Friday, December 27, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS: REZEKI TUHAN BAGI



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni aku amik cuti panjang sikit nak uruskan perihal majlis kenduri kahwin aku nanti. Kebetulan banyak plak kenduri kawan-kawan jadi sehabis baik cuba untuk pergi kenduri kawan-kawan sambil-sambil tu hulur kad kahwin sendiri dekat kawan-kawan ehehe...

Dari segi persiapan sekarang ni pelamin, baju sanding+tandang dah booking cuma tunggu nak fitting lain. Sebenarnya takut juga ni, aku harap segalanya dipermudahkan. Yela bila nak dekat kenduri ni macam-macam hal yang timbul. Harap-harap hari majlis nanti semua berjalan dengan lancar aminnn...


Streamer dah siap ;)


PELAMIN

Ingat lagi tak pelamin tunang aku yang dulu? KLIK SINI. Aku amik dekat orang yang sama. Disebabkan depa dah pindah ke Sg Petani, owner plak baru lepas bersalin, maka gerak la kami ke rumah Kak Cik (nama panggilan owner) bersama-sama dengan Finaz, kak Adish Shida dan adik kak shida lepas kenduri Suraya kat Sg Petani.

Bincang punya bincang, design mana yang aku nak, sekali dengan warna pilihan so settle dah bab pelamin. Aku amik satu panel jer sebab stage untuk pelamin tak la besar sangat, dewan pon kecik jer. Kalau amik sampai 3 panel macam membazir plak lagipun boleh sep bajet sket hehehe...

Nak dijadikan cerita, dapat sms dari kakak sepupu aku "Untuk pelamin nanti kakak sponsor". Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sebak tak tahu nak cakap macam mana dah. Syukur sangat-sangat. Dulu masa pelamin tunang pon dia sponsor, kali ni dia sponsor pelamin untuk kenduri plak. Rezeki Tuhan bagi. Alhamdulillah...

Errr ada yang nak sponsor lagi tak? Bunga telur ker? Hantaran ker? Kih3.... =P


Lebih kurang sebulan lagi aku akan bergelar isteri orang... Insyaallah... Mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan. Aminn...




Thursday, December 26, 2013

PERIHAL JODOH



Kalau dulu mesti terfikir siapa la jodoh aku nanti? Macam mana rupa dia? Kenapa aku bercinta mesti tak kekal? Umur makin meningkat, steady boyfriend pon tak ada lagi..Kawan-kawan semua dah ada, aku sorang-sorang lagi..Dan semestinya ampa semua pon mesti fikir macam ni.

Bila cakap pasal jodoh, masing-masing ada pendapat yang tersendiri mengapa kita belum mendirikan rumah tangga. Adakalanya kita rasa kita dah bersedia tapi betul ker kita dah bersedia? Cuba kita tanya diri kita sendiri betul ker dah bersedia?

Ada orang jodohnya awal, ada orang jodohnya cepat. Adakala jodoh tak panjang. Pendek kata, jodoh tu rahsia Allah. Dulu aku tak percaya langsung kalau orang kata jangan cari jodoh, tunggu jer jodoh tu datang. Sebab aku rasa orang yang bercakap macam tu dia dah berputus asa nak mencari jodohnya. 

Tapi bila aku sendiri yang merasainya baru aku percaya. Cuma bezanya aku tak mencari, dia datang sendiri. Bila hubungan yang dibina asyik terputus di tengah jalan sampai satu masa aku rasa, cukuplah. Aku dah penat la nak hadapi sakitnya putus cinta ni. Rileks sudah la. Dalam dok rileks tu tiba-tiba muncul seseorang yang tak disangka yang akhirnya kini bergelar tunang aku.

Ayat dia mudah ja, "nak buat bini". So terus jadi. Alhamdulillah... Sebulan lagi nak bergelar suami isteri insyaallah harap dipermudahkan semuanya.

Pada kakak-kakak, adik-adik,abang-abang yang masih tercari-cari jodohnya percayalah pada ketentuan Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia nak bagi peluang untuk kita perbaiki diri menjadi lebih baik dan mungkin Dia nak bagi peluang untuk kita menjadi isteri/suami yang terbaik untuk pasangan kita. Sama-sama la muhasabah diri.

Jangan sesekali kita berputus asa sebab jodoh tu datang dalam pelbagai cara. Yang penting, jangan takut untuk mencinta dan dicintai. Dan jangan sesekali takut dikecewakan sebab pasti ada hikmah di sebalik semuanya ;)

Kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang betul-betul jodoh kita.

#sekian 

Gambar Hiasan



Tuesday, December 17, 2013

BANTUAN UNTUK ADIK ADAM



Assalamualaikum...

Malaysia memang kaya dengan rakyat yang murah hati. Kalau ada bencana alam pasti kita sama-sama rakyat akan menghulurkan bantuan. Apa kata kita sama-sama bantu adik Adam ni. 



Assallammuailaikum... adam...utusan allah buat ezza.. mohd adam haikal... adam berusia 5 tahun... adam tidak lah sebaik ank2 kite yg sempurna... adam di lahir kn dri ibu yg tidak brperi kemanusiaan... ibu nye meninggalkannya pada ibu saudara nye sejurus dia d lahir kn ke dunia... ibu sauadara pun.. tidak lah sesempurna kita .. ibu saudara nye blh d kategori kn yg lemah fizikal... adam... di lahir kn dgn kerosakkn kedua2 buah pingang & pengidap hydrocepfalus. .. 

akibat kerosakkn buah pingang...adam tidak mmpu brjalan.. adam juga mnghidap pnyakit hydrocepfalus.. byk cecair yg brkumpul membuat kan kepala adam makin mmbesar...setiap 4-5jam... satu tiub trpksa di masukkn di anu adam utk mmbuang cecair yg brtakung di kepala adam... 

adam juga tlh disah kan mngidap lukimia & beta thalassmia tahap 1-2... andai thalassmia adam tidak kurang @ sembuh... adam terpaksa di tukar darah... masha allah... hebat sunguh dugaan allah buat adam... di saat insan2 sebaya nye brsuka ria ke sana sini brsama keluarga msing2... nmun dia menderita mnangisi pnderitaan itu... ibu & ayah...langsung tidak prnh mmpedulikn adam...

 adam hnya mnumpng kasih insan2 jiran2 & seorg ibu sauadara nya... akibat kerosakkn buah pingang nya itu... adam tidak lg mampu berjln.. dia hnya mnguna kn lutut utk brgerak...lutut adam dh parah kesan dri prgerakkn yg byk mngunakn lutut... sadis nye hidup mu dik.. jgn lah lagi klian tanya... di mna ibu & ayah adam... krana adam tidak brnasib baik sprti ank2 kita yg punya kita... sakit pning adam..hnya ibu saudara nye yg tahu... 

 Ezza bkn lh sape2 dgn adam.. kmi tidak ada talian darah... tapi sbagai seorang hamba allah yg ckup sifat.. hati kecil ini trpngil utk mmbantu meringan kan adam....adam tidak lah mngharap kan apa2 dari kita semua... ckup lh sekadar kita dpt meringn penderitaan adam demi masa depan adam..dlu adam d kedah brsama mksu nye... 

akibat sllu trputus bkln makanan..bklan susu.. eza sebulat suara mmbawa adam tinggal brsama ezza... ezza mmbawa adam & 3org lg adik bradik adam yg mngidap thalassmia.. yg terbaru...abg adam mirul.. mngidap thalesimia yg kronik... subahanallah... berat sunguh ujian allah buat ank2 ini... ini utusan allah buat ezza..mari lh kawan2.. derma kn sedikit sumbngn utk keperluan pembesaran adam..

adam 24 jam trpksa pakai pampers... krana saluran air d kpla nye mngalir 24jam utk kluar melalui anu nye..ezza brbesar hati mngharap ehsan kwn2 di luar sna utk mringan kn bebanan yg d tangung adam & adik beradik nye... . mari lh brsama kita mmbntu mringan adik adam... bagi lah pluang dia senyum & trus senyum... salurkan bantuan anda ke akaun yg eza khas kn buat adam.. eza merayu kawan2 di luar sna.. hulurkn tangan anda demi kebahagiaan adam.. .


 Utk pengetahuan semua... ezza tlh melnjut kn rawatan adam di hosp sungai buloh....kawan2 doa kan eza kuat demi adam & adik bradiknye ... doa kn ezza tabah demi mmprjuangkn nasib ank2 ini. Kawan2 di luar blh hubungi eza d 014-6391782... insya allah... segala amanat ini akn eza laksana sebaik mungkin... 

Muhamad adam haikal... Muhamad amirul haikal.. Ya allah ya rahman ya rahim.. Kau berilah ketabhan utk ank2 ini.kau ringan kn lah penderitaan nya ya allah.. Kau berilah keaijaiban mu ya allah. Kau ganti kn pnderitaan ini dgn keceriaan mu ya allah... Ya allah ya rahman ya rahim...amenn... Kawan2... setingi terima kasih eza mewakili adam.. di atas stiap sen sumbngn anda.. hanya allah mampu mmbalas jasa kalian...setiap doa kalian buat adam.. akn mmbuat adam & adik bradik nye bhagia... tlg sebar kn walau dgn bantuan rm1 kita mampu mngubah pnderitaan adam ke arah kebahagiaan....insya allah...


Jom sama-sama bantu. Sedih tengok video ni...




Thursday, December 12, 2013

KISAH DARA & TERUNA : CINCIN NIKAH ROZITA CHE WAN



Si Dara: Saya nak cincin nikah yang harga lebih dari RM 93,000 
Si Teruna: Apsal mahal sangat... 
Si Dara: Che Ta yang janda tu pon RM 93,000 cincin nikah dia, apatah lagi anak dara macam saya ni... 
Si Teruna: ............................ (krikk krikkk krikk) 


#Selingan pagi kih3....

Wednesday, December 11, 2013

PENANGAN 11.12.13





Hadiah untuk diri sendiri





Tuesday, December 10, 2013

CARA NAK ATASI BAU BADAN DENGAN HARUM MALAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila nak kahwin ni macam-macam la petua dapat dari orang tua. Tips tu belum dapat lagi hehehe cuma selalu diorang tekan kan pasal penjagaan bau badan. Sebab semua tu penting dan sebagai isteri kena sentiasa wangi untuk suami. Betul tak??

Dalam pada itu cara nak kita sentiasa wangi adalah dengan makan Harum Malam. Ni bukannya  harum sundal malam yer tapi supliment yang boleh mencegah dari bau badan.





Kita mesti tak nak orang dekat dengan kita pastu kembang kempis hidung tahan nafas. Tambah hidung sensitif macam aku ni. Cepat sangat bau-bau yang kurang menyenangkan ni. Sebab tu la Supplement Harum Malam ni dapat membantu mengatasi bau badan. 



Nak ke orang terpaksa tutup hidung bila bau badan kita??

Tapi yang syoknya supplement ni bukan saja untuk cegah bau badan tapi dapat: 



Memang elok sangat lah untuk aku yang bakal berkahwin ni ehem! =P

Dan sini aku ada satu tips untuk penjagaan Miss V supaya sihat dan sentiasa wangi =P




 Harganya pun tak mahal cuma RM33 bagi semenanjung dan RM 39 bagi Sabah Sarawak Kalo termasuk pos RM 40 SM & 44 S&S tapi kalo beli 3 botol RM 100 SM & rm 110 SS




Membantu Mengatasi Keputihan

Pada mereka yang mempunyai masalah keputihan yang teruk sampai berbau boleh la try Harum Malam. Cuba dan tengok kesan dia macam mana. Insyaallah boleh membantu anda mengatasinya.


Salah satu Testimoni



So sesuai juga untuk anak-anak yang remaja lebih-lebih lagi perempuan sebab bila diorang dah start akil baligh, selalunya diorang akan alami masalah bau badan. Al-maklum la hormon baru nak stabil. Macam kita dulu-dulu la hehehe.....



 Bagaimana Rasa Harum Malam??


Kalau yang susah nak makan ubat tu jangan risau sebab rasanya memang sedap. Rasa MADU. Memang sedap. Cara nak makan pon mudah saja amik 2x sehari. So aku amik waktu bagi before breakfast dan sebelum tidur.

Cara Nak Beli?? 

Anda boleh pergi ke Facebook Harum Malam (KLIK SINI) atau Web Harum Malam KLIK SINI



Friday, December 6, 2013

LAWAK KE DER 3 BERSAMA ESCAPE: TAK TENGOK RUGI!


ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3


Sekarang ni di Istana Budaya sedang berlangsung pementasan Lawak Ke Derr 3. Memang rugi kalau sapa-sapa yang belum tonton Lawak Ke Derr 3 di Istina Budaya. Persembahan kali ni diserikan dengan kehadiran muka-muka baru seperti kumpulan Jambu dan Douglas Lim selain kehadiran Nabil dan Harith Iskandar. Apa yang pasti telah berjaya membuatkan perut kita senak dengan gelak ketawa kerana lawak kental mereka.

Selalunya bila Lawak Ke Derr 3 dipersembahkan, pastinya akan ada yang kata Lawak Ke Derr 2 lagi kelakar dan ada yang kata Lawak Ke Derr 3lagi best. Kalau nak tau yang mana satu paling kelakar dan best kenalah tengok. Boleh beli tiket di ticket2u.biz

Tapi kena la cepat sebab kehebatan Lawak Ke Der 3 ni dah terbukti apabila tiket-tiket habis yang dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat dan sempat nak tengok. Untungnya Cik GKSB sebab dapat tengok. Hihihi...Terima kasih ESCAPE kerana memberi peluang untuk kami para bloggers menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. 



Blogger yang hadir



Kini ada berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan Escape. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di Escape  mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di Escape. Bila bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom yang menawarkan hadiah RM5000. Banyak tu siap boleh buat belanja kahwin hihihi


Suasana di dalam Istana Budaya 


Caranya mudah jer... Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel - cuit-cuit Escape atau klik: KLIK SINI setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah melayari laman web Escape caranya klik ESCAPE Tak rugi kan mencuba?? =)

ESCAPE? Apa tu?  ESCAPE sebenarnya merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Anda boleh nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak  lagi, semuanya setempat.

Pilih jer nak yang mana. Sama ada pilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had. Murah jer hanya RM25 sebulan! Dengan RM25 tu anda dapat lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.




Bagi yang dah anggap telefon bimbit tu sebagai sahabat baik, ampa juga boleh tonton menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). 

Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. 

Selalunya bila kita sibuk jer mesti terlepas peluang nak tengok drama kegemaran tapi kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. sebab kelebihan ESCAPE:

-     Henti & sambung tayangan  •  Pelbagai peranti  •  Bila-bila masa, di mana-mana jua

-     Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Blogger aka retisss hihihi

Nak baca lagi pasal Lawak Ke Der 3??? KLIK SINI 



PERHUBUNGAN JARAK JAUH: DUGAAN SUAMI ISTERI



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zaman sekarang ni kebanyakan semua suami isteri duduk jauh. PJJ. Kadang-kadang tengok kawan-kawan yang terpaksa hadap benda ni aku rasa kesian dan aku tahu aku pon akan lalui benda yang sama nanti.

Macam-macam aku fikir, bila dah ada anak nanti macam mana, aku kat KL, Encik Suami kat Perlis, kena plak aku ni tak ada kereta lagi dok naik motor ja, terfikir la juga macam mana keadaan aku nanti bila tengah pregnant. Kalau sakit sapa nak tolong tengok, sapa yang nak teman p klinik? **bergenang dah ayaq mata ni**

Aku salute la kawan-kawan aku yang PJJ ni. Memang kuat semangat betul walapun aku tahu bukan mudah bila duduk berjauhan dengan suami ni... Pada dasarnya aku ni nampak jer kuat tapi sebenarnya cengeng juga..Huhuhu...



Baru-baru ni lepak makan dengan opismate yang dua-dua orang ni pernah PJJ dengan suami, yang sorang tu lagi la 7 tahun PJJ dengan suami baru dapat tukar ke KL ni sebab suami dia kerja sini. Anak 2 orang, dah start sekolah pon, baru boleh tukar. Bila jumpa situasi macam ni aku pon tanya macam mana dia hadapi semua ni.

Nasihat dia mudah jer, 

"Jangan fikir sangat. Sebab bila fikir ni la yang akan timbul macam-macam masalah. 7 tahun saya uruskan semua sendiri, kadang-kadang suami datang pon tak tentu sebab dia kerja shift. Paham-paham la askar ni. Semuanya atas kita, macam mana kita nak hadapi semua ni. Mula-mula saya tukar ke KL ni, saya jadi kekok sebab ye la 7 tahun saya uruskan semua sendiri tiba-tiba ada suami. Mula-mula tu asyik gaduh juga mungkin sebab saya tak biasa, bila dah dapat sesuaikan diri alhamdulillah semua dah ok."

Ini yang dia kongsikan. Aku rasa kagum gila. Bukan semua orang boleh PJJ selama ini tapi dah tuntutan tugas nak ke tak nak terpaksa hadap juga. Dia ada gak cerita dulu housemate dia PJJ gak dengan suami tapi hari-hari gaduh sebab cemburu dan fikir bukan-bukan pada suami. Itu yang bahayanya kan?

Sorang lagi kawan aku berkongsi. 

"Saya rasa malu kadang-kadang bila saya pergi Supermarket semua orang pandang saya sebab saya sorang-sorang jer dengan anak kecik. Mesti orang fikir bukan-bukan. Lepas dari tu kalau nak pergi mana-mana mesti saya ajak housemate saya."




Ini yang kawan-kawan aku kongsikan dengan aku. Ramai dah orang sekeliling aku yang PJJ ni, sedara aku sendiri Sabah-Kelantan. Umi dengan walid aku sendiri pon PJJ gak sampai anak ketiga baru umi aku dapat keja kat Alor Star. 

Tapi dulu dengan sekarang beza. Sekarang ni semua barang mahal. Kerja nak naik jer harga-harga semua benda. Tambang bas saja pergi balik RM100. tu belum masuk yang lain-lain lagi tu. Stresss plak aku. Harap-harap aku dapat atasi semua ni dengan pasangan aku. Insyaallah...



Thursday, December 5, 2013

LAWAK KE DER 3: DOUGLAS LIM TERBAIKKK!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam bermulanya hari pertama persembahan Lawak Ke Derr 3 di Istana Budaya yang akan dipersembahkan dari 4-8 Disember 2013. Ramai yang pasti tertunggu Lawak Ke Derr 3 ni kan??? 

Mesti tertanya-tanya adakah best macam yang sebelum-sebelumnya?? Kalau nak tahu kena la dapatkan tiket untuk menonton Lawak Ke Derr 3 di Istana Budaya. Cara nak dapatkan tiket adalah dengan mengunjungi Ticket2u.Biz

Semalam sekumpulan blogger telah dibawa ke Istana Budaya untuk menyaksikan persembahan Lawak Ke Derr 3. Terima kasih kepada Escape penaja tiket malam semalam. Thanks Bro Framestone sebab bagi peluang untuk kami semua menyaksikan Lawak Ke Derr 3. 

Untuk yang dah beli tiket boleh la pilih tempat duduk yang mana anda nak. Semalam aku dapat tempat duduk di kawasan D. 3 dari depan stage. Mabelesss sebab boleh tengok depan-depan mata depa beraksi. So pilih la tempat mana yang ampa nak...Kalo amik hat 40 hinggit kena bahan dengan Nabil hahaha...





Secara keseluruhan antara Nabil, Harith Iskandar, Jambu dan Douglas Lim, yang paling mendapat tepukan gemuruh dan gamat dengan gelak ketawa adalah Douglas Lim. Mesti ampa tertanya-tanya kan siapa Douglas Lim tu??

Ni dia Douglas Lim stand-up comedian



Lawak dia memang best, sangat-sangat best antara semua. Salute beb! Kalau ampa tak percaya boleh la ke Ticket2u.biz dan beli tiket hihihi....kedua best Nabil. Itu bagi aku la. Harith macam biasa, semua orang dah tahu dah hehe... Cuma Jambu perlukan lawak yang lagi fresh.... Jujur plak aku komen kan? Hahaha....

Lepas habis tengok Lawak Ke Derr 3, aktiviti wajib sebagai seorang blogger adalah....









Gitewwwww kan??? Bergambar dah jadi aktivti wajib..


Lepas tu ternampak Ruby, terus nak tangkap gambar sebab nak amik aura ibu mengandung hahaha...Berseri jer muka Ruby, aku suspek baby boy ni yang dok ada dalam perut hehehe...





Suasana dalam Istana Budaya



Penutup dari Lawak Ke Der 3



Sempat juga jumpa bebudak Kami Blogger Utagha (KBU)


Antara Blogger yang hadir...


Tahniah pada Hans Isaac dan terima kasih pada Escape kerana menaja tiket Lawak Ke Derr 3.

=)

Notacikgadis: Aku dah mula jadi peminat Douglas Lim =P


Wednesday, December 4, 2013

KALENDAR 2014: MERANCANG CUTI KAHWIN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak lama lagi dah nak masuk 2014, bagi yang nak melangsungkan majlis kahwin mesti kalendar dah jadi kawan baik sekarang betul tak? Hari-hari dok belek kalendar. Ada yang dah tak sabar-sabar nak menanti ke tarikh istimewa tu.

Tapi bagi aku hari-hari yang dilalui sekarang macam dah tak rasa sebab terlampau sibuk dengan kerja hakiki dan itu salah satu sebab kenapa aku dah jarang update blog sekarang. =P

Bila dah masuk bulan Disember, mula la encik Tunang suruh adjust cuti siap-siap sebab senang dia nak apply. Aku dah gitau dia awal-awal kalau nak amik cuti biar sama tak la bila dah kahwin, sorang dah start keja sorang lagi nganga jer kat umah sebab amik cuti tak sama. hehehe..

Dari tadi aku dok tengok kalendar ni la untuk tahun 2014 punya. 





Sekarang ni tengah pening macam mana nak adjust cuti sebab cuti aku tinggal lebih kurang 12 hari lagi lepas tolak sesiap nak p jenjalan bulan 3 nanti. Cuti aku pula valid sampai bulan 7 tahun 2014 nanti. Kenduri sebelah laki plak 2 minggu lepas kenduri aku. Macam mana nak adjust ni hmmmmm....

Pening..pening..pening...

Kalau la tempat kerja bagi cuti khas untuk cuti kahwin kan best. En Tunang siap dapat cuti kahwin lagi seminggu. Jadi tak syok la plak kan...baru lepas kenduri, pastu kena masuk keja balik... lepas tu cuti plak untuk kenduri sebelah laki. Aku pon dah tak tau nak adjust macam mana. Yela mood pengantin lagi kan pastu kena masuk kerja lepas kenduri sebelah aku. Jemmmmm!!! Hahaha

Harap-harap ada la solution terbaik tak pon terpaksa la masuk kerja balik lepas 2 hari kenduri sebelah aku. Nak jimat cuti katanya..... Hmmmmm......



Friday, November 29, 2013

MINI TASBIH: KUNING & MERAH


Mini tasbih yang sekarang aku tengah buat ni adalah warna kuning+merah. Masa mula dapat order tu macam terfikir "kuning+merah???"

Pastu masa pergi amik stok tu try la matching tengok sekali kuning yang macam customer nak tak ada, kuning pon tak banyak pilihan. Jadi aku try la match kan yang mana ok. 

Bila dia siap....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraaa



Cantik sioootttttt warna ni.....

Bila tunjuk dekat tuan punya badan alhamdulillah dia suka....saya suka saya suka hihihihi.... 

Alhamdulillah ramai yang bertanya pasal mini tasbih ni tapi aku terpaksa tolak sebab untuk bulan 12, 1 dan 2 dah banyak order. Lagi pula aku pon sibuk sama sebab nak kawen juga hehehe... Jadi aku tak dapat ambil 

Mungkin untuk bulan Mac dah boleh amik order insyaallah....

Seeloknya order awal sama ada 1 bulan - 2 bulan sebelum majlis bergantung kepada kuantiti. Sebab aku buat benda ni pon secara part time jer... Siang keja, malam baru boleh buat.....

Kalau ada yang berminat nak order boleh email yer tapi untuk bulan Mac ke atas saja
anyss273@gmail.com



Thursday, November 28, 2013

DUGAAN BERTUNANG



Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Orang kata ketika bertunang mungkin kita akan diduga, bezanya sama ada kita kuat nak harunginya atau tak, kuat untuk pertahankan hubungan atau tak, andai tersilap langkah mungkin memberi kesan pada diri atau seluruh ahli keluarga.

Lagi malang andainya segala persiapan dan dibuat tapi putus di pertengahan. Semua tu bukan mudah orang nak harunginya mungkin yang betul-betul kuat mampu hadapinya, dan kena ingat, "Allah tak kan menduga seseorang itu di luar kemampuannya."

Alhamdulillah dah genap 6 bulan "diikat" orang, sehabis baik aku dan pasangan jaga hubungan kami. Bersyukur sebab dikurniakan seseorang yang sangat penyabar menjadi peneman aku. Sabar menghadapi kerenah-kerenah aku dan sabar melayan aku. Terima kasih banyak-banyak En Tunang... **lapayaqmata*

Dari seseorang yang dikenali hanya di Facebook tiba-tiba menjadi tunang dan sekarang tengah mengira detik-detik untuk diijab qabulkan insyaallah.... =) Jodohku di muka buku.... "kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..." #ehh?? (Najwa Latif-cinta muka buku)

Bila sembang pasal nikah dengan En Tunang, mesti la terkeluar cerita dia nebes nak jabat tangan tok kadi hihihi... Sampaikan video nikah lawak aku share kat FB dia pon dia tak berani tengok takut dok gelak kat orang nanti dia pon macam tu hahaha... Tak pa la bang oii... Janji bila hari nikah nanti, semua berjalan dengan lancar. =P

Orang kata dugaan bertunang ni ada dua jer sama ada mengeratkan lagi hubungan kita ataupun memutuskan hubungan. Semoga kita semua dijauhkan dengan bisikan iblis dan syaitan. Serah pada Allah untuk ketentuan-Nya... 

Insyaallah amin..... 




Wednesday, November 27, 2013

KENTUT


Dara    : Eeeeee.............busuk..... awak kentut eyh??
Teruna : Mana ada... (sambil sengih-sengih)
Dara    : Kentut la tu.... eee busuk tau tak... tak senonoh....
Teruna : Mana boleh tahan, satgi kembong perut......(sambil gelak-gelak)
Dara    : eeeeee meluattt..... 


NOTACIKGADIS: Orang kata sebelum kahwin bau kentut pon wangi...tapi kalo busuk tu busuk juga la kih3.... 

Tuesday, November 26, 2013

REZEKI JANGAN DITOLAK TAPI.......



Assalamualaikum....

Wiwit lama tak jumpa kat blog kan? Kat FB pon dah jarang-jarang... Sibuk bebenor prepare untuk audit. Alhamdulillah job untuk mini tasbih pon masuk banyak. Tapi sayang adakalanya aku terpaksa tolak sebab tak kena dengan masa sebab sama dengan tarikh majlis aku. 

Tak berani nak amik. Takut nanti amik tiba-tiba tak dapat siapkan pada tarikh yang sepatutnya....Kesian kat ampa plak. Orang kata rezeki jangan ditolak tapi kalau tak mampu jangan berani amik. Jangan sebab tamak kita nak kaut semua pastu terkejar-kejar nak siapkan tempahan. Tak elok gitewww yer.....

Al-maklum la time ni dah mula sibuk. Nasib la kenduri aku bukan 23.11.2013 haritu kalau tak, tak tahu la macam mana keadaan sebab hari tu aku kena keja gara-gara akan ada audit dalaman. Phewww letih. Sekarang ni tengah tunggu kad kahwin siap. Nasib baik la p tempah awal sebab tempoh masa nak siap sebulan. So dalam bulan 12 insyaallah dah boleh amik.

Tapi kan tiba-tiba walid aku suruh tambah kad lagi, gayat la juga aku sebab jemputan mungkin ramai tapi insyaallah la kita cuba lebihkan untuk makanan. Risau kalau tak cukup untuk makanan nanti... Doakan lah semoga dipermudahkan. Aku tak mau majlis aku jadi buah mulut orang plak nanti huhuhu...

Kalau ada sapa-sapa nak order mini tasbih boleh email aku anyss273@gmail.com tapi buat masa ni tempahan hanya di ambil untuk majlis bulan Mac ke depan. Sebab aku akad nikah bulan 1 dan kenduri bulan 2. Takut time tu dah mula sibuk =)

Salah satu order dari customer,  mini tasbih baru tak sempat ambil gambar cantik-cantik lagi ;)



Thursday, November 14, 2013

SIBUK



Assalamualaikum.... Akhirnya berjaya juga menulis blog. Masa sangat mencemburui... Ada perasan sesuatu yang lain tak? Lawa tak blog aku?? Hehehehe... Ni sempena 5 tahun aku menjadi blogger. Pasal tu nanti aku kongsikan. =)

Sekarang memang sibuk sebab akan ada audit.... Jadi kalo audit nak mai tu memang akan kelam kabut sikit la mana-mana tempat pon macam tu. Jadi lepas dah settle semua insyaallah akan aktif balik menulis blog. Banyak benda nak cerita. 

OK La yer jumpa lagi nanti tata




Monday, October 28, 2013

REVIEW: KAD KAHWIN YANG UNIK DAN CANTIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak kongsi kat mana nak buat kad kahwin yang cantik dengan harga yang berpatutan. Owner adalah kawan USM aku. Kalau ampa nak tau depa ni waktu study lagi dah start bisnes. Alhamdulillah sekarang dah ada company sendiri dengan jenama Kad Kahwin Unity yang terletak di Sungai Petani Kedah.





Aku memang suka cuci mata dekat page depa sebab design kad kahwin depa semua lawa-lawa al-maklum la nak dekat kenduri ni memang cukup suka tengok kad kahwin yang cute dan cantik-cantik hehehe.... Antara design yang buat aku tertarik macam


Kad Kahwin versi FB

Kad kahwin edisi PLKN (Maybe kenal kat PLKN)



Kad kahwin edisi kartun polis+nurse (melambangkan pekerjaan pengantin)



Edisi Ipad


Senang cerita kalau ampa teringin nak buat kad yang unik boleh buat kat Kad Kahwin Unity. Dari apa yang aku nampak kalau nak dibandingkan dengan kad kahwin kat tempat lain, diorang punya design adalah jenis modern style dan latest. Biasalah budak grafik ni kreativiti diorang ni memang the best la.

Selain pada tu boleh juga buat streamer / bunting ikut design yang kita nak. Antara streamer yang diorang pernah design macam kat bawah ni:






Diorang ni bukan saja buat kad kahwin tapi turut sediakan pakej Photography dengan harga berpatutan. Pakej dia ampa boleh pilih yang mana sesuai dengan bajet ampa.




Antara gambar yang dihasilkan




Senang cerita kalau ampa tengah cari kad kahwin, yassin, photographer, guest book dekat Kadkahwin Unity semua ada. Boleh jer order dekat depa. Yang penting ampa akan puas hati. =)

Kalau ada yang berminat boleh LIKE:


Maklumkan jer ampa dapat tau dari blog aku Gadis Kampung Separa Bandar a.k.a Anyss Azman. Satgi gitau Cik GKSB depa heran plak hahaha sebab tak ramai kawan-kawan aku in real life tahu aku ada blog =P

Kad kahwin aku punya design pon dah siap. Nak tengok???? Tungguuuuu hihihi



Friday, October 25, 2013

DIY MINI TASBIH



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pejam celik pejam celik tengok-tengok dah genap 5 bulan menjadi tunangan orang... Ececece.... 


Alhamdulillah... Hari ni hari jumaat genap 5 bulan


Syukur sangat tak ada gaduh-gaduh atau benda-benda yang tak patut. Maybe sebab jarak jauh kalau nak gaduh pon macam tak berbaloi..... Baik kita sweet sweet jer #ehhh??? =P Kalau gaduh pon sebab aku hangin tak ketahuan gara-gara bendera merah hahahaha.... #sajacaripasal 


Eh lari tajuk plak kan... =P  Sekarang ni aku tengah DIY mini tasbih untuk majlis aku nanti. Khas untuk tetamu yang hadir.. Especially kawan-kawan sekolah, universiti dan tak lupa gak bloggers =)

Sambil buat mini tasbih untuk kenduri sendiri, aku ambil juga tempahan untuk majlis cukur jambul, wedding dan juga majlis istimewa yang lain.... 

Antara Mini tasbih yang aku dah buat macam pic kat bawah ni


Biru+Silver


Siap packing untuk tempahan


Warna Purple+Gold cantikk sangat...


Hijau Turqoise+Purple






Sebelum ni aku tak tau nak bagi gift apa untuk kenduri. Lepas tu timbul idea nak bagi mini tasbih... Sambil kita beri hadiah untuk tetamu kita tumpaNg sekali dapat pahala bila orang guna untuk berzikir... =)

Kalau ada yang berminat untuk tempah boleh la email aku anyss273@gmail.com 




Sunday, October 20, 2013

PROSEDUR PERMOHONAN BORANG NIKAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kali ni aku nak share plak prosedur borang pernikahan bagi negeri Perlis dan Kedah. Perlis tu dari pihak En Tunang... Lagi 3 bulan nak di ijab qabul kan jadi ni la masa terbaik untuk settle kan borang nikah ni lagi pula sorang dok Perlis, sorang dok Kedah tapi keja KL, mau tak mau kena settle awal juga. Apa-apa pon amik borang dulu.


PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Lelaki/Perempuan (ASAL)
  2. Salinan Kad pengenalan pemohon, saksi dan perlu disahkan salinan sebenar.
  3. Borang pemeriksaan Kesihatan (HIV) yang disahkan oleh Klinik Kesihatan/Hospital Kerajaan
  4. Surat Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR bagi lelaki/Perempuan dari luar negeri Perlis.


Ok yang ni baru dari pihak lelaki... Borang yang dapat tu perlu diisi kedua-dua belah pihak. So ada bahagian yang perlukan tandatangan wali dan juga saksi. En T bagi aku borang dia tu aku pon isi bahagian aku dan tandatangan bapak aku sebagai wali kemudian aku serahkan kat dia balik. 


PERKARA YG DIPERLUKAN UTK MENDAPAT KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)

  1. Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan wali
  3. Sijil kursus pra-perkahwinan (ASAL & SALINAN)
  4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki luar daerah)
  5. Keputusan Saringan HIV/AIDS (Klinik Kerajaan sahaja)
  6. Salinan surat nikah ibu bapa (bagi anak sulung)
  7. Borang 2 Dilengkapkan dan disahkan oleh Tuan Imam Kariah (contoh dlm gambar)
***Borang diserahkan 1 bulan sebelum tarikh berkahwin.




Borang Nikah sebelah perempuan



Bagi negeri Kedah borang bertulisan jawi. Tapi kalau tak pandai tulisan jawi tu nak tulis rumi pon boleh...Bila dah settle semua bawa duit RM 52 untuk kad kahwin pasangan dan harga borang sekali... cmtu la....

Bila dah amik borang ni baru la aku tahu prosedurnya dan apa yang diperlukan. Kalau buat tak tau ja lagi sebulan majlis baru nak amik memang kelam kabut la jadinya. Buat masa ni sijil kahwin aku kena minta balik dekat pegawai yang uruskan kursus kahwin sebab dah hilang. Mungkin salah letak masa pindah rumah hari tu sekali dengan sijil lain. Tapi masalahnya pegawai tu pergi buat haji, so kena la tunggu dia balik haji dulu...

Sijil nikah mak bapak aku ada depa simpan. Nasib tak hilang. Kalau hilang kena buat lain, amik masa lagi.. Ujian HIV mungkin dalam masa terdekat aku buat. Ikutkan hati nak buat medical checkup sekali. Tapi kena tengok keadaan gak sama ada dapat buat ke tak. 

Bila dah amik borang dan tahu prosedurnya senang kita nak rancang benda-benda lain plak. Bila dah siap semua, 1 bulan sebelum tarikh nikah dah boleh serah... =) Harap entry ni dapat membantu bakal pasangan pengantin di luar sana. 






Thursday, October 17, 2013

3 BULAN LAGI??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Tengok tajuk pon dah tau kan aku nak cerita pasal apa.... Lama plak kan tak update perkembangan pasal persiapan?? Serius la nak sampai 3 bulan ni pon rasa sekejap jer... Phewwwwww **lap peluh**

Dalam hati dah dup dap dup dap dah..... Sekarang ni baru nk settle borang nikah... Ujian HIV tak buat lagi.. Tunggu aku balik setapak buat kat sana la senang... Eh sekarang aku kat kampung..... Balik melawat tempat nak buat kenduri nanti... hihihi

Kawasan aku nak buat nanti kat Air terjun. Ada chalet, homestay dan dewan kat situ. Suasana memang best la sebab sejuk jer...... Sungai pon ada kalau nak mandi... Disebabkan kampung aku ni dalam kawasan peranginan juga so kami pilih buat dekat salah satu chalet dekat area Titi Hayun, Yan.... =)

Camnila la suasana tempat tu nanti... =P

Khemah kat luar ni dalam dewan tu pelamin



Sini sungai....sesuai untuk kanak-kanak sahaja... =P

Memang puas hati la aku tengok.. Bukan tak nak buat kat rumah tapi biasalah jalan kampung ni jalan kecik ja... Tak mo la menyusahkan tetamu so kami decide buat kat sini supaya semua orang lebih selesa... Lagipun adik beradik aku ramai.... 

Mak sedara aku siap buat list lagi adik beradik sebelah arwah tok.. Alhamdulillah semua subur-subur anak semua 7 ke atas.... Tu tak masuk sepupu sepapat, anak sedara dan cucu-cucu lagi... Aku tengok senarai tu sampai aku cakap "keluarga kita saja dah ramai kalau tak jemput orang lain pon tak pa" hahaha... Ramai betul wehh.... Family aku saja 6 orang. Sepupu aku ada yang 10 beradik.. Sebab tu kami jenis riuh hihihi...

Tapi betul la nak kawen ni banyak pakai duit...Jadi sila la menabung dari sekarang @_@. Lain la kalo kita ni retis orang nak taja..Walaupun aku tak berapa nak retis, ada gak mak sedara yang taja untuk goodies nanti. Yang mana kurang berkemampuan depa kata kami nak sponsor tenaga ja... Alhamdulillah...

BAJU PENGANTIN

Asalnya nak buat ja..Tapi bila fikir balik sewa jer la...Kebetulan jumpa butik yang buat promosi sewa baju dengan harga yang murah untuk semua jenis baju. Aku dengan En Tunang pon terus p survey siap dia bagi try lagi, tengok cam ok ja terus bayar deposit. En T yang pilih warna. Untuk sebelah aku pon sama. Kuasa memilih bukan lagi di tangan aku huhuhu...

Yang syoknya segala warna idaman aku semua aku tak pakai untuk kenduri nanti -__-" Ni kira risiko yang aku ambil sebab warna untuk kenduri nanti adalah warna yang tak pernah langsung aku terfikir nak pakai... Tapi aku tak tau la tiba-tiba nanti last minute tukar warna lain sebab pekerja butik tu cakap bulan 12 ni lagi banyak baju yang kuar sebab banyak kenduri nanti boleh datang tukar kot2 ada yang berkenan lagi =P

Lagi 3 bulan??? Ketaq perut dah..... Semoga dipermudahkan aminnn.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi