Sunday, September 23, 2012

BAGAIMANA NAK PASTIKAN DIA MR RIGHT??



Assalamualaikum...

Amboi kemain tajuk nak gempak-gempak gitu.... Tetiba rasa nak berkongsi cerita dengan ampa semua macam mana aku nak pastikan dia mr right aku atau dengan bahasa yang dipahami dia adalah bakal suami yang anda cari.


Mungkin dari setiap kita pasti dah tetapkan ciri-ciri yang kita mahu untuk cari suami dan pastinya yang baik-baik saja yang kita nak dari pasangan termasuklah mahukan pasangan yang boleh membimbing kita. Bagi aku semua tu adalah kemestian dan kalau aku masukkan dalam list yang aku cari macam agak klise kan? Jadi mungkin aku elakkan untuk berbicara mengenai itu kerana yang pasti semua orang inginkan suami yang mempunyai didikan agama yang kukuh.


Penyabar

Itu yang aku dapat simpulkan mengenai diri dia. Sebab dalam hidup kita, ciri yang paling penting adalah mesti lah penyabar. Bagi aku penyabar adalah kunci kepada sifat-sifat yang lain. Bila dia seorang yang penyabar pastinya dia boleh sabar untuk hadapi dugaan yang melanda dalam hidup. Cuma jangan mencabar kesabaran orang yang penyabar ini. Bila sekali dia hilang sabar, buruk padahnya.





Memahami

Bila seseorang itu memahami diri kita, keadaan kita, insyaallah segalanya dipermudahkan. Orang yang memahami boleh dibawa berbincang mengenai segala jenis perkara dalam banyak situasi. Kalau ada masalah pun kita tahu pada siapa kita mahu berkongsi kerana dia seorang yang memahami dan pastinya dapat memberi kata-kata nasihat dan semangat pada kita.


Pandai Ambil Hati

Tak romantik tak apa janji pandai ambil hati. En TTM memang tak romantik langsung hahaha... Tapi kelebihan dia adalah pandai mengambil hati. Bila aku marah dia tahu cara bagaimana nak bagi aku cool. Bila aku merajuk, dia tahu cara nak handle rajuk aku. Biarlah dia tak romantik janji pandai ambil hati =)


Berani dan Bersungguh

Cara nak tahu seseorang itu bersungguh dengan kita atau tidak, dia memperkenalkan kita dengan ahli keluarganya iaitu ibu bapanya. Dia membicarakan soal perkahwinan dengan kita dan mengambil tahu mengenai keluarga kita. Kalau dia langsung tak pernah buat semua perkara tersebut atau mengelak bila anda membicarakan soal ini, baik ampa cepat-cepat angkat kaki dan cari seseorang yang lebih bersungguh-sungguh untuk memperisterikan anda.






Jujur

Kejujuran mungkin perkara yang kita susah nak tahu kebenarannya tapi ia sesuatu yang kita dapat rasainya dengan hati. Apatah lagi bila kami duduk berjauhan begini sudah pasti kejujuran adalah perkara yang paling bernilai sekali. Dan setakat ini, alat mengesan kejujuran aku masih lagi berfungsi dengan baik dan boleh mengesan seandainya  dia berlaku tidak jujur pada aku.


Serasi

Sangat penting kerana kalau tak serasi percayalah banyak masalah akan timbul. Banyak pergaduhan akan berlaku. Setakat ini aku serasi dengan dia dan paling penting dia menerima aku seadanya. Dan aku sentiasa berdoa Allah panjangkan jodoh kami dan mempermudahkan apa yang telah kami rancangkan. Tapi seandainya jika takdir kami tidak berkehendakkan begitu, mohon Allah redhakan hati kami menerimanya. Mohon kawan-kawan semua doakan jodoh kami berpanjangan dan berbahagia sampai akhir hayat kami.


Apa yang aku tulis ini bukan berniat nak menunjuk dan jauh sekali nak mengatakan kononnya dia yang terbaik. Tapi apa yang aku kongsikan ini berdasarkan apa yang aku alami dan pengalaman aku yang mungkin boleh menjadi panduan untuk kawan-kawan yang masih lagi tercari-cari atau tertanya-tanya adakah si dia Mr Right anda. Aku harap, sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan untuk menentukan adakah dia yang anda ingin berkongsi hidup. Kalau anda masih ragu-ragu, buatlah Istikharah dan memohon petunjuk dari Allah.






Saturday, September 22, 2012

SENDIRI

Assalamualaikum....


Aku ramai kawan dan juga ramai kenalan. Tapi disebaliknya diri aku, aku lebih suka bersendiri. Senang kerja. Maknanya kalau kita nak buat apa-apa kita tak terikat komitmen dengan orang lain.


Kita tak payah nak susah-susah nak tunggu orang kalau nak buat apa-apa, tak perlu nak fikir nak kena jaga hati orang. Kalau aku buat begitu atau begini mungkin dia akan terasa hati kalau aku tak ajak, itu salah satu contoh. Dan sebab itu juga aku lebih suka bersendiri dalam beberapa keadaan. 


Dulu aku ada sahabat yang sangat baik. Yang saling berkongsi cerita dan segalanya tapi hanya kerana salah paham dan campur tangan orang lain, aku hilang sahabat. Sedih. Siapa tak sedih kalau hilang sahabat yang paling kita sayang.


Oleh kerana itu juga, biarlah aku tiada sahabat dan hanya ada kawan dan kenalan. Kerana nak mencari sahabat yang betul-betul sahabat sangat sukar. Atau mungkin aku juga tidak mampu untuk menjadi sahabat bagi orang lain kerana aku susah nak percaya orang.


Kebanyakan orang yang berada disekeliling hanya baik dihadapan, tetapi dibelakang kita?? Cukuplah dikhianati oleh kawan sendiri. Yang penting kita jaga diri kita sebaiknya. Berusaha untuk menjadi seseorang yang tidak bercakap buruk mengenai orang lain, tidak merungut dengan apa yang telah ditentukan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

;)






Monday, September 17, 2012

PADANG BESAR: SHOPPING TIME




Assalamualaikum....


Semalam aku pergi Padang Besar dengan En TTM. Kemain lagi 2-2 orang gila shopping. Dah lama sebenarnya tak datang Padang Besar ni. Semalam ramai la juga kebanyakan pengunjung, ada yang baru balik dari Langkawi dan ramai juga aku tengok muka-muka students IPTA kat Perlis ni.


Boleh kata inilah kali pertama aku shopping dengan bersungguh-sungguh kalau tak sebelum ni asyik teman En TTM ja, dah la dia ni jenis cerewet, mesti nak pusing 1 Padang Besar tu dulu lepas tu baru beli.


Tapi semalam 2-2 orang sama ja. Yang bestnya dia jadi perunding imej kononnya la haha... En TTM ni kalau dia tak suka memang dia cakap direct jer, memang menanah gak la telinga kalau dengar tapi "i ok jerr".... =P



En TTM


Pernah sekali dia tegur pasal baju aku, sampai sekarang aku tak pakai dah baju tu. Huhuhu.. Simpan kemas dalam almari. Dan sejak aku dah makin mengembang ni banyak dah baju yang agak kecik dan sendat, nak pakai pon tak selesa. Kalau pakai mau kena tegur lagi pe dengan En TTM...


So dia la yang tolong pilih baju dan buat pertama kalinya dalam hidup aku beli baju warna hijau. Padahal tu la warna yang paling aku tak suka tapi tu la warna kegemaran En TTM. Tapi maybe sebab aku rasa cantik kot so aku beli juga. Dalam pada tu sempat lagi dia cakap dia nak aku pakai warna yang ceria-ceria sikit bukan warna yang kusam-kusam.. ohmai.....berdarah hati weh bila kena tegur camtu tapi "I okey jerrr"...


Nak beli kasut pon macam tu juga. Kemain lama pilih, ada aku berkenan dia tak berkenan, ada dia berkenan tapi aku plak tak berkenan. Dia suruh try pon aku mati-mati tak nak sebab tak berkenan. Kebetulan ada plak orang lain yang try kasut yang En TTM berkenan tu. Nampak cantik plak bila budak tu pakai. Terus aku amik juga kasut tu, yang penting En TTM bayar hahaha....=P


Konon nak try jer, tapi En TTM kata pakai terus la... hehehe...2 pasang kasut beli sekali. Satu aku pilih dan En TTM pon kata cantik satu lagi En TTM yang pilihkan untuk aku. Selalunya kalau nak beli apa-apa kalau aku kata cantik ja terus dia amik. Hairan gak aku. Tapi mungkin citarasa kami sama kot. Bila kena dekat aku, rupanya aku ni lagi cerewet dari dia wakaka....


Seronok plak dapat shopping gitu padahal aku paling malas nak berjalan pergi shopping ni. Maybe sebab ada orang tersayang teman kot hahaha **muntah darah** Sempat juga aku rembat 2 helai baju untuk walid dan adik aku.


Masa nak balik tu baru sedar 2-2 orang dah terlebih belanja hohoho.... **tepuk dahi** Lepas ni tahun bila nak jumpa plak pon tak tau la. Hubungan jarak jauh cenggini la -_-"


Sabar jer la...











REVIEW: SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK

Harga RM 30


Novel ni dah lama aku beli cuma baru nak review. Harap dapat membantu ampa yang masih tercari-cari novel apa yang akan menjadi salah satu koleksi ampa plak ;)


Sebelum tu jom baca dulu sinopsis yang ada di belakang buku ini.


Sinopsis

NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.

Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.

“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN


...........................................................................................................




Dari segi jalan cerita sangat menarik. Demi nak balas dendam pada mulanya tanpa sedar dendam tu menjerat diri Lia sendiri apabila terpaksa berkahwin dengan Boboy aka Syed Azwan yang ada penyakit autistik. Persoalannya macama mana dia boleh berkahwin dengan Boboy sedangkan dia autistik?? Sanggup ke Lia terima suami yang autistik??


Bagi Boboy pula terlampau banyak rahsia yang disimpan daripada keluarga dan isterinya Lia. Dia normal tapi berpura menjadi autistik. Mengapa dia sanggup berpura menjadi autistik sedangkan dia normal?? Apakah sebab yang membuatkan Boboy aka Syed Azwan sanggup melepaskan segalanya dan menjadi autistik??? Sampai bila dia harus merahsiakan perkara itu sedangkan dirinya mencintai isterinya Lia? Adakah Lia dan keluarganya boleh menerima kebenarannya???


Syed Azmi muncul dan menambahkan lagi ketegangan apabila segalanya terbongkar apakah situasi ini boleh diterima oleh ibu bapa Syed Azmi dan Syed Azwan? Lia tersepit antara dendam dan kasih sayang. Apa yang akan terjadi bila segalanya terbongkar???


Ini adalah serba sedikit jalan cerita dan persoalan-persoalan yang aku ketengahkan untuk para pembaca. Kalau nak tahu setiap jawapan persoalan tersebut perlu dapatkan segera Novel ini. Secara keseluruhannya novel ni memang best kerana jalan cerita yang menarik dan lain dari yang lain.


Selain itu ada babak-babak lucu Boboy yang autistik yang banyak menguji kesabaran Lia. Sangat menarik ;)


Kesimpulannya dari 5 Bintang aku bagi 4 Bintang. ;)





Tuesday, September 11, 2012

BLOGGER PENCEN YANG HANGINNN





Assalamualaikum....


Boleh kata tahun ni, tahun yang paling kurang aku update blog... (macam dah bertahun-tahun plak ada blog padahai........) Rasa macam blogger pencen pon ada...(Ingat ayam pencen ja ka ada?? Blogger pencen pon boleh).


Senang ceta, sibuk. Tau saja la bidang kerja aku macam mana kan kadang-kadang tertekan juga la tambah banyak keja pula sekarang ni. Dah tugas. Memang tak boleh merungut bab kerja ni.


Cuma baru-baru ni ada budak baru pindah sewa bilik dalam rumah aku. Rumah aku rumah flat, beza keluasan bilik tu tak la banyak beza sangat. Aku yang cari rumah dan tuan rumah dah serah rumah sewa untuk aku jaga. Dia sewakan RM 600 termasuk mesin basuh dan peti ais serta dapur.


Tuan rumah cakap ikut aku la nak atur macam mana cuma dia sewakan RM600. Kalau ikutkan hati aku boleh ja nak letak harga sewa bilik mahal dan boleh cover sewa aku sama tapi aku tak la kejam sangat nak buat macam tu. Aku decide sewa sama rata RM200 cuma yang berbeza saiz bilik dan of course la aku ambil bilik yang paling besar sebab aku yang cari rumah tu.


Budak ni baru jer masuk. Tapi dah complain macam-macam. Siap ajar aku lagi rate sewa yang sepatutnya dan buat aku hangin dia cakap kalau aku ni berperikemanusiaan mesti aku sewakan bilik ikut rate harga yang dia bagitau tu.


Berperikemanusiaan hotak hang! Time tu aku dah melenting dah last sekali aku cakap kalau tak puas hati pergi cari rumah lain, aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni! Lepas tu dia boleh cakap dia tak kata pon tak puas hati.

Dah cakap aku ni tak berperikemanusiaan la apa la macam aku ni dah bunuh orang pulak. Siap mengajar aku lagi. Pertikai harga sewa rumah. Ingat aku ni budak-budak ka?? Nak mengajar aku plak. Bila aku suruh pindah boleh plak cakap bukan dia tak puas hati. Tahu plak takut. Cakap berbelit.


Dah awal-awal hari tu dah cakap sewa rumah macam mana kalau tak nak tak payah duduk. Bila dah duduk banyak songeh plak. Dah la baru masuk banyak plak cekadak! Pergi cari rumah lain la. Hanginn ja aku.....


Sekarang ni tunggu masa ja. Hujung bulan ni kalau dia tak nak pindah agak-agak ada barang nak kena lempar dari tingkat 15 tak??




Sunday, September 9, 2012

"KALAU NAK BUAT BENDA BAIK MEMANG BANYAK DUGAAN TAPI KALAU NAK BUAT BENDA JAHAT...."





"
Kalau nak buat benda baik memang banyak dugaan...tapi kalau nak buat benda jahat tu cepat ja dia jadi..kita nak buat benda baik, insyaallah Allah akan permudahkan...yang penting kita kena la kuat, kalau kita sama-sama kuat insyaallah kita boleh hadapi semua ni" kata En TTM pada aku....


Memang banyak dugaan dan tekanan. Tekanan tu datang dari orang sekeliling yang asyik bertanya pasal soal jodoh dan soal perkahwinan. Soal kahwin ni bukan perkara kecik. Banyak benda nak kena amik kira terutamanya soal perbelanjaan.


Selalu orang cakap bersederhana sudah la.. Tapi yang cakap tu pon tak kahwin lagi.... Nak nasihat orang kemain lagi. Bagi yang dah kahwin diorang akan cakap walaupun sederhana banyak juga yang habis nanti. Diorang ada pengalaman diorang tahu la. Yang tak ada pengalaman ni plak yang lebih-lebih.


Alhamdullillah la aku berjumpa dengan lelaki yang matang. Bila membabitkan soal ini, dia banyak memberi nasihat pada aku. Memang aku akui ada situasi tertentu akan memberi tekanan pada kami tapi selalunya kami akan berbincang mengenai ini.


Kadang-kadang family ok ja, yang kalut lebih orang yang langsung tak ada kena mengena. Itu yang buat kita rasa nak marah kadang-kadang.


Orang asyik bertanya bila lagi...bila lagi...aku ni perempuan soal macam ni bukan ditangan aku. Macam tu juga situasi yang En TTM alami. Selalu dia jawab "kad dah lama tempah, siap bila tak tau lagi... ampa tunggu ja la kad..." ayat tu akan buat kawan-kawan dia terdiam dan tak tanya lagi.


Benda macam ni tak elok kita nak persoalkan. Jodoh ni kalau dah sampai masa akan jadi. Kita pon jangan la selalu sangat nak bertanya dekat orang lain bila nak kahwin. Sebab semua tu Allah dah tentu dah bila...cuma kita ja yang tak tahu, apa yang boleh kita buat berusaha,



NOTACIKGADIS: Jangan tanya aku bila tapi tolong doakan segalanya dipermudahkan.





Tuesday, September 4, 2012

RAYA CARA KAMI


Assalamualaikum...

Last aku update mengenai raya adalah dalam entry Tragedi Raya #1


Seterusnya time berjimba bersama adik-adik dan sepupu sepapat + anak buah. Lokasi yang dipilih adalah sawah padi. Kalau orang utara ni panggil bendang ja.


Ampa tengok tak ombak rindu?? Latar belakang sawah padi dan gunung tu? Lokasi tu kat kampung aku la kat Yan, Kedah. Belakang tu Gunung Jerai.


Kononnya nak pergi kat sana la. Tapi kena masuk dalam lagi. Tapi kami pilih lokasi yang kat luar ni..janji nampak juga sawah padi dan gunung jerai ;)


Layan kan saja gambar kami ni





Pose gaya comel =)





Nak terbang la kekononnya...




Sweet jer kan?? =)


Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Bila dah ada peluang ini sajalah aktiviti yang kami boleh buat.


Lain kali boleh buat video gangnam style plak keh3...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi