Monday, October 29, 2012

BELAJAR DARI PENGALAMAN

Assalamualaikum...

Salam Aidil Adha untuk anda semua dan selamat mula bekerja. Dah lama juga aku tak update disebabkan kekangan masa. Kerja aku sekarang ni memang menuntut ketahanan mental yang tinggi. Boleh dikatakan juga selepas balik dari kerja aku akan berkurung dalam bilik dan tidur awal. Itulah rutin harian aku.





Kalau dulu aku agak aktif untuk menulis blog, sekarang ni mungkin dah jarang dah. Dan insyaallah sedikit masa lagi aku akan cuba untuk aktif balik macam dulu. ;)

Banyak sebenarnya perkara yang terjadi dalam hidup aku yang memang aku ingin kongsikan dengan ampa semua tapi apakan daya, adakala kehidupan realiti sememangnya tidak sama dengan dunia maya ini. Ada sesetengah perkara biar saja ia kekal di dunia realiti.

Cuma banyak perkara yang aku belajar dan setiap perkara yang berlaku itu aku ambil ia sebagai pengalaman hidup untuk cuba memperbaiki diri lagi. Dan percayalah bila kita ditimpa kesusahan kita akan kenal siapakah kawan atau sahabat kita yang sebenar. Percayalah...

Dan sebelum aku mengundur diri dan entah bila lagi aku akan update blog yang semakin hari semakin suram dari berita-berita sensasi (sensasi la sangat) aku ingin menyusun 10 jari untuk memohon maaf sekiranya aku ada membuat salah atau menyebabkan ada yang terasa hati dengan aku. 

Sekali kita bergelar manusia kita tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan tetapi dari kesilapan itu kita akan belajar untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik... ]

Senyum Mau Maneh =D



Saturday, October 20, 2012

PERTEMUAN



Assalamualaikum....

6/10/12 hari tu bertemunya 2 buah keluarga untuk saling mengenali antara satu sama lain dan berbincang perkara berkaitan anak-anak mereka. Dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan. ;) 

Dengan kehadiran 2 buah kereta dan turut dihadiri oleh tok dan tokwannya serta emak saudaranya alhamdulillah kedua-dua buah keluarga telah memberi restu. Dan feedback yang aku dapat dari umi aku adalah bertuahnya aku sebab dapat bakal mak mentua yang baik macam tu. Insyaallah mudah-mudahan kebahagiaan akan terus mengiringi hidup aku.

Sekarang ni menanti untuk langkah seterusnya. Tapi setelah berbincang mungkin tahun depan yer insyaallah.  Tahun ni dah tak sempat, lagipun aku manyak bz ma...Jadi sapa yang tak sabar nak makan nasi minyak aku tu, sila sabar dulu kalo tak tahan gak masak sendiri nasi minyak keh3...

Doakan kami yer ;)


NOTACIKGADIS: Psttt.....tak sabar nak pergi kenduri blogger bertemu jodoh dengan blogger bulan Depan =P



Sunday, October 7, 2012

NOVEL REVIEW: PROJEK MEMIKAT SUAMI



HARGA
Semenanjung : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00

SINOPSIS:


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



.............................................................................


Secara keseluruhan, novel ni menarik dan sangat sesuai untuk pasangan suami isteri atau pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Tajuk pon projek memikat suami memang banyak tips yang dapat membantu pasangan suami isteri. 

Dari segi penceritaan, ia mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa terutamanya dalam memikat hati suami. Apa pon dugaan yang melanda, sabar dan usaha adalah kunci kepada kebahagiaan. Selain itu, taat pada ibu bapa dan doa ibu bapa adalah ubat yang paling mujarab sekali.

Tapi bagi aku, novel ini memang tak sesuai bagi mereka yang berumur bawah 18tahun sebab ada unsur-unsur yang 18sx ke atas. Mungkin tidak terlalu ketara, tetapi banyak plak babak-babak 18sx tertentu yang diselitkan.

Secara keseluruhannya, novel ni tidak sesuai untuk semua peringat umur tetapi bagi pasangan suami isteri novel ni ibarat bonus kepada mereka kerana banyak tips untuk menyerikan rumah tangga.


Untuk novel ni aku bagi 3/5 bintang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi