pelekat dibawahnya agar ia boleh dipakai terus dengan melekatnya pada seluar dalam. Ketebalannya berbeza. Ada yang bersayap untuk melindungi seluar dalam kamu dari kebocoran sisi. Ada juga yang lebih panjang untuk memberikan perlindungan ekstra di belakang agar tidak bocor.


Ketebalan

Tuala wanita maxi mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Untuk sesetengah orang, mereka mungkin lebih sukakan tuala wanita nipis dengan daya serapan yang bagus untuk aliran banyak. Mungkin tuala wanita yang nipis buat mereka rasa lebih selesa. Pilihlah tuala wanita yang sesuai dengan kamu.


Sayap atau tanpa sayap

Tuala wanita bersayap boleh menghalang kebocoran berlaku pada seluar dalam. Semasa hari aliran banyak atau ketika kamu sedang merancang aktiviti luar, gunakanlah tuala wanita bersayap.

Apabila membeli tuala wanita, kamu boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi dapatlah kamu tukar jenis tuala wanita mengikut aliran period, tempoh period dan jenis aktiviti yang kamu lakukan.


Bahan lapisan luar

Mengikut jenis lapisan luarnya. Di pasaran, tuala wanita yang dijual boleh didapati sama ada dengan lapisan luar kapas ataupun jejaring. Ada gadis yang lebih sukakan kelembutan dan keselesaan yang diperolehi daripada lapisan kapas manakala ada yang sukakan perasaan kering yang dapat dinikmati daripada lapisan luar jejaring. Pilihan terletak di tangan kamu!


Semua ini aku ambil daripada laman web Kotex Malaysia.


Kalau nak tahu lagi banyak tips dan juga inginkan sample percuma untuk tuala wanita anda boleh KLIK SINI


Err...ada ke lelaki yang baca?? Elok la nanti bila dah kahwin senang nak beli tuala wanita untuk isteri keh3...


NOTACIKGADIS: Tips dari aku pulak kalau bagi hari pertama period elok la ampa pakai yang overnight sebab dia lebih tebal dan panjang dan boleh mengelakkan kebocoran.





Monday, May 14, 2012

SELEPAS 18 HARI NIKAH FASHA SANDHA DISAH MENGANDUNG 2 MINGGU



Berita gembira ini telah disahkan melalui pesanan BBM yang diterima daripada pengurus Fasha, Nik Yasmin.


"Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat," ujarnya dalam nada gembira


Fasha Sandha telah bernikah dengan Jejai pada 27 April 2o12 dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah.





.......................................................



Tahniah pada mereka. Dah terbukti pasangan ini memang subur baru jer nikah dah mengandung 2 minggu. Keh3..... Tahniah ye Fasha dan Jejai. ;P


Semoga kandungan Fasha berada dalam sihat...


=)








GAMBAR SCHA & AWAL YANG SWEET DI MAJLIS RESEPSI MEREKA




Bila dah berumah tangga pasti muka pengantin akan berseri-seri begitu juga dengan pasangan yang baru berumah tangga ini iaitu Scha dan Awal.


Semoga pasangan ini kekal bahagia sampai akhir hayat.


Jom tengok lagi beberapa keping gambar di majlis resepsi Scha dan Awal









Alololo....Sweettnya...... Bila la time aku plak... **mood gatai** =P





Sama cantik sama padan



Terpancar kebahagiaan pada wajah masing-masing.








Sunday, May 13, 2012

LINTAH DALAM DUBUR





KOTA BHARU - Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II).

"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur,"
katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menerima kunjungan isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan
Ahmed Meah di sini, hari ini.

Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. - Bernama



KREDIT : Sinar Harian



...........................................................................


Lintah masuk dalam dubur??

Perghhh menakutkan ja.....

Masa aku kecik-kecik dulu aku dengan sepupu-seppupu aku suka sangat mandi sungai tapi bila dengar ada budak perempuan kat kampung aku ada lintah masuk dalam kemaluan terus kami takut nak mandi sungai dh.

Tapi tu baru lintah masuk dalam dubur kalau kemaluan dalam dubur???

##ehhh??

Hidup la dalam pada paksi yang betul. Jangan main belakang.

Sekian....





Friday, May 11, 2012

KAHWIN LEWAT




Stigma masyarakat bila kahwin lewat jer mula dilabelkan macam-macam antaranya anak dara tak laku, andartu, bawa sial la sebab tu tak kawen lagi dan macam-macam lagi pandangan yang negatif sering dilemparkan kepada wanita yang masih lagi tidak berumah tangga meskipun sudah lewat usia.


Kalau tinggal di bandar mungkin perkara ini tidak menjadi masalah apatah lagi kebanyakan wanita yang masih belum kahwin mempunyai kerjaya yang agak hebat berbanding wanita yang tinggal di kawasan kampung dimana sering menjadi buah mulut makcik-makcik yang agak bz body sekiranya belum berumah tangga.


Bagi aku sendiri kahwin lewat sebenarnya bukanlah satu isu yang besar. Siapa tak nak kahwin?? Cuma jodoh belum sampai lagi. Adakalanya bukan tidak berusaha tetapi ada satu ketika mereka terlalu ghairah membina kerjaya sehingga lupa usia semakin meningkat sedar tak sedar umur mereka sudah mencecah 30-an atau 40-an.


Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adakalanya perhubungan dengan keluarga lebih erat dimana mereka akan menumpukan sepenuh perhatian untuk membahagiakan ibu bapa mereka.


Pada aku isu kahwin lewat tidak perlu diperbesarkan sebab setiap orang Allah dah tetapkan jodoh mereka sama ada lambat atau cepat. Faktor kewangan adakalanya turut diambil kira. Bukan semua orang mampu.


Adakalanya perlukan pengorbanan untuk mendapatkan yang terbaik yang pasti pasangan yang berkahwin lewat pasti sudah fikir apa yang terbaik untuk mereka.


Bagi yang masih belum bertemu jodoh jangan risau Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu. Sama-sama kita doakan untuk mendapat jodoh yang terbaik.





Thursday, May 10, 2012

DAYUSNYA LELAKI BILA.....

Gambar Hiasan



"Kau pernah pukul perempuan?? Memang kau dayus."


Selalu lelaki yang suka pukul perempuan sering dikatakan sebagai dayus. Tapi tahukah kita apa maksud dayus sebenarnya?? Disini aku kongsikan apa yang sebenarnya dayus itu yang aku petik dari SINI


Dayusnya lelaki apabila:


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.



Adakah kita tergolong dalam kalangan ini?? Bagi isteri dan anak-anak perempuan mari kita elakkan suami dan juga bapa kita tergolong dalam golongan DAYUS.


Semoga kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.







Monday, May 7, 2012

BERUBAH




Manusia sering berubah. Sama ada berubah menjadi baik atau sebaliknya atau apa-apa saja yang berkaitan dengan perubahan pada diri. Tapi adakah hati turut akan berubah??


Kita berubah sebab apa? Adakah keadaan yang membuatkan kita berubah? Apa yang penting mahukah kita berubah untuk menjadi lebih baik?


Kalau kita cintakan seseorang itu kita kena berusaha untuk memilikinya. Tapi adakalanya bila kita tengok dia bahagia dengan jalan yang dia lalui sekarang dan kita tahu dia kini lebih tenang dan berubah menjadi lebih baik daripada yang dahulu.


Adakah bila kita kembali ke dalam hidup dia adakah dia akan bahagia dengan kita? Adakah kita mampu bahagiakan dia? Adakah dia juga mampu bahagiakan kita?


Apakah kita mampu nak bermula semula? Atau masih takut kenangan lalu berulang lagi??


Kadang-kadang lebih baik kita hanya mencintai dalam diam. Cinta tak semestinya memiliki.









Friday, May 4, 2012

KEMATIAN BOB KUMAN DIPERMAINKAN?? | AL-FATIHAH




Masih ada manusia yang jenis tidak langsung tahu nak menghormati insan yang telah meninggal dunia sehingga sanggup mempermainkan sebegitu rupa.

Apatah lagi bila ia turut dilakukan oleh seorang yang dikenali ramai, Zain Saidin iaitu adik kepada Shasha Saidin.




Zain Saidin



Anda yang menilai sendiri.

Al-Fatihah untuk arwah Bob Kuman semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang beriman.




P/S: Tolong saya merealisasikan impian kami KLIK SINI




Thursday, May 3, 2012

"TU LA KAU AKU DAH CAKAP JANGAN CARI AWEK PAKAI TUDUNG"


Kata-kata ini diluahkan oleh salah seorang remaja yang melintasi aku bersama kawan-kawannya. Masa ni kat Wangsa Walk. Aku tak pasti apa punca dia boleh cakap macam ni. Kemungkinan apakah??


Kebetulan masa tu ada 2 orang remaja perempuan yang aku kira awek salah seorang kawan mereka ni yang keluar lepak sekali. Ada la aku dengar budak perempuan ni ajak depa duduk dekat Dataran kat Wangsa Walk tu tapi remaja lelaki ni tak pedulikannya dan terus berjalan.

2 orang budak perempuan ni pulak duduk. So bila dah terpisah jauh baru sorang budak lelaki ni kuarkan ayat "Tu la aku dah cakap jangan cari awek bertudung"


Aku rasa ada beberapa kemungkinan kat sini sampai dia tuturkan ayat berikut.
  1. Mungkin dia rasa wanita bertudung ni menyusahkan? Kat mana yang susah? Padahal ampa semua boleh fikir dan tak payah fikir pon dah tahu kewajiban kita menutup aurat.
  2. Mungkin dalam keluarganya tak ada yang bertudung.
  3. Mungkin tak pernah jumpa wanita bertudung.
  4. Mungkin cetek pasal hukum agama.
  5. Mungkin belum Baligh sebab tu akai pendek walaupun suara dah bertukar #ehhh??

Ada lagi kemungkinan yang ampa nak tambah??


P/S: Tolong saya merealisasikan impian kami~ KLIK SINI




Tuesday, May 1, 2012

PESTA BUKU DI PWTC | YANG MANA JADI PILIHAN HATI??




Heboh sana sini pasal pesta buku yang di PWTC yang akan berlangsung dari 27 April 2012-6 Mei 2012.


Bagi peminat buku macam aku ni pasti tak akan lepaskan peluang untuk ke Festival buku ni dekat PWTC plak tu boleh dikatakan dekat juga la dengan aku.


Dalam gaji belum masuk, dalam tak ada duit bantai beli juga sampai.....



6 buah buku tu... Pastu tiap-tiap hari tekan kakulator konon nak rancang perbelanjaan wakaka....


Baca sampai penin.....Hehehe...

Kat PWTC ni dah disediakan dewan-dewan untuk setiap penerbit buku yang berbeza. Ampa kena rajin tanya orang dan tengok papan tanda yang dah disediakan untuk tahu kat mana Penerbitan buku kesukaan ampa.

Untuk pengetahuan semua Alaf Baru bagi 20% diskaun, Jemari Seni 25%, Karya Seni Diskaun RM 4-5 kalau tak salah aku.

Ada sapa-sapa yang jenis peminat novel macam aku?? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel terbaru kesukaan ampa.


P/S: Tolong saya realisasikan impian kami dengan KLIK SINI

MUSIM MENGUNDI




Sekarang ni terdengar desus-desus musim pilihanraya yang akan berlaku tak lama lagi. Bila? Yang tu belum pasti.


Dan tak kurang juga bagi bloggers masing-masing tengah sibuk kempen untuk mendapatkan undi. Paling aku tabik spring dengan abang Eqbal Zack. Macam-macam yang dia lakukan untuk kempen bagi mendapatkan Vote sempena Digi WWWOW Awards 2012.



Bila kita tengok balik usaha yang dilakukan bagi aku memang dia patut menang. Kalau orang lain memang macam tak best plak kan hehe...So mari kita sama-sama undi Abang Eqbal dan juga Edy Zaidi.


Cara nak undi Abang Eqbal- KLIK SINI

Untuk undi Edy Zaidi - KLIK SINI dan undi http://www.danielzaidi.com/





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi