Saturday, December 29, 2012

HIDUP DALAM DRAMA

Don't play-play yer.. =P
Assalamualaikum...

Ada yang tengah kecewa ke sekarang?? Atau ada yang mengecewakan orang?? Apa pon ia jangan senang-senang nak mainkan hati dan perasaan orang kalau ampa sendiri tak nak dimainkan.

Kadang-kadang aku lihat hidup ni macam dalam drama. Tapi bukankah kehidupan itu diangkat menjadi drama? Bezanya dalam drama ada pelakonnya tapi dalam kehidupan realiti, kita yang menjadi pelakonnya.

Dalam hidup kita kena banyak sabar walaupun adakalanya kita hilang sabar.

Sekian, dua tiga patah coretan dari blogger pencen =P



Saturday, December 8, 2012

DI BALIK TABIR SEBUAH PERJALANAN


Assalamualaikum...

Penat. Satu perkataan yang menggambarkan perasaan aku sekarang ni. Penat dengan kerenah manusia sebenarnya. Teringat aku entry yang pernah aku tulis sewaktu aku masih bergelar student. Ada yang tinggalkan komen bahawa zaman student adalah zaman yang terbaik bila dah masuk kerja banyak cabarannya...Dah terbukti, memang betul pon. Dan banyak perkara yang tak seronok kecuali bila dapat gaji itu memang seronok.=)

Ketepikan soal itu jom masuk soal yang berkaitan dengan sesuatu di balik tabir. Baru-baru ni err baru lagi ke? Ok la hampir sebulan yang lepas (kejap jer kan) aku menghadiri perkahwinan makcik ni kan?? Ada la sesuatu yang aku belum cerita lagi dalam entry yang lepas-lepas.

Masa aku sampai kat umah kiera tu, kiera dengan mas sambung siapkan pelamin yang tertangguh . Bab menghias memang aku tak berapa pandai sangat, apa yang aku pandai adalah masuk dapur. Jumpa dengan mama kiera dan kak long dia, tanya ada apa-apa yang boleh tolong tak? 

Tapi diorang cakap tak ada apa-apa, siap jamu aku makan lagi ada la.. (tu yang syok sangat masuk dapur tu hahaha) Mama tanya sapa nama? Nama sebenar bla bla.... tapi diorang ni panggil GK. Mama tanya GK tu apa? Aku cakap Gadis Kampung tergelak mama dengar hehehe.... Biasa la blogger kan ada saja nickname nya haha...

Apakah???


Masa hari akad nikah haritu memang banyak air mata yang tertumpah. Paling sebak bila saat pengantin perempuan bersalam dan memeluk mama dan papa. Nangeeesss wehh.... tapi pelan-pelan amik tisu lap air mata, malu cheq kalau nangess sama.. I kan machooo... hahaha...

Apa-apa pon aku nak ucapkan terima kasih pada family kiera dan kiera sendiri dengan layanan yang kami terima memang sangat terbaik. Dah rasa macam keluarga sendiri pula terutamanya layanan mama pada kami..Rindu kat mama... Hukhuk sedih pula rasanya....

Bab makanan masa kenduri memang sedap lebih-lebih lagi air asam dan ikan bakar masa hari akad nikah tu. Sampai resdung menyerang la hahaha.... Makan tak hengat dunia sebab terlampau sedap,dan akibatnya malam tu menggaru-garu hidung dan masa dah sampai kat as, umi ngan adik aku terkejut sebab muka ngan hidung bengkak. 

Bersama-sama pengantin dengan sebahagian geng blogger yang hadir

Dan sampai sekarang masih teringat lagi suka duka masa  kenduri hari tu. Dah macam gathering pula hehe... Harap-harap kenduri aku nanti pon akan ramai macam tu... ;) 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi