Tuesday, July 31, 2012

IFTAR RAMADHAN BERSAMA GROUP KAMI BLOGGER UTAGHA




Assalamualaikum.....

Iftar Group Kami Blogger Utagha kembali lagi... Kalau sebelum ini Kembara Ramadhan kami dibuat di Perlis tapi tahun ini Kedah pula dipilih sebagai tuan rumah. Boleh baca sini kisah kembara Ramadhan bersama anak yatim dan warga emas tahun lepas (KLIK SINI)


Info mengenai iftar ini seperti dalam Banner berikut:





Iftar ini juga terbuka kepada kepada mereka yang bukan dari group KBU tetapi berada di lokasi terbabit dan ingin menyertainya juga. Bayaran yang dikenakan adalah RM 15 untuk seorang dimana duit tersebut juga termasuk sumbangan derma untuk golongan yang memerlukan. (Kalau nak bagi lebih pon boleh)


Apa yang ampa perlu buat adalah:

1. Bank-in duit kepada bendahari kami -Syakira Yaakub selewat-lewatnya 1 Ogos 2012.

MAYBANK : 158172923744 (Nur Syakira Binti Yaakub)

**sila simpan resit sebagai bukti pembayaran dan maklumkan kepada Syakira Yaakub (FB) setelah selesai buatpembayaran.

Berikut adalah maklumat mengenai iftar KBU.


LOkasi : ZNA INDAH Ikan Bakar, Sungai Petani (map) KLIK SINI untuk pelan lokasi

Tentatif
5.00 ptg : Berkumpul di Tol Exit SP Selatan
5.45 ptg : Ke Bazar Ramadhan yg berdekatan
7.00 ptg : ZNA Indah Ikan Bakar,Sungai Petani
- Sesi Taaruf
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib

Pakaian: Baju Rasmi KBU (berbuka) dan pakaian solat (masjid berdekatan)



-Setelah bayaran dibuat sila isi BORANG PENDAFTARAN UNTUK MEMILIH MENU BERBUKA KLIK SINI


Menu yang disediakan


Kalau ada sebarang pertanyaan boleh PM saya dekat FB Cik GKSB dan Pakcu Sofi



Monday, July 30, 2012

CUSTOMER ALWAYS RIGHT?? RELEVAN LAGIKAH


Hari ni terpanggil nak berkongsi pengalaman aku kerja sebagai cashier. Ini kisah customer yang aku agak memang agak kurang ajar. Bila dikatakan customer always right yang menjadi cogan kata setiap mereka yang terlibat dengan bidang pemasaran atau perniagaan apakah yang berada di fikiran kita?


Customer always right? Pelanggan sentiasa betul? Setujukah? Kalau kita sebagai pelanggan memang kita akan setuju tapi kalau kita berada pada tempat sebaliknya adakah kita akan setuju?


Bila dengar kisah kawan-kawan lain yang pernah kena lempar barang oleh customer dekat muka adakah customer always right itu masih boleh diguna pakai?? Setakat lempar duit itu selalu. Malah dah berkali-kali aku kena. Adakah maknanya mereka ada duit nak tunjuk yang diorang mampu beli sampai lempar duit ketika hendak membayar??


Sedangkan kami diajar untuk memberi baki duit dengan kedua-dua belah tangan kami. Adakah kami perlu dilayan begitu?? Kami diajar untuk menghormati pelanggan adakah pelanggan tidak perlu menghormati kami??


Baru-baru ni ada sorang makcik ni nak bayar dia letak jer duit bersepah-sepah dekat sebelah kaunter yang mana tempat kami letak barang bila diorang dah selesai bayar. Padahal aku dah tadah tangan untuk amik duit. Disebabkan tak dapat menahan rasa aku kaut semua duit yang dia letak tu sambil betul-betulkan duit yang telah dironyok dengan ucapan terima kasih sambil tersenyum.


Harap dengan cara itu membuatkan dia sedar supaya tidak memperlakukan begitu lagi. Macam-macam kerenah customer yang kita akan jumpa.


Kadang-kadang bila terlampau ramai orang kita akan stress sebab tiada langsung masa rehat terutamanya bila bekerja di bahagian market. Cara aku adalah ajak customer berbual, kalau dia banyak beli ikan, ayam aku akan tanya nak masak apa hari ni. Sampaikan ada yang berikan aku resepi hehehe.....



Gambar Hiasan. Nak Resepi? KLIK SINI


Penat memang penat tapi aku belajar banyak perkara. Aku gembira sebab aku belajar banyak ilmu kehidupan dan cara nak berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam ini. Biarpun keja cashier ni hanya untuk sementara sebelum kontrak kerja aku sebelum ni disambung tapi aku gembira dengan kerja ini.


Cuma bila anda terbaca entry ini, aku harap anda jadilah seorang pelanggan yang baik. Kita tetap manusia yang sama biarpun berlainan pangkat dan darjat. Mati tetap masuk kubur ye dak?


Tepuk dada tanya hati.. Senyum Mau Maneh =) Kalau nak lagi maneh boleh KLIK SINI


NOTACIKGADIS: Lepas gian menulis. Boleh tahan panjang juga kan?




Saturday, July 28, 2012

3 HARI LAGI! SAYA PERLUKAN ANDA UNTUK PASTIKAN IA BERJAYA.




Tinggal lagi 3 hari lagi untuk berusaha dapatkan LIKE dari kawan-kawan. Tarikh tutup adalah pada 1 Ogos 2012.

Dengan ini saya minta jasa baik kawan-kawan untuk berikan LIKE anda. Caranya KLIK SINI dan Like Kisah Kami ini.




Kalau dah Like Mohon untuk Share supaya kawan-kawan anda turut LIKE juga. Terima kasih saya ucapkan.


Untuk pengetahuan semua, hadiah yang akan dimenangi sekiranya berjaya adalah pakej Kad Kahwin. Oleh itu saya sangat memerlukan pertolongan anda semua untuk merealisasikan impian kami ini.


Kalau ada rezeki ada la peluang untuk menang tapi sebelum tu saya perlukan bantuan anda. Terima kasih sekali lagi.






Sunday, July 22, 2012

APA NAK JADI?


Assalamualaikum...


Ehem... **ketuk-ketuk keyboard**


Jarang sangat kan aku menulis sekarang? Sibuk bekerja nak mencari rezeki. Alhamdulillah rezeki aku tak pernah terputus lagi. Susah macam mana pon masih ada yang sudi menolong. Bila bercakap soal susah, masih ada yang lebih susah dari kita, jadi belajar la bersyukur dengan apa yang kita ada.


Eh hari ni dah 2 Ramadhan?? Selamat berpuasa pada semua umat Islam. Semalam hari aku bekerja di mana aku berbuka puasa bersama rakan-rakan di tempat kerja. Suasana yang aku rindu semasa study dulu.


Ok. Dah habis idea nak tulis. Betul la orang cakap kalau nak menulis pon kena ada jiwa, kalau tiba-tiba ja buka laptop paksa juga menulis dengan alasan dah lama tak update blog begini la jadinya.


Sekian, Salam Ramadhan dan selamat berterawih.




Wednesday, July 18, 2012

TIPS: CARA NAK TAHU ISI HATI LELAKI




Assalamualaikum adik-adik....


Hari ni hakak nak berkongsi tips sikit macam mana caranya nak mengetahui isi hati lelaki atau pon macam mana ampa nak biarkan lelaki meluahkan perasaan mereka. Tips ni khas untuk mereka yang sedang berkawan rapat dengan sang lelaki, dan sang lelaki menunjukkan ciri-ciri sukakan ampa tapi masih tidak meluahkan perasaan.


  1. Jangan tanya terus direct dia suka ampa ke tak nanti kalau dia tak suka ampa dapat malu. Tapi kalau yang memang berani dan dah mendapat hint cuma lelaki tu jenis pemalu tak kena tempat nak luahkan boleh la ampa teruskan untuk tanya direct.

  2. Buat Si dia cemburu. Contohnya cerita la pasal ada lelaki lain yang cuba nak berkawan dengan ampa dan mengayat ampa untuk jadi gepren dia. Lihat reaksi dia macam mana. Kalau dia cemburu maknanya dia suka kan ampa kalau jenis slumber. Lupakan saja niat ampa itu.

  3. Bagi kata-kata akhir sama ada serius dengan hubungan ni atau tak? Dari ampa membuang masa ja bagai menanti buah durian yang tak gugur-gugur elok la ampa mencari seseorang yang betul-betul serius nak jadikan ampa isteri nya yang sah.

Adik-adik hakak sekalian, hakak dah praktis ni yang nombor 2 tu. Almaklum la hakak dapat sang lelaki yang jenis pemalu plak. Kena plak time tu ramai yang mengorat hakak, hakak terus uji nak tengok reaksi dia sekali dia luahkan perasaan nak jadikan hakak isteri dia. Hehehe...


Sekian saja Tips dari hakak ye adik-adik. Kalau ada nak request tips lagi boleh la email kat email akak ni anyss273@gmail.com.










Tuesday, July 17, 2012

JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MILIK DATO' DR FAZLEY



Akhirnya juara Master Chef Selebriti yang pertama antara Dato' Dr Fazley dan Angah akhirnya menjadi milik Dato' Dr Fazley.




Dato' Dr Fazley berjaya memenangi RM 57,500 untuk badan amal yang diwakilinya iaitu Yayasan Jantung Malaysia.


Detik-detik Dato' Dr Fazley diumumkan sebagai pemenang.


Kemenangan Dato' Dr. Fazley memang dah dijangka banyak pihak kerana sepanjang rancangan ini berlangsung Dr Fazley telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. Beliau sentiasa menjadi peserta yang terbaik dan berjaya memenangi beberapa cabaran.


Bagi aku, sepanjang aku menonton rancangan Master Chef Selebriti ini, ada peserta yang langsung tidak tahu memasak, contohnya Tomok. Tapi aku tabik kesungguhannya ketika menyiapkan setiap hidangan dalam cabaran yang diberikan.


Dari situ kita boleh ambil iktibar setiap apa yang kita lakukan kalau ada usaha insyaallah kita boleh buat dan hadapinya. Tahniah sekali lagi kepada Dato' Dr. Fazley.




NOTACIKGADIS: Teringin nak anjurkan sesuatu yang berbentuk majlis amal.





Sunday, July 15, 2012

MASAM-MASAM MANIS


Bulan puasa dah nak dekat. Tapi macam biasa la bila dah sibuk dengan kerja yang memang aku terasa sangat kepenatannya sampai badan dah sengal-sengal padahal jadi cashier jer kot sampai tak ada masa nak pikir2 semua tu. **pikir bila nak berhenti ada la =P


Ada bapak sedara aku sorang tu cakap "mengaji tinggi-tinggi jadi cashier" keh3..... Ni kerja sementara jer la... Kontrak kerja aku sebelum ni dah habis tunggu nak sambung plak lepas ni entah bila tah..Daripada duduk saja baik cari kerja.


Tapi serius la keja cashier ni sangat memenatkan, lagi penat nak hadapi kerenah customer yang macam-macam gaya. Lagi tak boleh blah masa bayar main lempar duit macam kita ni hina sangat. Rasa macam nak lempar duit kat muka dia balik ja....Berlagak tak kena gaya. Macam biasalah customer always right. Puihhhhh.......


Semalam memang penat gila. Sampai hari ni terasa sengal-sengal lagi. Mungkin sebab hari minggu terlampau ramai sangat orang dan yang lebih mengejutkan kebanyakan dah beli baju raya dan persiapan raya. Bila aku tanya alasan yang diberikan bila dah puasa nanti dah tak larat nak berjalan, beli siap2 senang.



Gambar Hiasan




Rasa macam nak balik kampung ja. Cik abe sorang tu dok bagitau tok dengan mak dia dah tanya bila aku nak balik. Segan plak aku. Bila dah "selamat" nanti agaknya macam ni la keadaannya bila duduk jauhkan? Tak apa la sayangkan suami tinggal-tinggalkan. Haha... =P


Bila aku tanya dia, tak rindu ker nampak cool jer ni. Dia jawab " Dr Fadhilah Kamsah bagitau orang lelaki ni bukan jenis suka tunjuk sangat perasaan dia, tapi dalam hati dia kita tak tau. Perempuan plak jenis suka tunjuk.." Hamik kau keluar habis kata-kata Dr Fadhilah Kamsah bagai hahaha....


Bila dah kenai lama ni kita akan paham perangai masing-masing walaupun aku kadang-kadang buat tak paham haha.... Nak juga cari pasal. Dia dah masak sangat perangai aku mai time dia malas nak melayan, sakit hati sorang-sorang la huhu... -_-"


Tak pa la baru ada masam-masam manis dalam perhubungan ye tak??


#Kbai...


=)




Thursday, July 12, 2012

KISAH 4 BULAN


Assalamualaikum....


Semalam bergedik santai jap dengan TTM sembang pasal 4 bulan lagi la. Sekarang ni kan tengah sale kat Jusco, ada la aku usha dompet dan tali pinggang Swiss Polo. Konon-konon untuk majlis 4 bulan lagi la. Mula la sesi soal jawab.


Aku: Nak tali pinggang tak nanti?

TTM: Tak mau, dah banyak dah tali pinggang.

Aku: Nak dompet tak??

TTM: Dompet elok lagi...

Aku: Semua tak mau habis tu nak apa?? Swiss Polo kottt.... Grrrrr.....


Hahaha... Cam ni la pangai dia. Kalau orang lain dah terkinja-kinja nak, dia boleh bantai bagi jawapan cam ni. Tapi tak apa la jimat duit aku hahaha....


Bila masuk bab warna tema plak.


Aku: Orang rasa macam nak warna merah+putih ja...baru naik seri sikit.

TTM: Ikut la janji sesuai dengan sayam...

Aku: Tu nak kata orang hitam la tu tak sesuai dengan warna merah

TTM: Ehh mana ada.....kalau hitam pon hitam manis...(sambil tergelak-gelak)


Dem!! -_-"




NOTACIKGADIS: Jom join SEGMEN NI





Sunday, July 8, 2012

CINTA BERJARAK-JARAK


Assalamualaikum...


Dah lama tak menulis dalam erti kata sebenar. Banyak benda yang tak dapat dibuat atas faktor kekangan dari segi masa atau persekitaran. Segala perancangan dan perbincangan antara 2 belah pihak juga tak dapat dilaksanakan lagi atas faktor jarak =,(


Dah banyak kali juga kami berbincang pasal ni dan keputusan yang diambil adalah hanya boleh menanti. Lebih kurang 4 bulan lagi insyaallah kalau segalanya dipermudahkan.


Selalunya yang menjadi topik perbualan adalah boleh ker nak berjauhan bila dah tawen nanti?? Dah cuba cari kerja sebelah sana tapi masih belum ada rezeki nak buat macam mana kan?


Dengar-dengar juga kontrak kerja aku sebelum ni akan disambung selama 2 tahun. Memang rezeki aku kat KL ni la nampaknya. Apa-apa pon syukur sangat sebab di saat orang lain masih tercari-cari kerja, aku sudah ada kerja. Mungkin tu hikmahnya. Kadang-kadang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.




=)




SEGMEN AKU DAN DIA

Jom join segmen



Soalan: Berikan 3 perangai pasangan yang anda suka.

1. Pandai ambil hati dan memujuk. Sikap yang paling aku suka yang ada pada dia,
2. Kelakar. Walaupun nampak pendiam tapi jenis suka buat lawak.
3. Tenang. Tak kira la dalam apa situasi pon dia tetap cool jer.

Sertakan warna dan nama doodle:

Nama doodle Azrul & Anyss. Warna Purple+Pink.

Nak tag kak Neena

Nak join? Klik SINI

Hanya untuk 50 orang terawal dan segmen ni hanya sampai kul 12.00 malam ni.



TITIK


Jiwa kacau.














Sekian..




Saturday, July 7, 2012

EQBAL ZACK: BRISBANE GIVEAWAY






HOW TO ENTER

Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete/invalid entries!
Must be a follower and fans of THIS BLOG.
Write a simple blog post (Malay/English) about this giveaway.


The title of your entry will be: Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...

Leave your permalink (URL) in the comment box!
Deadline: midnight 11:59pm Malaysia time, 31 July 2012 (Tuesday)
I will be drawing the winner of this giveaway on the 3 August 2012 (Friday) using a RANDOM.ORG

Good luck everyone. I hope you like the prizes I have picked out!! Here are the prizes,






Nak join??




Sunday, July 1, 2012

BELANJA UNTUK PERKAHWINAN SEHINGGA RM 25,000??



Semalam ada festival kahwin dekat Wangsa Walk. Aku telah merajinkan diri untuk singgah di booth yang ada tu untuk melihat pakej-pakej perkahwinan yang disediakan. Sehinggakan ada pakej yang menawarkan RM 25, 000. Dalam hati aku gila ka apa?


Tapi itulah realiti yang dihadapi sekarang. Kalau ada yang kata tak payah nak buat grand, buat simple tapi adakalanya apa yang dikatakan tak seiring dengan realitinya. Kalau buat biasa-biasa saja pon dekat berbelas ribu la juga habis kecuali la kau buat bihun sup jer jamu tetamu.


Disebabkan aku ni kesian kat bakal laki aku (insyaallah panjang jodoh) aku telah cuba menolong dia dengan join contest di mana hadiahnya agak lumayan dan jika ada rezeki kami insyaallah boleh menang.


Tapi aku ada sedikit masalah. Bila Ada contest yang memerlukan LIKE di Facebook, untuk mendapatkan LIKE tu bukan perkara mudah. Aku kalau boleh tak mau promosi sampai orang jadi annoying tapi apakan daya ini lah lumrah kehidupan.

Jadi di sini aku minta jasa baik ampa semua untuk sama-sama tolong Share di Facebook atau buat entry pasal ni. Ampa semua nak membantu bina masjid ni. Insyaallah hanya Allah yang tahu membalas jasa ampa semua.


Tinggal lagi sebulan jer lagi. Tarikh tutup 1 Ogos 2012. Ayuhhh cepat.


Gambar yang dipertaruhkan


Untuk LIKE ampa boleh LIKE FACEBOOK INI dan kemudian LIKE GAMBAR INI.


Bolehkan tolong?

Terima kasih



NOTACIKGADIS: Terima kasih pada MEK ONIE sebab buat entry pasal ni.





AYAM KAMPUNG SEPARA BANDAR BLACKPAPER



Assalamualaikum....


Baru-baru ini aku telah merajinkan diri untuk masak bagi juadah berbuka. Buka peti ais ada ayam dengan udang. Dah Hari sebelumnya aku masak sambal udang so tetiba rasa nak masak ayam blackpaper.


Ketahuilah aku adalah seorang yang jarang masak tapi sekali masak.. Perghhh boleh tahan sedap **kalau tak puji diri sendiri sapa lagi nak puji? Keh3.... =P


Satu lagi plak aku jenis yang suka masak berlauk tapi kalau bab-bab kek or kuih raya ni memang aku kureng sikit. Renyah sangat kot haha.. Tapi bab melantak no 1. Kalau tak dah lama aku try kek karamel yang kak shida selalu dok buat tu. Hehehe....Insyallah nti aku try buat juga la mana tau bakal suami suka makan haha...



Jadi persembahkan rupa Ayam Kampung Separa Bandar Black Paper. Nama tak nak kalah! =P



Disini aku kongsikan resepinya. Resepi ni versi aku punya yang mana tak ada macam yang ampa selalu buat tu aku tambah la tu hehehe... Tapi rasanya sedap juga. Bukan la nak puji diri sendiri walaupun aku ni jarang masak tapi tak la bodoh sangat nak beza sedap dengan tidak. Kalau tak caya try la...Huhu


Ayam (potong dadu )
2 @ 3 ulas Bawang Besar,**
2 ulas Bawang Putih,**
Lada Hitam** (kalau tak ada tak apa boleh ganti dengan sos lada hitam)
Serai,**
Halia**
Sos Lada Hitam
Carrot
Kicap
Cili kering (dikisar)

**Blender bahan-bahan bahan ini

1. Perap ayam, guna bahan yang dikisar tadi bersama sos lada hitam (simpan sikit bahan kisar tadi untuk tumis) dan campurkan 2 sudu cili kering yang telah dikisar (bergantung kepada kuantiti ayam. Kalau tak suka pedas 1 sudu pon dah cukup). Perap selama 30-45 minit. Selalunya lagi lama perap lagi terasa perapan ayam tu.

2. Masuk minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.

3. Masukkan ayam dan tambah sedikit air.

4. Masukkan sedikit kicap dan sos lada hitam. (aku tambah lada sulah juga)

5. Masuk sedikit hirisan Halia (boleh menaikkan bau dan rasa)

6. Garam dan gula secukup rasa.

7. Carrot @ nak tambah ubi kentang pon boleh

8. Masak sampai agak-agak dah empuk daging ayam tu tutup api.


Ok siap dimasak dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi