Wednesday, November 21, 2012

IMPIAN



Assalamualaikum....

Dalam hidup ini, pasti ada sesuatu yang kita ingin lakukan. Impian kita akan membuat kita berusaha untuk mencapai impian kita itu.

Tapi dalam perjalanan untuk mencapai impian itu, pasti akan ada onak dan ranjau yang kita kena hadapi. Bermacam dugaan yang kita hadapi sebelum kita mencapai kejayaan. Sekiranya kita berjaya menghadapinya insyaallah pasti kejayaan akan menjadi milik kita.



24 tahun baru dapat merasa =P


Apa yang pasti, cabaran yang paling besar datang adalah dari diri sendiri. Sama ada kita dapat hadapi umpat keji orang atau tidak. Dan aku sendiri turut menghadapinya. Sekarang aku masih berusaha cara nak mengatasi umpat keji orang.

Nasihat dari orang yang berpengalaman kepada aku "kau pedulikan kata-kata orang...kau buat jer keja, apa pon orang minta tolong kita buat... apa orang luar nak cakap jangan amik peduli..sebab apa orang bercakap? sebab kau buat kerja..yang lain hanya tahu bercakap..tapi ada dia buat kerja???"

Itu kata-kata nasihat dari seseorang yang berpangkat tinggi yang aku pasti banyak pengalaman yang menjadikannya seperti sekarang...

Seorang sahabat pula mengingatkan aku "bila kau jadi pegawai nanti, tolong...tolong ingat anak-anak buah. Kena pandai ambil hati mereka..Jangan jadi seorang ketua yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja."

Alhamdulillah... Rasa bertuah bila ada mereka yang sentiasa mengingatkan aku dan itu menjadikan aku seseorang yang akan berusaha untuk  mencapai impian aku



VIDEO WEDDING NADH & KIERA



Kalau entry sebelum ini berkisarkan majlis perkahwinan Nadh & Kiera  entry kali ni ada video khas untuk mereka....Jemput tengok





RALAT: Terdapat kesalahan ejaan yang tidak disengajakan..

Thursday, November 15, 2012

CORET-CORET SEPANJANG MAJLIS PERKAHWINAN PASANGAN BLOGGER NADZRI & SYAKIRA



Alhamdulillah akhirnya ikatan dua hati selamat disatukan pada 10-11-12 antara pemilik blog INI dan INI iaitu Nadzri dan Syakira. Apa yang istimewanya ialah mereka merupakan ahli group Kami Blogger Utagha (KBU) yang aku kira hubungan mereka juga bermula dari KBU. 

Sebagai mak KBU, opkos la aku tak kan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka ini. Jadi aku akan coret kan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang majlis perkahwinan mereka dengan tapisan hehehe...

PELAMIN

Aku sampai kira-kira dalam jam 7 lebih macam tu. Pukul 4.30 ptg bertolak dari KL. Ada plak tragedi yang berlaku masa tu di mana beg galas aku putus dan beg aku tertinggal masa aku OTW nak pegi dekat syakira... terpaksa patah balik..nasib baik masa tu belum lagi naik kereta....Kalau tak jenuh nak patah balik.

Sampai jer rumah kiera, Kiera dengan Mas terus siapkan pelamin yang mana tertangguh. Aku tolong tengok je sebab bukan kepakaran aku bab hias-hias ni haha... Cuma tolong susun bantal boleh tegha tu?? =P

Akhirnya dalam kul 1.00 pagi kalau tak silap, siap la pelamin ni... 





HARI AKAD NIKAH

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan pada pukul 9.00 pagi kemudian bersambung dengan marhaban dan majlis berendoi sehingga jam 12.30 tghri.





Habis jer khatam Al-Quran siap-siap mekap pengantin untuk akad nikah. Sebelum tu aku tanya sapa yang mekap untuk akad? Kiera cakap kami nak pakai lipstik dengan bedak ja. Aku pun "hang toksah dok mengarut mai dok sini. Foundation ada? Bedak ada? Blusher? Celak? Eyeshadow?"

Lepas tu baru la cik kak sorang ni p cari barang-barang yang aku minta tu dan mula la sesi menyolek oleh mak andam bidan terjun ni. Sebelum mekap kiera dh gitau awal-awal dah, tak nak mekap tebal-tebal. 

Masa nak mekap jenuh sabar sebab kiera asyik risau ja takut aku terlebih mekap dia sampaikan aku cakap dekat kiera "rasa macam nak lempang ja bagi ampa pengsan senang kami nak mekap" hahaha

Dan hasilnya walaupun tak la pandai sangat, janji tuan punya badan berpuas hati sudah la hehe... Dan nasib baik la Nadzri sang suami berpuas hati kalau tak takut gak kalau tak menepati piawaian...huhuhu...






Mas, Kiera dan Cik GKSB






Dan sekali lagi aku rasa bertuah sangat bila menjadi saksi saat mereka diijab kabulkan dan saat mereka menyarungkan cincin =) (Padahai kalau aku tak ada kompom gambar ni lagi cantik kata mereka =P) 





Semasa penyerahan mas kahwin





HARI KENDURI


Aku celik-celik mata ja terus pegang pen marker tulis papan tanda untuk kenduri. Dengan muka tak basuh, nasib baik tak ada air liur basi hahaha... Tengah sedap tidur dok dengar suara kecoh-kecoh Mas dengan Iffah yang tengah nak buat papan tanda, terus aku celik mata n cakap "mai nak tulis" hahaha tak senonoh betoi.


Time nak makan time tu juga mak andam sampai. Kelam kabut si Kiera ni nak pegi mekap sampai tak sempat nak makan. Kena paksa gak makan takut nanti tak pasal-pasal pengantin pengsan plak masa kenduri hehe....

Dan hasilnya....


Tadaaaa.....





Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tergambar kegembiraan kat muka pasangan ni kan?






Ehem ehem sapa ni?? Ce teka... Yang pasti nama kat FB ada "II" hahaha









Semasa diarak untuk makan beradap. Pengapit Naim dan Mastora yang juga ahli KBU (nak juga mention tu)




Barisan blogger yang terdiri daripada 2 groups iaitu group Kami Blogger Utagha dan Blogger Perak yang turut menghadiri majlis ini.





Sepanjang majlis kenduri ni berlangsung boleh dikatakan macam gathering antara 2 group plak iaitu BP dan KBU yang bergabung. Walaupun baru kenal, dah macam bertahun kenal. Al-maklum la semua jenis mesra alam punya orang hehehe...

Semua jenis bergambar sampai tak hingat sebenarnya kami ada kat rumah orang..rumah kenduri plak tu keh3... Bergambar sakan dengan pengantin sampaikan pengantin cakap "bagi peluang kat kawan-kawan lain  plak bergambar dengan pengantin" hahaha....

Apa-apa pon, aku rasa happy sangat bila kenduri ini bukan sahaja menghimpunkan blogger tetapi turut menyatukan silaturahim sesama insan..mana tau ada yang berjumpa jodoh sesama blogger lagi lepas ni hehe..


Dan inilah ucapan dari kami khas untuk pengantin yang tetiba ada slang Ganu hahahaha...




Apa kata pengantin pula??






Dan untuk pasangan blogger ini, GK ucapkan tahniah kerana telah selamat menjadi suami isteri... Alhamdulillah dengan segala dugaan yang ampa berdua lalui akhirnya Allah permudahkan segalanya. 

Untuk Nadh, jaga kiera baik-baik, kami tau ampa mampu jadi suami dan imam yang baik kepada kiera dan kiera, jadilah isteri yang sentiasa mendamaikan hati suami ampa.... Alhamdulillah selesai sudah perjalanan ampa....dan yang pasti perjalanan baru ampa sebagai suami isteri pula yang bermula...

**lap ayaq mata



Salam sayang dari



Sunday, November 4, 2012

AMBIL MUDAH




Ada sesetengah perkara yang aku tengok dan aku tak berapa nak berkenan dengan sang lelaki ni. Kenapa aku cakap macam tu?? Dalam beberapa perkara mereka ni suka ambil mudah. Betul kan kaum perempuan sekalian??

Kadang-kadang bagi mereka dalam beberapa keadaan itu adalah perkara remeh tapi bagi perempuan pula perkara remeh itulah yang kita kena ambil tahu. Suka sangat pandang remeh dalam semua perkara.

Memang sifat perempuan untuk menghalusi tentang sesuatu perkara tetapi lelaki lebih suka ambil mudah atau senang cerita malas nak amik tahu.

Cuba ampa jangan pandang remeh tentang sesuatu perkara kerana perkara remeh tu la yang akan menjadi masalah besar jika tidak diberi perhatian yang sepatutnya.

Jadi ubah cara ampa berfikir dan cuba mengambil berat tentang sesuatu perkara biarpun ampa rasa remeh sebab tak rugipun kalau ampa amik tahu kan?






Saturday, November 3, 2012

MENERIMA SEADANYA


Assalamualaikum...

First of all selamat hari ulang tahun blog yang ke-4. Bermakna sudah 4 tahun blog ini wujud. ;) Sebenarnya entry pertama adalah pada 24 Oktober 2008. Tapi boleh plak aku terlupa kan? hehe... 

Terima kasih pada mereka yang menjadi sahabat GKSB sama ada kenal dalam dunia maya ataupun dari dunia maya ke dunia realiti.

4 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Agak lama juga aku berkecimpung menjadi seorang blogger ni. Seiring dengan masa juga, penulisan aku pun menjadi matang sama gak macam umur aku yang makin bertambah ni hehe...(tapi maintain awet muda hokey....)

Tahun depan, tak lama lagi pun tinggal sebulan ja lagi akan masuk tahun 2013. Bertambah lagi umur (insyaallah) dan pastinya akan merubah hidup aku iaitu dari single kepada berdua (insyaallah jika diizinkan Allah). Semoga dipanjangkan jodoh kami.






TERIMA SEADANYA

Dalam hidup aku, aku selalu inginkan seseorang yang menerima aku seadanya. Tapi keinginan dan perbuatan adalah sesuatu perkara yang berbeza. Kita inginkan seseorang yang boleh terima kita seadanya tapi belum tentu kita boleh menerima orang lain dengan seadanya.

Jujur aku katakan yang aku sendiri sebenarnya tidak mampu untuk melakukannya. Bila aku sedar perkara ini ia membuatkan aku sentiasa berfikir dan apa yang mengejutkan aku sedar jika kita sendiri tidak mampu untuk melakukan mengapa kita sendiri perlu mempunyai keinginan begitu??

Hubungan aku dengan seseorang pernah tidak berjaya disebabkan aku rasa dia tidak dapat menerima aku seadanya. Dia membuatkan aku menjadi bukan diri aku sebenarnya. Bila hubungan itu tidak berjaya ia membuatkan aku mulai mempunyai keinginan untuk mencari seseorang yang boleh menerima aku seadanya.

Syukur aku telah berjumpa dengan seseorang yang sayangkan aku tanpa syarat. Iaitu menerima aku seadanya. Tapi dari segi lain pula, aku pula inginkan dia menjadi seperti yang aku inginkan dan bukannya menerima dirinya seadanya. Bukankah ia tidak adil??

Dan bila aku sedar keinginan dan perbuatan adalah sesuatu perkara yang berbeza, aku cuba membuka minda aku luas-luas cuba berfikir di luar kotak. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua perkara kita akan dapat, tak semua perkara akan jadi seperti yang kita inginkan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bertuahnya aku bila si dia sangat memahami diri aku. Bila aku suarakan tentang apa yang aku rasa, jawapan ini aku yang terima "Abang dok cuba buat yang terbaik untuk kamu....". Saat itu aku sedar mengapa aku mengharapkan sesuatu yang mustahil sedangkan dia dah cuba buat yang terbaik untuk aku??

Jadi kesimpulanya menerima lah orang lain seadanya jika kita inginkan orang lain turut menerima kita seadanya serta berbincanglah dari hati ke hati jika ada masalah kerana kadang-kadang bila kita terlalu banyak berfikir, syaitan akan mengambil kesempatan untuk menghasut perkara-perkara buruk berada dalam pemikiran kita.

Salam sayang dan senyum mau maneh 

from Cik GKSB


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi