Friday, June 29, 2012

KECEWA DITINGGALKAN??



Kau penah kecewa ditinggalkan?
Opkos penah kan?
Dan kau juga pernah meninggalkan orang??
Errrr............


Kau kecewa ditinggalkan tapi pernah kau fikir kau kecewakan orang lain dengan meninggalkan mereka. Kalau nak cakap pasal kecewa ni boleh diibaratkan macam kau makan kulit durian. Boleh kau bayangkan macam mana??


Setakat ditinggalkan dengan kata-kata perpisahan terakhir apa la sangat jika nak dibandingkan kau datang jumpa kekasih kau dari jauh, kau bawa dia jalan-jalan gembirakan dia tapi bila kau balik ke tempat tinggal kau yang lebih 90 marhalah tiba-tiba kau off kan Handphone kau biar awek kau tertanya-tanya apa yang terjadi, kau biarkan awek kau pergi jejaki kau dan bila dikhabarkan kau bersama wanita lain dan kau akan berkahwin dengan wanita itu agak-agak kau ini boleh disamakan dengan makan kulit durian tak?


Tak cukup dengan itu kau dicaci, kau mendapat kiriman SMS pula dari isterinya yang mereka sekarang tengah buat S*** di atas katil padahal kau sudah tidak amik tahu hal mereka dan bukannya aku yang merampas jantan itu tapi dia? Kenapa masih nak cuba sakitkan hati aku?


Bila cuba membuka kisah luka lama hati aku pasti akan rabak! Tersiat wehhh....






Kemudian disiat sekali lagi oleh orang yang berlainan dengan cara yang berbeza. Itulah namanya pengalaman hidup. Kau akan belajar dari pengalaman.


Setakat kau kecewa ditinggalkan dengan kata-kata perpisahan apa la sangat. Kau menangis berhari-hari sampai bengkak-bengkak mata tapi kau tak sedar sebenarnya ada orang yang lebih teruk lagi caranya ditinggalkan. Tapi cool jer?


Sampai ada yang cakap "rileks jer tengok hang ni. Macam tak ada apa-apa pon" Tapi dalam hati ni siapa yang tahu? Kau tak boleh salahkan orang lain tak paham kau sedangkan kau tak pernah nak bagi orang paham kau?


Baik kau berhenti sia-siakan air mata kau.


Hidup ini kadang-kadang tak seindah yang kau impikan. Tapi kau kena fikirkan positif mungkin hari ini kau belum bahagia insyaallah satu hari nanti kau akan ketemu bahagia yang kau cari. Jangan pernah putus untuk berdoa.





Thursday, June 28, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN: PILIHAN IBU BAPA ATAU ANAK-ANAK


Aku tertarik mengenai tajuk Wanita Hari ini di mana membincangkan mengenai Majlis Perkahwinan: Pilihan Ibu Bapa atau Anak-anak. Disini aku lihat kebanyakan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga pasti mengalaminya.


Antara impian perkahwinan diri sendiri dan ibu bapa. Kadang-kadang impian kita macam lain, ibu bapa plak mungkin cuba nak realisasikan impian perkahwinan mereka yang mungkin mereka tak dapat buat dulu dan cuba mengaturkan pelbagai perkara yang kadang-kadang kita sendiri tidak suka.


Bila berbicara pasal impian perkahwinan ni pertama sekali kita mestilah tengok bajet kita sama ada mampu atau tidak. Nak buat majlis yang grand untuk anak-anak tapi dalam masa yang sama telah membebankan anak dan menantu.


Kalau ibu bapa kita jenis boleh bawa berbincang dan sangat open-minded memang itu yang paling terbaik. Kita akan tahu apa kehendak kita dan juga ibu bapa. Bagi yang langsung tak boleh nak terima pendapat anak-anak nanti akan timbul masalah di kemudian hari.


Bukankah perkahwinan adalah hari untuk bergembira bukannya bertukar menjadi perkara yang menyedihkan?


Pada pendapat aku la, kalau aku, aku ada impian majlis perkahwinan aku sendiri dan kalau boleh biarlah aku yang tentukan sebab perkahwinan adalah sekali seumur hidup dan semestinya kita inginkan yang terbaik.


Tapi jangan sampai membelakangkan pendapat ibu bapa. Yang mana boleh kita ikut, kita ikut kalau tak nak kita tolak secara baik. Dan ibu bapa kena lah juga paham keadaan anak anda.




Cantik tak? Ehem ehem =P




Pstttt: Boleh tolong tak?? KLIK SINI untuk maklumat lanjut.




Monday, June 25, 2012

NOVEL TERPAKAI UNTUK DIJUAL





Novel secondhand. Baru jer baca sekali sebab tak suka baca ulang banyak kali sebab tu la nak jual. Kondisi masih elok.



HARGA SEBENAR : RM 21
HARGA JUAL: RM 14 (Tak termasuk postage)
BERAT: 400 gram


DEMI insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Datuk, emak saudara dan adik kandung sendiri mengecamnya. Namun di sisinya sentiasa ada Aiman, insan yang sempurna dalam sebuah persahabatan.

Dia teguh kerana lelaki itu. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta
Balqis berbunga untuk Hafizul. Dalam perkenalan yang singkat, dia dan Hafizul merancang untuk mendirikan mahligai cinta.

Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Dalam menjaga hati insan yang disayangi, mereka semua terpaksa menipu diri sendiri. Sakit... itu sudah pasti.

“Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong itu bukan satu pembohongan.”






HARGA SEBENAR : RM 22
HARGA JUAL: RM 15 ( tak termasuk postage)
BERAT: 400 Gram


Sinopsis

"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.


HARGA POSTAGE

(KADAR BARU DARI POS MALAYSIA) POS LAJU SEMENANJUNG

0-500g ~ RM 6
501-750g ~ RM 7
751-1000g ~ RM 8.20
1.01-1.25kg ~ RM9.50
1.251-1.5kg ~ RM 10.70
1.501-1.75kg ~ RM121.75
1-2kg ~ RM13.20
2.001-2.5kg ~ RM20.20


Nak beli? Boleh email di anyss273@gmail.com Nama, No telefon, Alamat

SIAPA CEPAT DIA DAPAT

=)







Friday, June 22, 2012

HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH



Assalamualaikum..

Sebelum itu, sila bertabah membaca entry ini


=)




Macam yang aku janjikan dalam entry ini nak kongsikan macam mana kami handle hubungan jarak jauh. Tapi ni versi aku la.


Untuk 3 bulan pertama memang kelaut sikit. Kalau dulu Penang-Alor Star-Perlis kira ok lagi la tapi sekarang KL-Perlis memang mendapat la hang...3 bulan pertama tu kacau bilau sikit hahaha... Ntah apa-apa ntah yang berlakunya.


Kami mula diuji. Eh sebenarnya aku yang diuji. Dalam bentuk apa tak payah la aku cerita apa yang pasti aku menyesal sangat-sangat nasib baik la tak tersasar haluan. Dia pun di uji juga cuma lebih kepada ada yang cuba memikat dirinya haipppp!!!! nak kena ni.. **asah parang


Jadi cara terbaik yang kami praktikkan adalah:


  1. Call sebelum tidur. Biarpun hanya untuk wish gud nite pon tak apa janji call.

  2. SMS. Tak banyak pon, paling banyak 10 jer sebab kami berdua memang tak suka SMS sangat. Sebab tu kami serasi kot **cewah** Tapi dah jadi tabiat dia nak ke mana or balik kerja mesti dia laporkan dah sampai umah. Aku buat ker? Mesti la tak hahaha **kijam**

  3. Tetapkan satu hari di hujung minggu hanya masa untuk kami berdua saja. So hari tu memang dia tak keluar rumah lepak kedai burger haha... Malam buat super saver pastu call dan cakap la apa yang ampa dok memendam rasa ka or kejadian-kejadian menarik yang berlaku selama seminggu cthnya ampa nampak ada kucing menari ke, kan sangat ohsem??

  4. Beli handset yang boleh 3G. Dia sanggup beli sebab nak 3G tapi sekali pon tak penah 3G lagi sebab dekat rumah dia tak ada line 3G ahahaha...... Lawak2.....

  5. FB?? Memang dia bukan jenis kaki on9 biar pun kami bertemu jodoh di FB. Lepas dah berstatus R dengan aku memang dia dah jarang sangat buka FB dia. Aku plak yang bising suruh dia main FB. Kui3...








Simple jer kan?


Yang paling penting bila berjauhan ni adalah kepercayaan. Sifat saling percaya. Kalau duduk jauh tapi asyik nak fikir yang bukan-bukan jer sampai satu kerja pon tak jalan jawapannya adalah GOOD BYE bebeh.....


R.I.M.A.S ok??


Apa yang aku tulis ni bukannya dengan niat nak menunjuk ke apa ker tapi hanya nak berkongsi pengalaman mana tau ada sedikit sebanyak yang dapat membantu mereka yang turut hadapi situasi macam aku.


Sebab apa?? Sebab aku kan kakak....#ehh?? Ada kena mengena ker??


#Kbai



NOTACIKGADIS: Cuba KLIK SINI kejap. Terima Kasih =)





DUGAAN NAK BERTUNANG




Tajuk kemain lagi.... Sapa nak tunang ngan kahwin ni? Aku? Aku memang nak kahwin pon... Sapa tak mau kahwin wehhh... **ayat cam orang gatai nak kawin plak lalalala~


Selalunya kita selalu dengar dugaan bertunang kali ni dugaan nak bertunang plak. Pasal aku ke? Tak la ni pasal kawan aku..Kalau aku gitau pon ampa bukan kenal kan? Hahaha...Lawak lawak... Dush dush rasa macam nak tumbuk muka aku laju-laju kan?


Berbalik pada topik selalunya dugaan ni datang dalam macam-macam bentuk. Tapi semua tu berkaitan dengan masalah semata-mata. Adakalanya bukan dari kita tapi dari family plak. Tak family kita, family pasangan kita.


Tapi selalunya depa nak terbaik untuk kita. Kita ni yang kena pandai handle masalah tu. Fikir positif. Kecuali la ada yang sengaja nak menggugat hubungan ampa nak bagi putus yang tu ampa kena tentang habis-habisan.


Kadang-kadang manusia ni suka dengkikan kebahagiaan kita. Yang kedengki tu plak tak ada kaitan darah pon dengan ampa. Ntah sapa-sapa.


Kalau ada yang tanya aku dengan pasangan tak diduga ke?


Jawapan aku opkos la ada. Dengan hubungan jarak jauh lagi, dan ada lagi la yang aku rasa tak patut diceritakan tapi semua tu Alhamdulillah la kami boleh hadapi. Selalunya kalau gaduh pon kejap jer..gaduh2 manja gitewww **muntah darah** hakhak


Yang penting sekali dia paham aku dan aku paham dia. So memang tak ada masalah. Dan aku rasa semua orang pasti inginkan pasangan yang memahami kita. Bila dia paham kita segala-galanya akan menjadi mudah. Insyaallah....





NOTACIKGADIS: Nanti aku kongsikan macam mana kami handle hubungan jarak jauh ni






Thursday, June 21, 2012

KOLEKSI BUDAK GETAH



Ini adalah komik Budak Getah yang menjadi kegilaan ramai satu ketika dulu.

Aku tahu dari ampa kecik sampai dah besar sekarang ni masih ada peminat setia siri Budak Getah.

Macam tu juga la dengan Siri Naruto.

Komik ni dari Jilid 50-61.




Terasa nak jual plak.

Ada yang ingin memilikinya tak??

Tapi ada orang kata koleksi lama-lama macam ni sangat sayang untuk dijual dan sangat berharga.

Ye ke??






KISAH 2.00 PAGI



Assalamualaikum..


Dikala jam mencecah 2 pagi aku tetiba rasa nak cerita pasal seseorang yang paling dekat dalam hidup aku. Jauh di mata tetapi dekat di hati.


Siapa sangka perkenalan yang tidak diduga di Muka Buku membentuk satu hubungan antara dua hati **pitam-ayat-jiwang-karat.


Persoalan yang selalu aku tanya pada diri aku dan pernah juga aku tanyakan terus pada dia. Kenapa aku? Why me?? Kenapa pilih aku.


Simple jer jawapan dia.


"Kerana kamu antara orang yang memahami saya"


"Walaupun orang selalu merajuk kadang-kadang?" Tanya ku lagi


"Iye sayang" **sayang plak dah..pitam lagi**


"Walaupun orang tak cantik??"


"A'ah sayang..."


"Apa??? Nampak sangat kata orang tak cantik"


"Ehh mana ada" **gelabah**



Sekian saja drama jam 2 pagi.


MOTIF????


~Mengarutsebabtakbolehtidur~ -_-"



Lebiuabangjanggut





Wednesday, June 20, 2012

TERPUTUS HUBUNGAN



Assalamualaikum....


Aku kembali menulis setelah 5 hari terputus hubungan dengan dunia maya. Kemain susah hidup aku sekarang ni. Nak dekat sebulan juga la aku menganggur gara-gara tamat kontrak kerja. Dah la zaman sekarang ni susah nak cari kerja.


Kalau orang fikir aku ni memilih kerja memang silap besar la. Aku tak kisah langsung nak kerja biasa-biasa ni tapi kalau boleh mesti kita nak kerja sesuai dengan kelayakan kita. Bila aku kata sesuai dengan kelayakan bukan bermakna aku ada degree aku mesti nak kerja dengan kelayakan tersebut setakat biasa-biasa ni tak nak.


Maksud aku sesuai dengan kelayakan tu adalah sesuai dengan bidang yang kita belajar dan ambil sebab kita memang dah terlatih untuk melakukan kerja tersebut. Tak kan la kau amik bidang sejarah yang guna otak dengan membaca tiba-tiba kau nak kerja jadi akauntan. Tak sesuai bukan??


Susahnya bila fikir banyak benda dalam hidup ni perlukan duit. "Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit". Tiada yang percuma dalam hidup ni.


Sekarang ni nak jimat punya pasal aku fikir nak puasa ja. Pahala pon dapat kan? Mana tau boleh kurus plak huhu....


Kalau ampa tengok sekarang kemain lagi aku jual barang-barang macam kat SINI dan SINI semua tu adalah untuk menambah pendapatan sampingan. So support me =P


Dah la dalam perancangan nak ****** semua itu memerlukan duit. Kalau ada yang nak taja kan bagus. **berangan ja mampu ingat retisss nak ada penaja bagai ni...


Last sekali nak minta ampa tolong aku kat SINI. Terima Kasih atas jasa baik ampa.






Friday, June 15, 2012

BARANG BAIK PUNYAA.........




Mari adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik... Sini ada barang baikkkk punyaaa bak kata Dafi AF tu.


Ini special untuk handset ampa yang comel-comel dan mahal-mahal tu. Sebagai seorang perempuan memang kita suka kan tengok barang yang cute ni.


Ni casing special untuk ampa. Bukan saja boleh simpan handset tapi boleh jadi beg duit untuk orang yang malas nak bawa beg duit besar-besar gedabak tu.


Nak letak dalam poket pon boleh.


Yang special nya semua ni eksklusif sebab hanya ada satu ja bagi warna dan corak. So tak ada orang akan sama dengan ampa kecuali orang yang memilikinya sahaja.


Aku letak Telefon aku untuk rujukan saiz


Semuanya masih available. Siapa cepat dia dapat.



A 001- Pink Terang+Ungu = Available
A 002- Kuning+Biru = Available
A 003- Hijau+Kuning = Available
A 004- Pink+Pink Terang = Available




A 005- Pink Terang+Purple = Available
A 006- Purple+Putih = Available
A 007- Pink Terang+Oren = Available
A 008- Hijau+Kuning = Available





A 009- Kuning+Cokelat = Available
A 010- Hitam+Kuning = Available
A 011- Hitam+Putih = Available
A 012- Kuning+Merah = Availble





A 013- Cokelat+Kuning = Available
A 014- Merah+Putih = Available
A 015- Purple+Pink = Available
A 016- Purple+Pink = Available



Harganya murah jer RM 15 (Free Postage)

Cara nak order:

1. Pilih Kod contoh: A 001

2. Email kepada anyss273@gmail.com untuk Booked.

3. Buat Pembayaran dan print screen bukti pembayaran







SUAMI GILA BOLA, ISTERI TERABAI??




Perghhh menusuk, tertusuk, pakai susuk ehhhhh?? Pasti ada yang terasa kan dengan statement ni? Menusuk jiwa tak?? Kah3... Rasa macam nak tepuk-tepuk tangan ja bila ada topik ni di Wanita Hari Ini kat TV3 tadi.


Terus SMS En. TTM pasal topik ni.


Cik GKSB: Balik rumah lagi tak? Nanti dah balik buka TV3 tengok Wanita Hari Ini.

TTM: Kenapa cik GKSB?

Cik GKSB: Tengok je la topik best ni.

TTM: TTM tak balik lagi ni.

Cik GKSB: Ada topik "Suami gila bola, isteri terabai"

TTM: UUhhh....



Hahahahaha terasa letewwww.......


Sejak EURO melanda ni memang la rasa terabai sikit kadang-kadang rasa dimadukan dengan bola plak macam yang pernah aku kongsikan dalam ENTRY ni.


Tapi sekurang-kurangnya kita tau yang diorang pergi tengok bola bukannya buat perkara yang bukan-bukan ye dak?? Yang tu aku bersyukur sangat. Nasib baik kaki bola kalau kaki perempuan?? Menjawab la hang nanti.


Pada suami tu cuba bawa isteri pergi tengok bola sekali ke kan bagus tu. Jangan dok segan plak. Kawan-kawan ampa mesti respek punya ye la isteri sporting siap boleh jadi peneman tengok bola.. ko ado?? Non-ado.


Bola bola juga tapi jangan sampai abaikan isteri, tunang, gepren ampa ye dak??




Ingin milik jersey ini?? KLIK SINI




SAYA PERLUKAN LIKE ANDA




Assalamualaikum....


Eh eh gambar apa ni??






Nak tahu gambar apa? KLIK SINI dan LIKE sekali.


Dialu-alukan juga pada mereka yang ingin share entry sekali.


Terima Kasih

=)


Harap-harap boleh dapat tempat pertama dengan LIKE dari ampa semua. Sayang ampa ketat-ketat




Thursday, June 14, 2012

AKU



Aku rindu aku yang dulu.

Aku rindu segalanya-galanya tentang aku.

Rindu sangat.

Banyak benda yang terjadi. Segalanya membuatkan aku terfikir inikah yang aku mahu?

Mungkin.

Kini macam ada jurang, jurang yang aku cipta untuk menjarakkannya.

Tapi atas tujuan apa??

Takut.

Semoga ini hanya bersifat sementara.






Wednesday, June 13, 2012

PENGALAMAN EXAM UNTUK JAWATAN XXX





Assalamualaikum....


Phewww.... Lap peluh dulu.


Hari ni aku ada exam untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 di Kompleks Sukan MPSP, Bertam Kepala Batas Penang.


Kunci jam 6.15 pagi bangun 7.05 am hamikk hang kelam kabut aku siap. Nasib baik la bendera merah kalau tak mau subuh gajah aku. 7.30 am aku baru sampai dekat tol Alor Star Utara. Speed kereta mencecah 140km/j. Percaya tak?? Sila la percaya.


8.15 am sampai kat Kompleks MPSP tu. Fuhhh nasib baik sempat sampai. Exam start kul 9.00 a.m. Bila masuk dewan, exam kena jawab 50 soalan dalam masa 30 minit.. Whattt?? 30 minit??


Hampeh la....Memang aku tak sempat siap. Siap main lawan tarik kertas exam lagi dengan penjaga peperiksaan tu. Yela masa dah tamat kan? Aku rasa macam nak menangis jer masa tu. Masuk kereta nak nangis tapi aku pujuk diri supaya jangan menangis.


Bukan apa cuma rasa kecewa, bertolak jauh-jauh untuk jawab exam yang selama 30 minit tu tapi tak sempat siap dan tak dapat buat yang terbaik. Bila fikir lama-lama pasti ada hikmahnya. Aku amik ni sebagai pengalaman baru.


Insyaallah lepas ni pasti ada rezeki yang Allah dah tetapkan.





"Let go of the things that can no longer be fixed. If you force yourself to try and put them back, things will only get worse. Holding on is being brave, but sometimes moving on makes you even tougher"




Tuesday, June 12, 2012

TEST.....TESTING 1, 2, 3




Amacam???


SOALAN PALING MENYAMPAH NAK DENGAR



Baru-baru ni masa kenduri anak sedara aku di Jitra maka bertemu la sanak saudara yang jauh dimata di kenduri tersebut.


Dan aku dah agak dah akan mendapat soalan yang paling aku tak suka nak mendengarnya.... Bukannya bila nak kahwin tapi...


"Tudiaaa.....awat yang sihat sangat ni"


Maksud "sihat" bukan la mempunyai kesihatan yang baik dan bebas penyakit tapi "sihat" bermakna berlakunya pertambahan dari segi tumbesaran badan dan lemak-lemak tepu mula berkumpul -_-"


Memang aku akui sekarang ni berat naik mendadak... Menyampah aku. Dah tak comel dah. Tapi dapat "comel" yang lain plak. Uhuk uhuk =(


Ramai yang terkejut bila jumpa aku sekarang ni apatah lagi bila tengok perubahan dari segi saiz badan kat aku ni. Ramai juga yang tegur. Jawapan aku senang "Bahagia" malas nak jawab sebenarnya.


Hilang terus keyakinan diri bila berat naik ni. Pakaian pon semua dah ketat. Seluar lagi adoi la... Tulun Tulun.. Tak ada ka yang nak sponsor PB ni??? **Kemain nak PB bagai**


Kalau nak makan pil-pil diet ni bukan aku la. Silap-silap mandul tak pon maut terus sebab amik pil diet. So cara terbaik daftar gym. Pergi bersenam+mandi sauna.


Tapi sejak dok kampung ni gym kemana sauna kemana.


Tolong la aku tertekan. Jangan la bergurau lebih-lebih pasal berat badan aku ni. Anda membuatkan saya hilang keyakinan diri uhuk uhuk =(


Antara faktor kenaikan badan adalah bila ampa seorang yang aktif dengan sukan dan tiba-tiba ampa berhenti semestinya berat ampa akan naik mendadak apatah lagi tiada lagi aktiviti yang boleh menggerakkan segala otot-otot ampa dan ampa tidak berpeluh.


Apatah lagi bila ampa kerja hanya mengadap komputer. Sebab tu la berat aku boleh mendadak naik. Kalau dekat U sebelum ni kemain aktif main bola baling, bola tampar, futsal, bila dah habis belajar nak main celah mana plak kan??



Terima la hakikat wahai si gemok


-_-"




Monday, June 11, 2012

ADA YANG MAKAN HATI DISEBABKAN EURO 2012??


Sekarang musim Euro 2012. Maka ramai la akan berjaga sampai ke pagi semata-mata nak tengok bola dan pasukan kegemaran mereka. Ada la yang susah nak bangun tidur nanti. Punch Card pon merah jer kan??


Tapi yang tak bestnya bila sang lelaki ni dah gila bola, sang gadis ni mula la diketepikan. Gila bola punya pasal. Ada la adegan merajuk yang tak kena tempat macam sorang budak tu.



Sang Gadis: Pergi la kahwin dengan bola tu....

Sang Jejaka: Nak kahwin macam mana..

Sang Gadis: Kahwin la macam mana pon...

Sang Jejaka : **Malas layan sambung tengok bola

Sang Gadis: Eeee.....Nyampahnya! **Terus tido

Sang Jejaka: Nyampah kat abang pulak...

Sang Gadis: **Krohhh krohhh zzzzzzz




Adakah ampa alami situasi macam ni??? Sabar jer la.... -_-"





P/S: Nak beli jersey?? Klik sini







JUARA MENTOR 6 MILIK CAROLINE DAN ELLA



Telah terjawab Juara Mentor 6 adalah milik



Ella dan Puteri Caroline


Menepati ramalan semua dengan vokalnya yang mantap memang layak Puteri Caroline menjadi juara. Caroline berjaya membawa RM 100, 000 ringgit.


Tempat kedua dimenangi oleh Zatul



Zatul berjaya membawa RM 30, 000.

Dengan persembahan yang mantap dan penuh dengan drama memang Zatul memberikan persembahan yang terbaik dan cukup bertenaga.




Tempat Ketiga dimenangi oleh

Anas protoge Faizal Tahir





Keputusan pada malam ini sangat memuaskan hati. Kalau ada anugerah persembahan terbaik pastinya akan menjadi milik Zatul.



NOTACIKGADIS: Tak suka tengok pakaian Najwa Nasir terlebih seksa plak aku tengok.




Sunday, June 10, 2012

KAHWIN GANTI | NOVEL REVIEW




Assalamualaikum....


Dah lama aku tak review novel kan?? Novel yang menjadi pilihan kali ini adalah Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya. Novel ini adalah terbitan Karya Seni yang mana kita tau kebanyakan novel-novel dari karya seni memang best.







Sebelum tu jom baca sinopsis Novel ini.


Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?



*********************************


Bagi aku novel ni sangat menarik dari segi gaya penceritaannya. Selalunya dalam kebanyakan novel kita sering membaca banyak kisah-kisah perempuan yang terpaksa menjadi pengganti untuk kahwin cuma dalam kisah yang berbeza.


Tapi kali ni lelaki pulak yang terpaksa menjadi pengganti bila pengantin lelaki tiba-tiba menghilangkan diri di hari pernikahan.


Kita pasti tertanya-tanya mengapa pengantin lelaki Nuqman Hakim menghilangkan diri sedangkan dia sangat cintakan Mya Zara. Manakala Luqman Hakim pula terpaksa menggantikan kembarnya Nuqman Hakim kerana rupanya yang seiras.


Tapi bila segalanya terbongkar ayahnya meninggal dunia kerana sakit jantung akibat terlalu terkejut mendengar rahsia itu. Mya Zara disalahkan sehingga Luqman Hakim sangat membencikan Mya Zara.


Mya Zara redha dengan apa yang menerimanya. Tapi perasaannya mula keliru dia kini mencintai Luqman Hakim atau Nuqman Hakim??

Persoalannya mengapa Nuqman Hakim meninggalkan Mya Zara?? Adakah Luqman Hakim akan menceraikan Mya Zara untuk Nuqman Hakim?? Siapa akan menjadi pilihan Mya Zara. Siapa pula Sofea dalam hidup Luqman Hakim??


Banyak lagi kisah yang menarik berlaku dalam Novel ini. Nak tahu kena la beli. Untuk Novel ini aku bagi 4 Bintang.


**** untuk Kahwin Ganti




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi