Sunday, August 26, 2012

KENANGAN TAK MUNGKIN MENJADI SEJARAH




Semasa aku start menulis entry ini jam menunjukkan 4.33 am. Perkara yang berlaku sebentar tadi membuatkan diri susah untuk tidur.


Bila disebut pasal kenangan sudah semestinya ia sesuatu memori yang tak mungkin kita lupakan. Malah tak pernah sikit pon aku melupakan kenangan itu biarpun aku menafikannya. Kenangan tak mungkin akan menjadi sejarah. Maafkan aku kerana berkata begitu.


Kau dan aku sama-sama tahu mengenai hakikat itu. Tapi aku, aku terpaksa berkata begitu.. Maafkan aku =,( Akan ku simpan kenangan itu dalam hati aku kerana tempatnya memang disitu. Masih ada ruang yang aku khaskan untuk kamu disitu.


Inilah keputusan yang terbaik untuk aku dan kamu. Mungkin pelbagai anggapan yang kamu lemparkan pada aku. Tapi percayalah ini yang terbaik untuk kita.








Saturday, August 25, 2012

DELETE




Assalamualaikum...


Okeh ada entry yang telah di delete. Entry segmen untuk bride to be tu.. Disebabkan kekangan masa untuk update blog dan promote segmen tu, kira cancel jer la...


Macam tak adil plak... Kalau buat segmen opkos la perlukan masa untuk selalu promote, blogwalking dan update blog. Tapi disebabkan kekangan masa aku tak dapat buat semua tu.. bak kata Yuna..ini tidak adil tidak adil bagiku....


Kalau nak kata update tu boleh kira sangat berapa kali aku update blog dalam sebulan. Ketiadaan internet dan ketidakupayaan untuk menaip entry atau lebih senang tiada ruang dan peluang.


Sekian...







TRAGEDI RAYA #1


Assalamualaikum....


Perghhh.... lama tak update blog... Mood raya katakan.... hew..hew.... hew... Tapi mood raya aku telah dicemari disebabkan kena masuk kerja awal di kala orang lain masih lagi enak berbantalkan lemang, bermandikan ketupat....ohmaienglish....


Boleh kata masih ramai lagi yang sedang bersenang-lenang dengan cuti panjang yang diambil dan ramai lagi yang belum update pasal raya kan? Meh aku update dulu pasal raya kali ini.


Tahun ni geng-geng pecah yang dianggotai oleh sepupu sepapat aku yang duduk kat KL ni semua balik kampung. Boleh dikatakan meriah la raya kali ini.


Tapi ada plak tragedi di pagi raya yang berlaku. Bukan tragedi oktober tapi tragedi air tak ada. Hoho... Letih sangat agaknya bila pukul 3 pagi baru boleh tidur pagi tu aku terbangun lewat. Hamik hang ayaq tak ada. Semua sepupu aku dah siap mandi dah.


Nak tak nak terpaksa drive keta pergi rumah kat dusun walid aku. Ajak habis sapa-sapa yang tak mandi lagi tu maksu, makchaq, sepupu semua ikut sekali. Dengan muka sememeh drive keta sambil cover line sebab ramai dah yang otw pergi sembahyang raya.


Misi akhirnya berjaya. Tapi dengan baju raya belum iron lagi memang tak sempat la nak pegi sembahyang raya... Ohmai.....


Ok la malas dah nak cerita tengok gambar sudahh... =)



Dari kiri: No 5, no 3, umi, no 6, no 1 dan no 2

(saja malas nak tulis nama, tulis anak keberapa pon jadi la =P)



dari kiri: akak comel, bangah, umi, adik, ijat, apit



My hero


Tahun ni tak ada gambar family sebab tu bersepah jer gambar. Ada yang ada dan tak ada. Nak buat macam mana pakat tak sporting...Kelam kabut nak p beraya umah orang. kecewa T_T



Dan yang terakhir...


Nak tahu cerita lanjut?? Next entry ok....Nanti tak ada idea plak nak tulis banyak-banyak hehe...




Saturday, August 18, 2012

PAKEJ KAD KAHWIN BERNILAI RM1000





Keputusan contest Menulis Kisah Cinta telah diumumkan oleh pihak Kadkahwinmu

dan hasilnya




Aku telah memenangi tempat ketiga dengan jumlah Like sebanyak 878 dan menang pakej Kad Kahwin bernilai RM 1000. Alhamdulillah.....






Terima kasih kami ucapkan kepada semua sahabat di FB dan juga Blog yang telah Like malah turut promote di blog masing-masing dan juga "Shared" di FB. Sesungguhnya dengan bantuan anda semua tak mungkin kami akan memenangi pakej perkahwinan ini.


Kalau nak sebut nama mungkin ada yang tertinggal kalau itu anda hanya ucapan terima kasih mampu diberikan.


=)


Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Gadis Kampung Separa Bandar.


Terima kasih kerana menyokong blog ini sejak 2008.

;)




Wednesday, August 15, 2012

KAHWIN MUDA #2: Mampukah Aku Kahwin Awal??



Inilah pertanyaan yang sering kita lontarkan pada diri sendiri apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin walaupun masih berada dalam pengajian di university atau paling lambat sesudah habis pengajian sudah melangsungkan perkahwinan.


Kalau tidak mendapat warning awal daripada umi aku mungkin aku juga sudah berkahwin..=P..Mungkin…. Setelah tamat pengajian dan family aku sudah tahu aku berkawan dengan seseorang umi telah meletakkan syarat supaya mempunyai pekerjaan dahulu baru diizinkan aku berkahwin.


Alhamdulillah juga rezeki aku, mendapat kerja awal Cuma apa yang aku impikan masih belum terlaksana. Mungkin sikit masa lagi insyaallah akan dapat ku miliki ;)


Bila membabitkan perkahwinan ini konsep wasatiah perlu ada dalam pada setiap pasangan. Apa pula konsep wasatiah itu?


Konsep Wasatiah

Adalah kita perlu bersederhana dalam setiap tindak tanduk kita, bersederhana dalam pertunangan, bersederhana ketika bernikah dan juga bersederhana dalam perbelanjaan rumah tangga apatah lagi bila kedua-duanya mempunyai sumber kewangan yang mungkin agak terbatas.


Bagi En TTM pula menjadi satu kerisauan kepada dirinya apabila kebiasaannya orang Kedah maharnya agak tinggi berbanding dengan negeri lain. Ditambah lagi dengan keturunan aku yang di pangkal namanya “KU” Cuma pangkal nama aku saja “Wan” disebabkan umi aku “KU” berkahwin dengan orang nama biasa maka anak akan jatuh kepada “Wan” dan “Megat” tapi ada apa dengan nama dan keturunan??







Tambahan lagi Si isteri seharusnya tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan suami. Bila disebut mengenai perkahwinan yang diredhai, insyaallah Allah akan membuka rezeki kepada pasangan dan kehidupan akan menjadi lebih bahagia.


Selalunya kita akan lihat pasangan yang baru berkahwin akan sentiasa senyum gembira malah terpancar kebahagiaan di wajah mereka malah akan terdengar juga ungkapan “Kalau aku tahu betapa bahagianya hidup berumah tangga pasti dari dahulu lagi aku berkahwin” Betul tak??


ALASAN

Namun ada juga yang memberikan pelbagai alasan bila dilontarkan persoalan "Bila nak kahwin??" Ada yang menjawab "Rilekss la.... Muda lagi kot kita enjoy dulu" Itu adalah jawapan bagi lelaki yang tidak pernah puas mencari keseronokan dunia. Bagi aku lelaki begini adalah lelaki pengecut. Lelaki yang ingin lari dari tanggungjawab.


Ramai lelaki lebih suka berpoya-poya dengan wanita dan boleh diibaratkan sebagai "Touch n Go". Tapi bila ingin memilih bakal isteri ingin pilih wanita melayu terakhir... Sungguh tidak adil!


Gambar Hiasan


Ada pula yang memberi alasan belum puas bermanja dengan keluarga, belum puas berada di bawah ketiak emak. Orang yang begini sebenarnya tiada keyakinan diri untuk memegang tanggungjawab tanpa ibu bapa di sisi padahal guna alasan tersebut kerana masih mengharapkan ihsan mak bapa. Ehhh?? Ada yang terasa ker? =P


Perkahwinan sebenarnya memerlukan pasangan itu bertanggungjawab yang wajib dipikul dan setiap tanggungjawab yang dilaksanakan itu adalah satu ibadat. Bila berkahwin ramai yang mempersoalkan mengenai tanggungjawab kepada ibu bapa. Sedikit sebanyak tanggungjawab itu bertambah.


Tapi bagi pasangan yang berkahwin awal mereka akan lebih bertanggungjawab kepada pasangan dan ibu bapa hal ini adalah pastinya mereka telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka.


Itu kisah mereka bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita kahwin awal??






Sunday, August 12, 2012

IFTAR RAMADHAN PERTAMA




Assalamualaikum......

Dah nak habis puasa baru tergerak hati nak update pasal iftar pertama bersama En TTM bagi tahun ini. Nampak sangat pemalasnya kan? Eh salah la...nampak sangat kesibukannya.....


Kalau tahun lepas kami terpaksa berbuka dalam kereta lepas beli MacD gara-gara tak ada tempat duduk tahun ni lebih senonoh sikit la sebab berbuka di Restoran.


Kebetulan balik pon sebab aku interview masa 24hb hari tu, tanpa dirancang terus SMS ajak keluar berbuka sekali 25hb tu dan malam tu juga aku gerak balik KL. Gigih kan? En TTM lagi gigih..Tengahari dah p tempah siap-siap, balik kerja terus balik rumah dulu mandi-mandi tunggu aku datang jemput. Dari Alor Star aku gerak dalam pukul 5 cam tu ke Perlis.


Lokasi yang dipilih Restoran Rusnani Tomyam dekat jalan Kangar-Padang Besar. En TTM yang cari, tempat dia kan dia lebih tahu la nak makan kat mana. Bila aku tanya order apa, dia bukan nak bagitau asyik cakap tengok la japgi nak makan apa.


Sekali bila dah sampai terbeliak biji mata aku bila tengok hidangan ni





Boleh habiskah???


Agak-agak habis tak?? Opkos habis...Tengok perut la hahaha... 2-2 orang makan bertambah. Hidangan dia memang sedap.... Ikan 3 rasa ni mabelessss..... Tomyam dia pon sedap...(lupa plak nak snap gambar).


Saja la aku dok risik-risik pernah makan dekat sini ka? Tergagap-gagap nak jawab haaa rupanya pernah bawa "kawan lama" dia mai sini masa dulu-dulu... Amboi-amboi nak kena kuteyh haluihh leteewww.....Nasib baik sedap makanan kat sini....


Hari tu banyak plak En TTM ni bercakap selalunya aku yang banyak cakap almaklum la dia ni memang berat mulut sikit....Sapa-sapa yang pernah jumpa dia tau la macam mana pemalunya dia haha... **pemalu la sangat =P. Maybe sebab lama tak jumpa kot.. 2 bulan tak jumpa rindu letewww......hahaha **gediks i kan uolsss...


Lepas berbuka puasa terus choww malam tu nak balik keyell pulak. Letih memang letih tapi sayang punya pasal kan Perlis-Kedah sanggup aku harungi #ehhh???


Malam tu En TTM tak pegi terawih. Tangki penuh katanya hahaha.....Dah la sebelum tu asyik dok suruh aku perabis makanan katanya tangki aku besaq dari dia kena makan banyak sikit, boleh buat bekalan nak balik KL nanti... **Apa kena mengena tak tau la...Masuk perut jadi taik je la tak ada bekalan-bekalan dah huhu (-_-") Tau la kita ni demok...Sekeh juga orang tua ni japgi huhuhu


Dan hidangan yang kami makan tu berharga RM38 jer....Murahkan?? Ikan tu dah la besar. Daging lagi, sayur kailan ikan masin lagi, tomyam lagi...Kalau kat KL RM38 tu harga ikan saja....Dan paling penting semua tu ditanggung beres oleh En TTM hihihi =P


Sekian, Iftar pertama aku untuk tahun ini.





KAHWIN MUDA #1

Boleh dikatakan sekarang ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga dalam usia yang muda. Sebagai contoh Irine Nadia, Dena Bahrin malah rakan-rakan kita sendiri.


kredit pic: Irine Nadia



Apa yang ada dalam fikiran kita bila ada pasangan yang berkahwin dalam usia muda adalah keraguan sama ada mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab dalam usia muda. Betul atau tidak??


Sesungguhnya aku sangat respect dengan mereka yang berkahwin awal ini kerana dalam usia yang muda mereka sudah mampu memikul tanggungjawab yang besar untuk menjadi isteri atau suami kepada pasangan masing-masing. Bila mereka berkahwin awal bermakna mereka sudah bersedia dan matang dalam membuat keputusan.


Sudah semestinya pasti ada tentangan daripada ibu bapa jika usia untuk berkahwin boleh dikatakan mentah. Tapi ada ibu bapa yang lebih mengenali siapa kita, mampukah kita? Jika ingin berkahwin awal tapi ibu bapa tidak setuju jangan salahkan ibu bapa andai kata ayat begini dikeluarkan “seluar dalam sendiri pon mak tolong basuh ada hati nak kahwin??”


Check diri sendiri sama ada kita sudah bersedia atau tidak? Boleh bertanggungjawab atau tidak? Mampu atau tidak dan paling penting berkahwin bukan kerana untuk ”seronok” semata-mata tapi berkahwin kerana Allah SWT.


Kadang-kadang aku cuba lihat diri aku balik kenapa aku masih belum berkahwin sampai sekarang? Kenapa apa yang dirancang masih lagi tertangguh? Selalu aku fikirkan mengenainya.


Dan aku tahu Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan si dia. Mungkin Tuhan nak beri kami masa untuk mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik, untuk belajar menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab, mungkin Dia tahu masih ada yang kurang pada diri kami kerna.....


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Redha dan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik insyaallah segalanya akan dipermudahkan. Hanya doa yang mampu aku titipkan untuk kebahagiaan kami, kebahagiaan aku kebahagiaan keluargaku juga dan aku mohon kawan-kawan turut mendoakan kami.





=)



Wednesday, August 8, 2012

IMBAS KENANGAN


Assalamualaikum...


Hari ini adalah 08-08-2012. Tiada apa yang istimewa bagi aku pada hari ini. Macam hari-hari biasa yang lain cuma berbuka dengan rakan-rakan seperjuangan yang pernah study di USM dulu ;)


Teringin pula nak mengimbas kembali kenangan pertama kali bertemu emak dan abah En. TTM. Bertemu pada hari raya tahun lepas 4 September 2011. Berdebar gila tapi macam biasa la jadi diri sendiri jer tak ada nak control pon...


Alhamdulillah diterima baik oleh emak dan abahnya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kisah tersebut boleh KLIK SINI. =)


Apa yang aku harapkan semoga apa yang kami rancangkan nanti dipermudahkan......Aminn..


NOTACIKGADIS: Betul la kata orang penantian itu satu penyeksaan





Tuesday, August 7, 2012

KREATIF




Iftar group Kami Blogger Utagha (KBU)

pada 04/08/2012 di Sg Petani Kedah




Amacam??

Cerita selanjutnya akan diupdate kemudian ;)



Saturday, August 4, 2012

REZEKI



Assalamualaikum.....


Pertama sekali sebelum saya memulakan penulisan ini (izinkan saya menggunakan kata ganti saya untuk entry ini) saya ingin mengucapkan rasa syukur sangat kepada Allah SWT syukur yang tidak tahu saya nak gambar kan dengan kata-kata.


Syukur kerana rezeki yang diberikan kepada saya. Kontrak kerja saya sebelum ini telah disambung selama 2 tahun dengan syarat-syarat perlantikan itu banyak kelebihan berbanding kontrak yang sebelum ini. Antaranya kami mendapat cuti rehat 15 hari dalam setahun berbanding sebelumnya gaji dikira mengikut hari bekerja. Jika kami bercuti, gaji tidak dikira untuk hari tersebut.


Banyak lagi la kelebihan yang kami dapat seperti claim elaun, cuti ganti dan gaji saya kini dibayar RM **00 sebulan. Alhamdulillah...... =)


Cuma pesan saya jangan mempertikaikan setiap rezeki yang kita dapat atau apa-apa pon yang berlaku dalam kehidupan kita. Kadang-kadang ada benda kita boleh pertikai ada benda kita tak boleh pertikai.. rezeki masing-masing Allah dah tetap dah...


Apa yang penting berdoa supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki. Mungkin ini rezeki orang lain rezeki kita mungkin akan datang dalam bentuk lain pula. Jangan pernah berhenti untuk terus berdoa.







NOTACIKGADIS: Kata En TTM bila aku risau akan sesuatu "Insyallah kalo niat kita baik, nak buat benda baik, Allah akan permudahkan segalanya" Mungkin rezeki nak bina masjid barangkali? ;)





Thursday, August 2, 2012

LIRIK LAGU BUTTERFLY OST DEJAVU DI KINABALU

Pastinya ramai yang sukakan ending Drama Dejavu di Kinabalu dimana semua inginkan Nadira (Tiz) berkahwin dengan Bazli (Nazim Othman). Lagipun memang patut pon Bazli memiliki Nadira ye dak??


Kita asyik menonton drama ini dan disajikan dengan lagu yang best tapi masih yang tidak tahu lagu apakah itu. Jadi aku tuju lagu Butterfly yang dinyanyikan oleh Melly Goeslow khas untuk peminat drama Dejavu di Kinabalu.






Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi