Wednesday, January 16, 2013

NOVEL REVIEW: THE WEDDING BREAKER


SINOPSIS KULIT BUKU

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

.....................................................................................................................


SINOPSIS CIK GKSB

Baca petikan dalam novel ni pon dah membuat keinginan kita untuk terus memiliki novel ini. Bila melihat tajuk, ingatkan english novel tapi rupanya novel Melayu. 

Dari segi jalan cerita memang menarik. Gara-gara nak tolong kawan, dia sanggup berpura-pura mengandung bagi menghentikan majlis perkahwinan yang telah ditetapkan itu sehingga membuatkan pengantin lelaki, Tengku Adam malu besar.

Tapi takdir mempertemukan mereka.. Akibat dendam, maruah diri Ariana Rose terkorban di tangan Tengku Adam Kamil. Takdir sekali lagi menemukan mereka walaupun kenangan pahit itu cuba dilupakan oleh Ariana. 

Apa yang pasti, tiada siapa dapat menyangkal Takdir Tuhan yang telah ditetapkan kepada mereka.  Adam yang jauh dari Islam cuba mempelajari balik ajaran Islam yang tidak pernah dia dapat akibat didikan keluarganya dari kecil yang menghantarnya ke Luar Negara sejak umur 13 tahun. Apatah lagi perempuan dan arak bagaikan sebati dalam hidupnya.

Bila Adam sedar dirinya tidak mampu hidup tanpa Ariana semuanya sudah terlambat apabila Ariana menjadi tunangan orang dan Adam sendiri telah dijodohkan dengan pilihan keluarganya. Bagaimana Adam nak memperjuangkan cintanya pada Ariana?? Adakah mereka akan bersama? Inilah persoalan yang memerlukan jawapan dan yang pasti ada dalam novel ini.

Dari segi penceritaan banyak dialog dalam bahasa inggeris tapi tak la keterlaluan sangat sebab kita masih boleh memahaminya. Ada juga cerita pasal manja-manja dalam rumah tangga tapi bagi aku juga tak keterlaluan dan masih lagi terkawal. Itu bagi aku la sebab aku masih boleh terima apa yang diceritakan. 

Selain itu, banyak pengajaran dari segi Islamik yang kita boleh ambil sebagai panduan. Sebab itu aku cakap novel ini sangat menarik. Aku harap review ini dapat membantu mereka yang masih memikirkan novel apa yang mereka ingin miliki. 


Harga: RM 25 (SEM. MALAYSIA)
RM 28 (SABAH/SARAWAK)
Bintang: 4/5





11 comments:

  1. BEST DAK? KAMI PUNYA LA PULUN NK DAPATKN NOVEL NI SBB TGK REVIEW RAMAI KATA BEST.BILA THN NK BACA PON XTAU LAAA

    ReplyDelete
  2. ayat novel adalah sweet.

    tapi ayat real live yang macam ayat novel jarang nak berkekalan. hehehe~

    ReplyDelete
  3. tengok cover pun dah macam best cite ni . nak cari lah jugak ! hee

    ReplyDelete
  4. kami pun ingtkan novel omputih mulanya hihihi

    ntah la skang nie dah lama sgt kami xbeli novel dan baca novel huuu

    ReplyDelete
  5. lama dah tak bc novel.

    p/s: hi! ingt lg tak yui? hihi.. teluk senangin =__=

    ReplyDelete
  6. Not bad.writing style relax n interesting.

    ReplyDelete
  7. Dah baca dah novel ni. Novel ni sangat sangat best! :D

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi